Gelombang Rakyat

biGlory - Zubli Zainordin Kongsi Sedikit Pengalaman Memblog Kalangan Komuniti Antarabangsa..!

Pemaju Masyarakat

biGlory

Blogger Rakyat Malaysia

Bila mula memblog, Disember 2005, saya tidak ikuti ehwal blog dan memblog di Malaysia.

Saya memblog dan membuat connection dengan Bloggers dalam komuniti antarabangsa, di beberapa Social Networking Portals.

Dalam komuniti itu ada Blogger dari Malaysia. Seramainya dari pelbagai negara lain.

Hanya pada PRU 12, saya mula meminati memblog perihal Malaysia sepenuh masa. Saya memblog perihal pemimpin dan kepemimpinan sebenarnya.

Tumpuan saya ialah perihal pemimpin politik Malaysia.

Walaupun sebagai Blogger, saya dari dulu pembawaan ialah pendidik. Blog ialah ruang saya interaksi dan kongsi informasi.

Di komuniti Antarabangsa, dan komuniti di Malaysia, ada 3 golongan utama.

Blogger Hebat

Blogger Setara

Blogger Baru

Peranan saya, belajar dari Blogger Hebat, Interaksi dengan Blogger Setara, Berkongsi dengan Blogger Baru.

Saya mulakan komuniti kecil saya yakni - BLOW - Blogger Wawasan. Mempastikan pemimpin, parti, dan pakatan menang semua pilihanraya kecil dan menang besar PRU 13.

Kemudian, saya tingkatkan BLOW menjadi biGlory - Blogger Rakyat Malaysia, atau Blogger Rakyat. Mempastikan Rakyat Malaysia dimajukan dan Negara Malaysia dimakmorkan melalui pemimpin, parti, dan pakatan politik yang terbaik.

Sudikan saya kongsi sedikit pengalaman.

Semasa memblog dengan masyarakat antarabangsa, seorang Blogger dihentam kerana memblog asyik-asyik perihal kisah hidupnya.

Asal memblog, ada individu, mereka tulis jurnal kehidupannya.

Maka haknya telah dijejas.

Maka bersama Rakan Blogger, kami bersetuju menyokongnya, "If a Blogger shall prefer to blog about her or his Grand Father's shoe laces, so be it".

Seterusnya ada beberapa insiden lain. Namun persetujuan kami sama. Sokongan terus diberikan. Setiap individu Blogger bebas memblog apa pun. Supaya setiap Blogger kecapi nikmat kebebasan memblog.

Ajaibnya, walaupun begitu, wujud persahabatan dalam sifat saling hormat dan harmoni di antara kami.

Itulah pengalaman yang ingin saya kongsikan.

Di Malaysia, begitu juga. Sekali Rakan Blogger pos perihal ISA. Internal Security Act. Saya pun komen. Kemudian seorang lagi komen pula atas komen saya, antara lain, Jika tidak tahu pasal ISA, jangan komen.

Pada saya, itu samalah seperti golongan Ulamak yang berkata, Jika tidak tahu pasal agama, jangan cakap.

Kemudian Ulamak ini juga menyeru orang lain, "Balighu anni walau ayah".

Cara Nabi Muhammad, walaupun tidak keluar dari Madinah, Mekah dan kawasan serantau, namun Islam di zamannya tersebar seluruh dunia.

Ada Ulamak di Malaysia, tiga diarinya - merah, biru, dan hijau. Penuh aktiviti dari surau ke surau, dan dari masjid ke masjid. Jika 10 tahun, dia jugaklah ceramah Isra' Mikraj, umpamanya. Kalangan mendengar terus mendengar.

Dakwah demikian berbeza dengan Sunnah Rasulullah.

Jadi, jika seseorang tidak tahu pasal ISA, nak bercakap, individu Blogger yang tahu tidak molek menghalang, sebaiknya berkongsi, ini sebenarnya. Begitu.

Saya tanya, jika selepas ini saya nak memblog perihal ISA, perlukan saya hantar kepada anda untuk mendapat approval?

Tambahan lagi:

Ada Blogger dia hanya sokong pemimpin pembangkang. Tidak langsung pemimpin kerajaan.

Ada Blogger dia hanya sokong pemimpin kerajaan. Tidak langsung pemimpin pembangkang.

Ada Blogger dia hanya sokong pemimpin terbaik tidak kira dari kalangan pembangkang ataupun kerajaan.

Soalnya, siapakah di antara Blogger ini yang berkuasa menghalang Blogger lain untuk sokong pemimpin yang diminatinya?

Blogger ini yang kecapi nikmat kemerdekaan memblog, sedangkan nampak wujud satu assertness suara untuk tentukan Blogger lain boleh sokong atau tidak boleh sokong pemimpin tertentu.

Macam mana itu?

Sejak 8 Mac 2008 dua blog saya, dan semakin bertambah kenalan di kalangan Blogger, sila komen di sini, sesiapa atau seseorang Blogger yang saya pernah halang untuk memblog perihal apa atau siapa? Pemimpin parti pama

Jika tiada, kenapa saya ingin memblog perihal apa dan siapa, di Blog peribadi saya, mahu dihalang?

Jika tidak saya terima, "I no fren you!"

Adeh!

4 comments:

Anonymous said...

yeaah.saya amat berkenan dengan pandangan saudara.

Gelombang Rakyat said...

celahdapoh,

yeaah juga.

Saya tidak bermusuh sesama manusia. Apatah lagi sesama Blogger.

Masing-masing kecapi kebebasan...

Kita sebagai manusia perlu fahami musuh kita sebagaimana ketetapan Allah dan mesej Nabi Muhammad.

Shitsurei Shimashita said...

betul tu, jadi matanglah kerana inilah ruang utk kita bertukar pandangan/berhujah tanpa sapa yg cedera. Yg penting penggunaan bahasa ja.

Gelombang Rakyat said...

Shitsurei Shimashita,

Sesiapa yang seperti anda, biasa komen di sini.

Taip dan klik.

Tiada moderation.

Bebas nak kata apapun. Jika ada yang mencarut payah sikit.

Sini ada Tok Bebayang Acheh.

Lebih-lebih lagi budak Zizi tu.

Hehehehe...