Gelombang Rakyat

Apa Misteri Pertukaran Portfolio Di antara Pak Lah & Najib Kini Mula Terungkai?

Penulis:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin

Pos # 77

Di TranungKite OnLine:


Misteri Pertukaran Portfolio Di antara Pak Lah & Najib Mula Terungkai?
Dilulus terbit pada Thursday, October 02 @ 07:28:40 MYT oleh greenboc
Analisis Isu Oleh zublizainordin

"a
Pertukaran ini dilihat sebagai satu misteri. Disusuli dengan pelbagai tanda tanya. Kenapakah pertukaran ini dilakukan?

Bahawa pada 17 September 2008 yang lalu, Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak saling bertukar portfolio dan kementerian, serta membabitkan pertukaran tanggungjawab dan bidang kuasa, yakni Abdullah Ahmad Badawi, sebagai Menteri Kewangan bertukar menjadi Menteri Pertahanan, dan Mohd Najib Abdul Razak, sebagai Menteri Pertahanan bertukar menjadi Menteri Kewangan.

Ya, sememangnya telah ada satu sidang akhbar mengenai pertukaran ini. Setelah mendengar penjelasannya di sidang akhbar tersebut, maka ramai Rakyat Malaysia menerima hakikatnya.

Namun, hakikat yang diterima itu, boleh berubah apabila timbul pula maklumat baru, yang menjurus balik kepada misteri pertukaran ini tadi. Semacam demi masa, terungkai sedikit misteri ini, dan Rakyat Malaysia kembali pula kepada rasa ingin tahu dengan lebih lanjut, apa disebalik pertukaran ini?

Sukar sebenarnya untuk membaca niat dan motif pertukaran ini, di antara apa yang tertasdiq di hati, dengan apa yang ditutur di bibir.

Namun, dengan sabar, dan terus meneliti, tindak-tanduk Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak, mudah dibaca, dengan menyaksikan apakah yang paling masing-masing utamakan setelah pertukaran kementerian berlaku.

Khususnya tindak-tanduk yang berkaitan dengan kuasa politik dan manfaat kewangan. Jika pun bukan secara langsung, tuan empunya diri, mungkinkah ada pembabitan secara tidak langsung, individu dan pihak lain yang bersangkutan.

Penelitian dan pendedahan, penyiasatan dan pembongkaran, boleh dilakukan oleh beberapa individu termasuklah juga seperti ahli politik Saifudin Nasution.

Contohnya di sini:

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Video_Stream&page=watch&id=224

dan

http://www.youtube.com/watch?v=XZdTU0y5crc

Tentunya beberapa individu lagi, termasuk forumer di TranungKite OnLine umpamanya, akan menjolok soalan menyengat dan lain-lain pembahas berkongsi maklumat dan mengeluarkan fakta dari pengetahuan masing-masing.

Fakta akan lebih bermakna bila ada individu, pasukan, atau pihak di kementarian berkenaan pula yang menyalurkan maklumat perihal Menteri terdahulu. Jika bukan dari kementerian terdahulu, maka fakta boleh juga datang dari sumber lain yang berwibawa dan ada juga yang tidak berwibawa. Tapisan molek dilakukan, demi menyaring maklumat untuk mendapatkan natijah kebenaran.

Sebagai lanjutan, perhatikan:

01.

Apabila pertukaran telah pun dilangsungkan, Abdullah Ahmad Badawi mula mengumumkan persetujuan kementerian ini, untuk mendapatkan helikopter dari pembuat, European Helicopter, untuk menggantikan Nuri.

Bacaan lanjut di sini:

http://www.yourdefencenews.com/news_item.php?newsID=11812


02.

Apabila pertukaran telah pun dilangsungkan, Mohd Najib Abdul Razak pula, di antara lain, menyentuh perihal perjanjian di antara Maybank, yang perlu diteruskan semula, dengan Temasek Holdings, untuk pemilikan PT Bank Internasional Indonesia Tbk (BII).

Bacaan lanjut di sini:

http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/10/1/business/20081001215623&sec=business

Daripada dua pengumuman awal tersebut, setelah berlakunya pertukaran kementerian di antara Abdullah Ahmad Badawi, dan Mohd Najib Abdul Razak, jelas bahawa, pengumuman ini hanyalah berkaitan dengan rutin kerja semasa.

Namun, disebabkan pengumuman itulah terpancul pula maklumat dari individu, pasukan, atau pihak tertentu yang mengetahui lapisan kisahnya yang tidak jelas pada pengetahuan umum.

Pendedahan awal telah pun bermula di blog Kickdefella. Bacaan lanjut di sini:

http://kickdefella.wordpress.com/

Sebagaimana yang kita boleh terima, seringkali di peringkat menteri kabinet, tiada kedapatan bukti perlakuan di luar bidang kuasa. Sehingga diterjah pembangkang pun, dan dalam Parlimen pun, tiada juga terbukti.

Namun demikian, kerencaman mendapatkan bukti masih boleh diperolahi, jika sesuatu amalan lazim, tetapi menguntungkan ahli keluarga, rakan akrab di luar kementerian, atau pun pihak yang seringkali disebut kroni, atau seumpamanya, yang mendatangkan gambaran pelek ke arah penyalahgunaan kuasa dan pembabitan meraih keuntungan secara tidak langsung.

Sebagai Rakyat Malaysia, apa yang kita inginkan ialah yang hak akan timbul, dan yang bathil pasti tenggelam.

Selain itu, setiap menteri kabinet tidak perlu gusar dan gentar, apabila tindakannya adalah menepati kebenaran, berdasarkan prosedur yang dipatuhi dengan semoleknya.


Rujukan:

http://atotalblog.wordpress.com/2008/10/02/pak-lah-and-najib-after-job-swaps-now-eurocopter-to-replace-nuri/

http://satublogtotal.blogspot.com/2008/10/siapakah-yang-mencari-bala-adakah-yang.html"

Last 10 News Submissions sent by zublizainordin:

  • Misteri Pertukaran Portfolio Di antara Pak Lah & Najib Mula Terungkai?
  • Masih Berhelah Maka Sukar Untuk Dipercayai Pak Lah Bersara Awal...
  • 1 Syawal 1429 Pak Lah Minta Maaf Saya Maafkan Tapi Tetap Lah Letak Semua Jawatan
  • Pak Lah Sudah Jumpa satu Rentak Baik Punya Justru Sistem Tundaan Automatik
  • Dr M Nampak Pak Lah Guna Kuasa Memberi Ganjaran Untuk Kekal Presiden UMNO?
  • Majlis Tertinggi UMNO Palu Muzik A-Go-Go Tapi Pak Lah Buat Tari Inang
  • Kenapa Pula Pak Lah Kena Lepaskan Jawatan Presiden UMNO?
  • Informan Dan Pak Lah Di Antara Dengar Fakta Atau Auta
  • Pak Lah Tidak akan Letak Jawatan Dan Terus Kekal Jawatan Presiden UMNO & PM
  • Fahami Betul-betul Pak Lah Kata Pelan Peralihan Ertinya Peralihan Yang Perlah
  • InsyaAllah ada lagi post diterbitkan di sini...

    Siapakah Yang Mencari Bala? Adakah Yang Telah Berjumpa Bala? Di Manakah Bala?

    Semua soalan itu, jika di kalangan yang berbahasa, dia akan kata, Bala usah dicari.

    Namun, ini adalah bersangkutan:


    P Balasubramaniam
    www.tranungkite.net


    Namanya muncul semula hari ini, di Blog Kickdefella.

    Sebelum ini, saya ada sedikit kerisauan perihal keselamatannya, dan saya pos di sini:

    Individual Malaysians Are Hesitant To Appear

    In Court To Lend A Piece For The Truth

    Nothing But The Trust

    But Then Are Each Of Us Safe And Safety

    Guaranteed By The Malaysian Political Leader?


    Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin,

    A picture tells many words.

    Where Is Bala And Hopefully No Bala For Any Malaysians

    Posted by Zubli Zainordin on July 6, 2008


    More pictures and details at:
    http://malaysiangate.blogspot.com/2008/07/pi-retracts-statement.html

    Namun, di Blog Kickdefella, ada lagi nama disebut, selain P Balasubramaniam.

    Saya menghidu, bala untuk nama yang disebut itu, jika terbukti kebenarannya.

    Untuk keterangan lanjut, sila klik Blog Kickdefella.

    InsyaAllah, banyak lagi pendedahan, sedikit masa lagi...

    Lawak Bukan? Pak Lah Bagi Duit Raya Ke Raya Duit Bagi?

    Entah Lah! Patut Lah! Apa cerita Pak Lah?

    Nak tahu, tanyalah...

    Kickdefella

    No one dies a virgin, Life screws us all.



    Blogger hebat ini tahu al-kisahnya, kat sini:

    http://kickdefella.wordpress.com/2008/09/30/we-know-what-dollah-does-this-raya/

    Nilai posnya - RM 250 juta setahun selama 30 tahu. Nak tahu lanjut, kasi klik link atas!



    Sebagai Menteri Pertahanan Malaysia,

    Apa yang Pak Lah umumkan

    Dan

    Apa yang Pak Lah sembunyikan.

    Ini lawak bukan? NO! Ini bukan lawak.