biGlory - DEMO Apa Yang Masih Ada Lagi Di Malaysia Hanipa Maidin..? Demokrasi?? Malaysiakini
Image via Wikipedia
Pemaju Masyarakat biGlory - Blogger Rakyat
Prima Maya - Bloggers Network Selangor @ Malaysia
Saya membaca pos ini penuh minat.
Dipetik dari DetikDaily.
Pandangan Peguam PAS, dipos oleh Paktam.
Demokrasi sedang tenat di Malaysia
Beliau tidak boleh fikir mana-mana parti politik di Australia boleh hidup jika status demokrasinya seperti negara ini.
Sebenarnya saya juga tidak faham bagaimana PAS boleh terus hidup dengan demokrasi ala Malaysia ini. Lihatlah insiden-insiden di bawah ini dan kemudian saudara saudari tanyalah diri anda sendiri demokrasi apa yang kita sedang lalui sekarang.
a) Tan Sri Musa Hassan dilaporkan berkata bahawa pihak polis telah melarang sebarang bentuk himpunan di Negeri Perak;
b) Lebih kurang 10,000 hingga 20,000 salinan akhbar Suara Keadilan telah dirampas di beberapa tempat di negara ini pada bulan Januari. Ketua Pengarang Harakah juga mengesahkan ribuan salinan Harakah edisi Isnin dirampas dari penjual Harakah.
c) Persatuan Warga Istana Kedah (PKDK) telah mencadangkan kepada Y.M Sultan Azlan untuk melarang Pengerusi DAP memasuki negeri Perak di atas alasan kononnya tindakan Karpal bertentangan dengan Perlembagaan.
d) Kerajaan tidak menolak kemungkinan kesemua sembilan orang yang ditahan kerana merusuh semasa majlis angkat sumpah Menteri Besar BN Perak dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
e) Pemimpin Hindraf yang ditahan ISA sejak 2007 dilanjutkan tahanan mereka selama dua tahun lagi.
Bagi saya lima insiden di atas menunjukkan betapa tenatnya keadaan demokrasi dalam negara ini.
Bercakap soal demokrasi sekurangnya-kurangnya ianya menyentuh hak-hak berikut:
? Kebebasan bersuara (termasuk kebebasan akhbar),
? Kebebasan berhimpun dan berpersatuan,
? Pilihan raya yang adil, bebas dan bersih,
? Kedaulatan undang-undang (rule of law),
? Rakyat bebas daripada undang-undang yang tidak adil dan draconian ; dan
? Kebebasan badan kehakiman.
Negara yang bertamadun tidak sewajarnya menafikan rakyatnya menikmati hak-hak tersebut...
Sepenuhnya di sini:
Terbayang bahawa tidak lama lagi siapakah paling berkuasa di Malaysia. Mungkin mengatasi semua kuasa institusi lain, dan tiada lagi Check-and-Balance.
Ngeri!!!
Adakah ini satu petandanya?
Malaysiakini melaporkan:
-
Sidang tergempar tidak sah, kata Setiausaha DUN Perak Mar 1, 09 5:29pm - dikemaskini Kemelut politik yang melanda negeri Perak, selepas Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan negeri baru awal bulan lalu, terus berlanjutan.LAGI
-
Tak dapat perkenan Sultan Undang-undang tubuh negeri