BLOW - Tok Acheh Cakap - Pemimpin Pengikut Condongan - Halusnya Garis..!
0 Comments
»
Pengarang
ZiZi,
Cucu Tok Acheh Pedagang Cina
Ahli BLOW - Blogger WawasanDan
PrimaMaya Blogger Network @ Selangor
http://selblognetmy.blogspot.com/
Letih kayuh daa. Saya ngan Penarik Beca sama-sama tertidor. Wa bangun, iya masih tidor. Kesian. Bagi dia tidor lagi.
Chewah, siapa itu di sana? Hebat dengan LapTopnya. Ini macam..."Sheikh Teluk Intan!" Berdakapan kami dan bersalaman penuh mesra.
Wa walau keturunan Acheh, tapi membesar di kalangan turunan Banjar, Minang, dan Jawa. Kami rapat. Gitu gak ngan
Mengenai Saya
- sheikh teluk intan
- Anak jati Perak, iaitu Teluk Intan, bandar menara jam condong. Sekolah terakhir di St Anthony School Teluk Intan.Pernah keluar masuk Universiti. Dan bekas eksekutif di sebuah syarikat GLC dalam industri perkhidmatan. Sekarang menjadi orang pencen,kerana terima VSS. Sudah berkahwin dan ada anak.
Kami berbual.
Wa bagitahu dia, apa Tok Acheh cakap pasal Pemimpin, Pengikut, dan Condongan. Garisnya amat halus.
Kita semua Rakyat. Di antara kita, kita angkat Pemimpin. Pemimpin berjuang untuk Rakyat. Rakyat sokong Pemimpin.
Cukup cantik.
Tapi Pemimpin mudah tergoda. Bila ketara Pemimpin mula utamakan diri dan sudah jelas gerak lari dari perjuangan untuk Rakyat, maka bangkit dari Rakyat, Pemimpin yang tawarkan khidmat. Alternatif.
Satu perkataan mudahnya - Inclusion. All-inclusiveness.
Lawannya - Pinggir. Exclusion.
Jadi bila kulaan kata, Penyokong satu parti atau gabungan. Penyokong dua alam. Ini menyentuh prinsip, kan..?
Memang dua alam boleh hidup. Boleh selesa. Sana makan, sini pun makan. Tapi, akhirnya bila diketahui, chop mohornya berat deh! Sendiri terkepong dalam ertikata "belot". Berat itu.
Kita dalam demokrasi, ramai itu benar. Wa lain. Wa benar itu tetap benar walau bukan ramai, ya walau sedikit.
UMNO bagus. Barisan Nasional bagus. Ramai Penyokongnya. Tapi itu dulu. Kini, parti ini buruk. Gabungan ini sudah teruk. Pemimpinnya bebankan Rakyat.
Sifatnya, wa tak leh duduk dalam ini parti dan gabungan. Wa tak leh sokong.
Dalam keadaan gini, bangkit PKR, DAP, PAS. Dalam satu Pakatan Rakyat. Terus perjuang Rakyat. Maka, di situ lah wa. Ke dalamnya pun wa sanggup masuk. Sama berjuang.
Takat ini belum lah. Wa sokong jah.
Sebab wa nak tengok cukup dak dua. Jika tidak perlu ada The Third Force. Kini, belum perlu.
Takat ini, wa topik serius sikit. Jom gi santai...Sheikh Teluk Intan dan LapTopnya nak blanja makan di Mustan Ghani, baik punyia, ya, bila Penarik Beca bangun dah...