Polis mengundurkan wakil-wakil rakyat dari pintu masuk utama Bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan DUN. Suasana kelam-kabut.
Lebih kurang 200 orang, kebanyakannya penyokong Pakatan, berkumpul.
9.35am Sekumpulan 30 orang cuba menghalang laluan menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan rombongan wakil rakyatnya ke pintu masuk utama.
Tiada campur tangan polis dan Nizar bersama rombongannya melepasi sekatan tersebut.
9.30am Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan wakil-wakil rakyat Pakatan tiba di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan.
9.21am Polis dan sebuah trak FRU menutup pintu utama bangunan sekretariat kerajaan negeri. Wakil rakyat Pakatan dijangka cuba masuk ke dalam bangunan untuk ke DUN melalui pintu tersebut.
9.20am Orang ramai daripada pelbagai kaum yang berhimpun di bangunan sekretariat semakin bertambah dan kini mencecah 100 orang.
9.15am Wakil-wakil rakyat Pakatan, yang sebelum ini berhimpun di sebuah hotel berhampiran, kini dalam perjalanan ke bangunan sekretariat.
9.10am Peguam kedua-dua belah pihak berada di bangunan mahkamah.
9.00am Kira-kira 40 anggota FRU ditempatkan di pintu belakang bangunan sekretariat. Ada antara anggota tersebut bersenjatakan rifel dan pelancar gas pemedih mata.