Gelombang Rakyat

Rafidah Atau Shahrizat Menang Wanita UMNO Kalah..!

Mujur Lah seperti biasa Abdullah Ahmad Badawi lambat dan lewat bertindak. Walaupun ada teknologi canggih seperti telefon tetapi tidak dimanfaatkannya. Dia kononnya mahu bersemuka dengan 2 tokoh Wanita UMNO ini.

Pak Lah nasihat KJ jangan bertanding
Dilulus terbit pada Sunday, November 23 @ 21:00:00 MYT oleh TokBatin
Artikel Oleh dewa

" Menurut akhbar Berita Harian, Pak Lah memberi nasihat agar jangan bertanding demi menjaga perpaduan parti dan mengelak perpecahan. Timbul isu adakah nasihat tersebut turut sampai kepada KJ atau khas untuk Rafidah dan Syahrizat yang tiada hubungan keluarga dengan Pak lah..

Berita Harian melaporkan:
"PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berharap kedua-dua pihak iaitu Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dapat mengelak daripada bertanding merebut jawatan Ketua Wanita Umno, pada pemilihan Mac depan.

"Saya tak sempat jumpa mereka, tapi elok kalau tak bertanding. Namun kedua-duanya sudah buat keputusan," katanya kepada pemberita di sini.

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno berharap, kedua-dua calon terbabit supaya bertanding mengikut amalan demokrasi serta memastikan tiada perpecahan pada sayap parti itu. "

Sambungan di sini:

http://www.tranungkite.net/
Malah, dalam tempoh yang singkat dan terdekat, jika benar Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kepemimpinan kepada Mohd Najib Abdul Razak, begitu Lah Abdullah Ahmad Badawi, tidak banyak manfaat yang diusahakannya melalui kepemimpinannya.

Dalam konteks di atas, Shahrizat Abdul Jalil pun bersegera mengumumkan, suapya tidak lagi seperti dahulu terlepas peluang. Rafidah Aziz turut seperti selalu yakin dan pantas membaca rentak.

Kini Rafidah Aziz dan Shahrizat Abdul Jalil akan menyerahkan kepada Wanita UMNO untuk memilih siapakah di antara mereka Ketua.

Jika pun Rafidah Aziz menang dan Shahrizat Abdul Jalil kalah...

atau

Shahrizat Abdul Jalil menang dan Rafidah Aziz kalah...

Wanita UMNO sudah mula kalah.

Shahrizat Abdul Jalil bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO kerana Kamalia Ibrahim bertanding merebut kerusi Naib Ketua Wanita UMNO yang sedang disandangnya.

Rafidah Aziz bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO kerana Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan pertandingan merebut kerusi tersebut.

Sudah mula masing-masing menyindir dan apa yang berlaku seterusnya adalah kekalahan sayap pergerakan Wanita UMNO ini.



Luka parahnya 20 tahun pun mungkin tidak sembuh...

Ini kemenangan Rakyat Malaysia ketikamana UMNO dihancurkan pemimpinnya sendiri!

2 comments:

mantra-indeeptots said...

Zubli

Kalau Pak Lah bersemuka dengan Shahrizat... I would not deny. Madam Jat tu penurut kata.

Dengan Maam Pidah, tak dan nak buka mulut, kalah berteh goreng... last2 Pak Lah minta biras dia, emak Khairy berleter kat Maam Pidah.

LKS pun boleh terdiam inikan PakLah...

Gelombang Rakyat said...

Mantra,

Susah juga bila politik anak beranak involved.

Kesian mereka...