Gelombang Rakyat

Aisehman Dia Antor MC Jah Kat Ehem..!

Dinda: Hai, darling tak pergi ke Sidang ke?

ADUN: Tak, dah lama kanda tak pergi.

Dinda: Kenapa?

ADUN: Isteri kanda, dinda seorang sahaja. Tiada dua tiga atau empat. Jadi kanda tumpu masa pada isteri kanda lah.

Dinda: Tumpu isteri pun, tak kan tak pergi ke Sidang. Itu tanggungjawab pada Rakyat.

ADUN: Rakyat, kanda dah jelak. Kanda sekarang hobi memancing ikan pula, dan bela burung kanda.

Dinda: Nanti kanda kena gugur, haa pilihanraya kecil pulak.

ADUN: Tak mungkin, kanda dah jumpa tek, maksud kanda, tektik baru, besar punya.

Dinda: Tektik besar mana?

ADUN: Besar Gunung! Mula-mula jumpa Doktor. Dapatkan MC. Lepas itu tunggu. Kalau timbol masyaelah, kanda antor jer faks salinan MC itu pada ehem!

Dinda: Ehem bukan ada kuasa itu, itu kuasa Speaker. Fungsi ehem pilihanraya berlangsung elok.

ADUN: Ini precedent baru. Ehem ada cara, depa kenal orang ateh. Inilah konsep 1Malaysia, dinda. Seterusnya biarlah siapa nak bersidang bersidanglah, kita ke luar negara, enjoy...

...

Ehem ya!!!


0 comments: