biGlory - Kerajaan BN Lemah & Isu Cukup Banyak Untuk Kalah Pilihanraya Kecil 2 Bukit 1 Batang..! Malaysiakini
Zubli Zainordin
Pemaju Masyarakat
biGlory
Blogger Rakyat Malaysia
Membaca berita di Media OnLine dan pos di Blog, jelas bahawa cukup banyak isu yang berkaitan kelemahan kerajaan Barisan Nasional untuk mengakibatkan kekalahan serentak di pilihanraya 2 Bukit 1 Batang.
P 59 Bukit Gantang
N 25 Bukit Selambau
N 29 Batang Ai.
Statistik menunjukkan di antara 70 % hingga 90 % kini Rakyat Malaysia tolak pemimpin, parti komponen terutama UMNO dan Barisan Nasional.
Barangkali UMNO perlu wujudkan pasukan PsyWar dan meningkatkan propaganda penerangan.
Maklumlah UMNO tidak mempunyai sebarang media yang menyokongnya. Media di Malaysia adil dan saksama kepada semua parti politik.
Ketika Abdullah Ahmad Badawi entah ke mana-mana tidak duduk memikul tanggungjawab dalam negara, pemimpin lain pun entah apa mereka lakukan, mungkin sedang tumpu agenda masing-masing untuk Perhimpunan UMNO tidak lama lagi.
Kita menyaksikan jika pilihanraya kecil menjadi perlu berlangsung, maka Barisan Nasional sememangnya menempah kekalahan.
InsyaAllah, kemenangan Rakyat Malaysia seluruhnya, dan kemenangan Rakyat Malaysia di Perak, Kedah, dan Sarawak..!!!
Malaysiakini, di antara isu yang disentuh:
-
Kes Nizar vs Zambry ke Mahkamah Persekutuan Mar 6, 09 10:13am - Mahkamah Tinggi (bahagian rayuan dan kuasa khas) memutuskan isu-isu perlembagaan bagi menentukan menteri besar Perak yang sah akan ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan.LAGI
-
Pergelutan antara Pakatan dan BN Hakim minta peguam rumus soalan
Banyak lagi...