Gelombang Rakyat

biGlory - Sebuah Puisi Zubli Zainordin Untuk Tiada Duanya Seorang Zubir Ali...Malaysiakini

I ..Image by UniqueO Mania♥ via Flickr


















Zubli Zainordin


Raja Seni















Malaysiakini:

Penyanyi Zubir Ali meninggal dunia
Mar 6, 09 7:25pm
Komposer dan penyanyi Zubir Ali, 60, meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara pada jam 10.30 pagi tadi akibat komplikasi jantung.

zubir aliAllahyarham, yang merupakan bekas vokalis kumpulan Harmoni dan terkenal dengan lagu hit mereka, "Penantian", dimasukkan ke hospital berkenaan kerana menjalani pembedahan pintasan jantung Jumaat lalu.

Anak bongsunya, Raihan Rani, 23, berkata bapanya tenat sejak pagi tadi apabila mengalami tekanan darah yang tidak normal.

"Sejak semalam dia dah mula sakit. Tetapi pada jam 6 pagi tadi, tekanan darahnya turun dengan mendadak.

"Alhamdulillah kami sekeluarga sempat berada di sisinya sehingga ayah disahkan meninggal dunia," katanya ketika ditemui Bernama di Masjid Seksyen 14 Petaling Jaya di mana jenazah allahyarham, dimandi dan dikafankan selepas solat Jumaat petang tadi.

Jenazah Allahyarham selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat Asar.


Zubir Ali
Zubir Ali

Seorang Zubir Ali, Tiada Duanya


Di Menara Puncak Jaya kita bertamu

Penuh mesra kitapun telah bertemu

Dalam lingkaran budaya dakapan ilmu

Mencari sama Tuhanmu dan Tuhanku



Silatmu kepemimpinan bermutu

Tajam makrifat serlahan aqalmu

Nurani budi taburan ikhlasmu

Meraih redha Tuhanmu nan Satu



Gurauanmu ku ingat selalu

Senyum tawa mengusik kalbuku

Tiada duanya kau tetap satu

Pemergianmu aduh aku pilu



Tinggalmu dunia nan sementara waktu

Pada kami sejambak puisi dan lagu

Mengangkat masyhur namamu

Kini Kembali kehadrat-Nya tentu

Siapakah Dia Sudahpun kau tahu
















http://muhaiminsulam.blogspot.com/2009/03/zubir-ali-selepas-kau-pergi.html




Zemanta Pixie

0 comments: