Gelombang Rakyat

biGlory - Pyanhabib My Fren Bloggawan Baik Punyia..! Malaysiakini

Zubli Zainordin

P
emaju Masyarakat


biGlory

Blogger Rakyat Malaysia



Asal nya bila saya mula memblog pada Disember 2006, hanya memblog dan meneroka Social Networking Portals dan buat connections dengan Blogger seluruh dunia, di Bloggosphere.

Tidak berapa tahu siapa memblog di Malaysia perihal Malaysia.

Masa PRU 12, setahun yang lalu, baru lah saya minat memblog perihal pemimpin politik Malaysia. Masa itu nampak nama Bloggawan hebat di pelbagai senarai.

Ya, Bloggawan yang kukenali dulu.

Namun mereka famous dah. Saya baru menapak.

Jadi, tiadalah buat connection dengan mereka. Syok kalau Bloggawan yang famous buat connection dengan saya.

Tapi, kawan lama, mereka dari zaman yang tak sombong punya.

Berikut seorang yang bergelumang puisi dan deklamasi dengan saya dulu.

Thursday, February 20, 2020

ini gua ini blog gua

pyanhabib

selain daripada ini bukan gua bukan blog gua!

Pyanhabib.

...

Ini kaitan kebersamaan kami sewaktu dulu...

Zubir Ali Zubir Ali
Malaysiakini:

Penyanyi Zubir Ali meninggal dunia
Mar 6, 09 7:25pm
Komposer dan penyanyi Zubir Ali, 60, meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara pada jam 10.30 pagi tadi akibat komplikasi jantung.

...

Friday, March 6, 2009

elegi -buat zubir ali

zubir,
selamat kembali
di sana
ada yang menanti
.....senyumlah.

-Pyanhabib


*sahabat kami, penyair/penyanyi lagu puisi, zubir ali
kembali ke rahmatullah pukul 11 siang tadi. alfatehah.


Pandangan kami perihal Zubir Ali, tidak jauh beda, hampir sama...

Seorang Zubir Ali,

Tiada Duanya


Di Menara Puncak Jaya Kita Bertamu

Penuh mesra kitapun telah bertemu

Dalam lingkaran budaya dakapan ilmu

Mencari sama Tuhanmu dan Tuhanku

Silatmu kepemimpinan bermutu

Tajam makrifat serlahan aqalmu

Nurani budi taburan ikhlasmu

Meraih redha Tuhanmu nan Satu

Gurauanmu ku ingat selalu

Senyum tawa mengusik kalbuku

Tiada duanya kau tetap satu

Pemergianmu aduh aku pilu

Tinggalmu dunia nan sementara waktu

Pada kami sejambak puisi dan lagu

Mengangkat masyhur namamu

Kini Kembali kehadrat-Nya tentu

Siapakah Dia Sudahpun kau tahu

Semoga kali ini, Pyanhabib dan saya kembali rapat, dalam BloggoWorld, dan perjuangan dikongsi bersama.

0 comments: