Gelombang Rakyat

biGlory - Kemelut Perak Boleh Selesai Pada 03032009...Usaha Najib Tidak Menyelesaikan..! Malaysiakini

Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, Chief...Image via Wikipedia

Zubli Zainordin

P
emaju Masyarakat
biGlory - Blogger Rakyat

P
rima Maya
- Bloggers Network Selangor @ Malaysia








Pemimpin Yang baik mahu kemelut di Perak diselesaikan sebaiknya. Sudah silap dan salah, perbetulkanlah.

Sementara ada pihak mahu kemelut ini diselesaikan. Adakah pihak Mohd Najib Abdul Razak mahu menyelesaikannya dengan cara memanfaatkan Rakyat Malaysia di Perak..?

Nampaknya, tidak begitu...

Dari Blog Perak Daily

DATO L.A CUBA HALANGI SIDANG DUN TERGEMPAR

February 28, 2009



L.A ARAH SU DUN JANGAN HANTAR NOTIS SIDANG PD ADUN

IPOH (27 Feb): Penasihat Undang-undang Negeri Perak sedang berusaha menghalang usaha untuk menghantar notis kepada adun-adun Perak berhubung dengan persidangan Dewan Undangan Negeri yang dijadualkan Selasa, 3 Mac.

Menurut Pengerusi DAP Perak Dato Ngeh Koo Ham, penasihat undang-undang Datuk Ahmad Kamal Mohd Shahid, telah mengarahkan Setiausaha Dewan agar tidak menghantar notis mengenai persidangan tergempar itu.
” Usaha ini adalah “menghina DUN” dan mereka berkenaan boleh dihukuman di bawah peraturan dewan,” katanya sambil menegaskan bahawa Ahmad Kamal tiada hak untuk mencampuri urusan DUN.
“Beliau bukan penaihat kepada DUN. Dia tidak boleh menghalang proses dan keputusan akhir sama ada untuk menghantar notis itu berada di bawah bidangkuasanya. Speaker akan mencari kaedah bersesuaian untuk menghantar notis jika halangan itu berterusan,” kata Ngeh pada persidang media

Dua usul akan dibentangkan pada persidangan itu. Yang pertama oleh Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim untuk mengulangi pendirian dan keyakinan bahawa Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk terus bertindak sebagai Menteri Besar.

Usul kedua ialah oleh Adun Teja, Chang Lih Kang untuk memohon Menteri Besar menyelesaikan krisisis politik semasa dengan kaedah yang sewajarnya untuk membubarkan DUN, termasuk memohon perkenan Paduka Seri Tuanku Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk membubarkan DUN. END

Berkaitan di Malaysiakini:

  • PAC Perak panggil Zambry, Nizar dan Exco
    Feb 28, 09 8:42pm
  • Jawatankuasa Kira-Kira Wang Perak (PAC) akan memanggil menteri besar dan bekas menteri besar untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan penggunaan wang kerajaan sepanjang krisis politik di negeri itu.LAGI
  • Najib: Sidang tergempar tidak sah
    Zambry: Perlu perkenan Sultan

InsyaAllah, bersambung...


Reblog this post [with Zemanta]

0 comments: