Gelombang Rakyat

Gulai Tempoyak Cili Api Untuk Najib















Seoghang Pemimpin nan baik, dier pikir dulu aper akibat bile dier buat sesuatu.

Sebab sesuatu yang keji, akibat buruk nyer kepader pengikot lama beban dan tekanan nyer.

Itula yang terjadi, terbeban dan tertekan di Peghak. Pemimpin dema buat tak betoi, Rakyat sengsagher sampae biler nok selesaei nyer?

Khaborkan pader Teman.

Ater 1Malaysia udoh tau. Maka nyer, usoh ler terkezut jika laporan oleh Blogger dari Kedah, KedahLanie:

30 August 2009

Nizar : Sivakumar 'SAH'.. Ganesan 'HARAM'

Nizar : Itu Speaker Haram namanya

IPOH, 30 Ogos: Menteri Besar Pakatan Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pagi tadi menegaskan bahawa Speaker Barisan Nasional, Datuk R. Ganesan, bekas Adun Sungkai itu bukanlah Speaker Dun yang sah.

DS Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Pasir Panjang turut berkata, mustahil Ganesan boleh mengakui dirinya Speaker Dun Perak, sedangkan jawatan itu masih disandang V. Sivakumar secara sah sehingga sekarang.

"Dia (Ganesan) bukan Speaker yang sah. Dia tidak berhak berbuat menghalang sidang Dun Rabu depan kerana Sivakumar masih Speaker yang sah. Dalam laporan Aturan Mesyuarat (Standing Order) Dewan Undangan Negeri, selagi Speaker (merujuk pada Sivakumar) masih ada di kerusinya, tidak ada orang lain boleh mempengerusikan persidangan."

Lagi kat sini:

http://kedahlanie.blogspot.com/2009/08/nizar-sivakumar-sah-ganesan-haram.html

Ibarat benang tersimpoi, macam mana yang luruihkan balik?

Mujor benang, kalor urat leheior, macam maner?

Ator,

Ibarat Gulai Tempoyak, lebih manyok cili api dari ikan nyer!

Lain kali, pikior dulu sebelum rampaih negeri yang sah Rakyat menang masa pilihanraya umum.

Faham ler yer...

2 comments:

dollah yankee said...

Nahh..tak berblog, tak pa.. kalau blogging, si pengasas BLOW ni nanti tulis apa-apa saja..

Gelombang Rakyat said...

Tak tahulah dollah yankee, Gulai apa mende neh, suka hati dia saja. Tak tertahan dibuatnya.

Kalau saya, misi pertama sudah tercapai. Kini, tibalah giliran misi kedua.

Kasi turun, jika pemimpin politik tidak baik. Ramai lagi pemimpin politik yang baik boleh ganti.

Dak gitu?