biGlory - Apa Cat Yang UMNO Berani Pecat Jika Yang Tinggal Hanya Pacat..! Malaysiakini
UMNO kini di kedudukan paling hebat sebagai parti yang terunggul di dunia.
Itu sangka pemimpin UMNO yang syok sendiri...
Selepas PRU 12 ramai tahu kedudukan UMNO sebenarnya.
Barangkali MCA dan MIC lebih baik dari UMNO.
Lain-lain parti sama atau lebih baik dari MCA dan MIC.
Ada parti dalam komponen Barisan Nasional yang lebih dari dari semua itu.
Namun tiada parti dalam komponen Barisan Nasional lebih baik dari setiap parti dalam Pakatan Rakyat.
Image via Wikipedia
PAS - Parti Islam Se-Malaysia, PKR - Parti KeADILan Rakyat, dan DAP - Democratic Action Party terus unggul di Malaysia.
Dalam keadaan itulah, pemimpin yang unggul tidak mahu lagi bersekongkol dengan UMNO.
Ada pemimpinnya keluar parti.
Ada pemimpinnya merasa merdeka digantung keahliannya.
Ada pemimpin buat syarat ada sahaja, namun hati mereka sudah tidak lagi bersama UMNO.
Ada pemimpin masih nostalgia dengan UMNO era perjaungan 1946.
UMNO parti corot.
Kini, Wira Rakyat dalam UMNO tidak lagi gentar atau khuatir jika dipecat.
Dari Blog Kedahlanie..!!
08 March 2009
Datuk Mazlan : Pecat la kalau itu yg dikehendaki..!!
PETALING JAYA: Ahli Umno Bahagian Subang, Datuk Mazlan Harun menyambut baik amaran yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa keahliannya boleh digugurkan jika meneruskan hasrat memohon perintah mahkamah bagi menghalang Perhimpunan Agung Umno hujung bulan ini.
Beranikah UMNO pecat semua pemimpin terbaik, maka yang tinggal apa?Pacat?
Pak Pacak?
Saksikanlah nanti sebarisan pemimpin paling terok dan burok disenaraikan selepas Perhimpunan Agong UMNO, dimulai Mohd Najib Abdul Razak.
Saksikanlah...
Di Malaysiakini:
Why BN cannot reform itself Ong Kian Ming | Mar 7, 09 6:12pm - March 8 anniversary BN is structurally incapable of introducing reform in ways that can win back a significant proportion of the vote it lost in March 2008.MORE
-
Umno at the top of BN food chain MCA has never stood for press freedom
Betul tak Muadzam..?