Bila Pemimpin Di Malaysia Dalam Kepemimpinan Yang Keliru..!
Kebijaksanaan kini wujud di kalangan Rakyat. Ramai semakin sedar dan mampu membezakan di antara yang benar dan yang salah.
Malangnya ini tidak kelihatan di kalangan pemimpin. Kepemimpinan mereka jelas keliru.
Pada saya semua ini tentulah dalam ruang dan bidang pemimpin tertinggi negara. Apakah mesej yang disampaikan dalam terbuka dan tertutup kepada barisan pemimpin dan pengurus pelaksana di kementerian, jabatan, dan agensi berkenaan dengan kepentingan Rakyat.
Pemimpin yang mulia ialah pemimpin yang berpegang kepada prinsip, dan diterjemahkan prinsip ini supaya menjadi amalan bagi pemimpin pelapis yang menjadi tunjang kepada kepemimpinannya yang luhur.
Maka pemimpin tahu punca yang mendatangkan akibat.
Tiada dia akan melakukan sebarang pemesongan jika akibatnya Rakyat yang sengsara. Apa yang dilakukannya benar, betul, dan tepat demi Rakyat yang dahulu diapun dari situ juga sebelum bertaraf pemimpin.
Jika ini tidak berlaku, maka Rakyat akan mengkaji akibat untuk mengetahui punca.
Bila disebut sahaja organisasi dan pelaksanaan untuk Rakyat, jelas sekali ramai orang di kalangan orang ramai, tidak nampak pemihakannya kepada Rakyat, malahan yang ketara ialah pemihakannya kepada pemimpin negara dan parti politik diwakilinya.
Ambil beberapa contoh agar pemimpin ini memahami.
* Kerajaan Pusat menyalurkan peruntukan kepada kerajaan negeri yang memanfaatkan Rakyat secara menyeluruh dan adil.
Adakah ini berlangsung kepada negeri pemerentahan parti politik selain partinya? Rujuk Pulau Pinang - pembinaan sistem pengangkutan, dan Kelantan - royalti minyak dan gas, sebagai contoh, supaya nampak dalam konteks terkini.
* Parlimen pula memberi ruang kepada Ahli untuk bersuara. Hukum dan peraturan melebari semua Ahli jika melampaui batas dan peraturan.
Maka apakah Speaker mithalnya akan mengenakan tindakan kepada Ahli dari parti politik selain parti politik pemimpin negara? Rujuk kepada apa yang pernah dikenakan ke atas Gobind Singh Deo.
* Pasukan polis menjaga keamanan negara dan keselamatan Rakyat.
Maka apakah perlu segala macam persediaan dan kelengkapan untuk menahan dan menyekat sebahagian Rakyat contohnya sekadar untuk menghantar memorandum kepada Agong mereka?
Insiden di Brickfields begitu juga. Namun, bila berlaku insiden di Shah Alam sebentar tadi, pihak yang bertanggungjawab semacam keliru akan asas fungsinya. Sehingga Perdana Menteri sendiri pula terpaksa memberi arahan kepada Ketua Polis supaya mengambil tindakan yang tiada nampak seawalnya akan diambilnya.
* Pilihanraya yang berlangsung ada badan yang diamanahkan mengendalinya supaya adil kepada semua pihak.
Namun dalam banyak hal, nampak cenderongnya untuk memihak kepada pemimpin negara dan parti politiknya.
* Badan Kehakiman melaksanakan hukum hakam dengan adil.
Namun ada berapa kes yang simpang siur perenangnya menjadikan kes berkenaan menjadi seretan yang amat begitu lama. Lama kelamaan terlepas pula individu tertentu dan mangsa dapatkah pembelaan sewajarnya dan seadilnya?
* Ekonomi negara, tentunya bijak pandai ditempatkan dalam kelompok proaktif supaya paling tidak harga barang tidak membebankan Rakyat, lebih dari itu setiap Rakyat kecapi pula nikmat dari kek ekonomi untuk semua, itu.
Namun, harga barang apa yang tidak naik dan tidak membebankan Rakyat? Ketikamana tema Rakyat didahulukan, adakah ertinya Rakyat yang terkena dahulu?
* Media?
(Letih!). Saksikanlah sendiri.
Banyak lagi bahan, dan banyak lagi contoh, namun natijahnya organisasi yang dimaktubkan untuk kepentingan Rakyat, apakah sebenarnya dikhususkan hanya menjaga kepentingan pemimpin negara dan parti politiknya?
Inikah keadilan? Ya, 1Malaysia?