Gelombang Rakyat

Dr M Nampak Pak Lah Guna Kuasa Memberi Ganjaran Untuk Kekal Presiden UMNO?

Penulis:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin

Pos # 76

Di TranungKite OnLine:

Dr M Nampak Pak Lah Guna Kuasa Memberi Ganjaran Untuk Kekal Presiden UMNO?
Dilulus terbit pada Monday, September 29 @ 07:24:00 MYT oleh SongkokPutih
Komentar
Oleh zublizainordin

" Mahathir Mohamad menulis di blognya, Che Det, perihal Abdullah Ahmad Badawi yang melakukan perlantikan individu untuk mengisi kekosongan jawatan, atau jawatan baru yang diperkenalkan di peringkat kerajaan pusat mahu pun negeri.

Tidak sangka pos yang mudah dan menarik, disebut snippet sahaja, mempunyai makna dan erti yang mendalam. Terutama bila pos begini mendapat scoop, mendahului pemerhati kepemimpinan dan para penganalisis politik tanahair.

Jadi apakah yang dapat kita fahami dan pelajari dari pos Mahathir Mohamad di blognya yang hangat dengan kunjungan ini?

Begini...

Abdullah Ahmad Badawi kini memegang beberapa jawatan penting, dan yang diketahui umum termasuklah Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional, Menteri Pertahanan Malaysia, dan Perdana Menteri Malaysia.

Sememangnya dalam tampok kuasa dan autoriti ini, Abdullah Ahmad Badawi berhak melantik individu walaupun dari kalangan pemimpin UMNO, untuk mengisi kekosongan jawatan, atau memenuhi keperluan jawatan baru, yang diperkenalkan dalam kerajaan di peringkat pusat dan negeri.

Berbagai rasional boleh dikemukakan, dan di antaranya ialah untuk membantu Abdullah Ahmad Badawi memimpin negara dengan jayanya.

Jika ada, namun sukar untuk mempertikaikan hak berkaitan kuasa melantik dan juga kuasa memecat ini, yang berada dalam genggaman seorang Perdana Menteri Malaysia.

Setakat ini, line clear.

Bagaimana pun, keserabutan boleh timbul, jika ada unsur penyalahgunaan kuasa, dan jika sabit berkaitan pula dengan bentuk yang boleh diklasifikasikan sebagai rasuah.

Sebagai individu pemimpin yang mahu bertanding mengekalkan kedudukan sebagai Presiden UMNO, dalam Mesyuarat Agung dan Pemilihan Pemimpin kelak, Abdullah Ahmad Badawi telahpun mengetahui congakan berapakah jumlah pencalonan yang mampu diperolehinya.

Katakanlah Abdullah Ahmad Badawi mendapat maklumbalas dan congakan menunjukkan bahawa dia tidak memperolehi jangkaan bilangan pencalonan yang mencukupi.

Ertinya, menurut sistem kuota yang dia sendiri pertahankan dalam Tata Etika Pemilihan UMNO terkini, tanpa mendapat jumlah minima 58 pencalonan dari keseluruhan 191 UMNO Bahagian, maka Abdullah Ahmad Badawi tidak layak bertanding untuk mengekalkan jawatan Presiden UMNO.

Percayakah kita calon yang mahu bertanding untuk jawatan Presiden UMNO, keli ini, telahpun mempunyai senarai nama para pemimpin UMNO Bahagian, yang ditandai.

Umpamanya, biru konfirm menyokong, merah konfirm menentang, dan hijau tidak pasti atau belum dapat dipastikan lagi.

Sukar untuk dipercayai, yang Abdullah Ahmad Badawi tidak mempunyai senarai nama dan kecondongan, yang seumpama ini.

Jika Abdullah Ahmad Badawi, setelah mengetahui jumlah pemimpin UMNO Bahagian yang menyokongnya, apakah mungkin Abdullah Ahmad Badawi mula melantik individu demi individu dari senarai tersebut yang tidak menyokongnya, ke jawatan tertentu dalam kerajaan bertujuan untuk memenuhi manfaatnya sendiri.

Ibarat berbudi, individu yang secara terang atau sembunyi menentang Abdullah Ahmad Badawi, dan tidak akan mencalonkannya di peringkat UMNO Bahagian, setelah dilantik ke jawatan tertentu, akan kah mula berubah menjadi taat setia kepada yang telah melantiknya.

Lantaran itu, individu ini bukan sahaja bakal bergerak untuk mempengaruhi mesyuarat di peringkat UMNO Bahagian, supaya mencalonkan Abdullah Ahmad Badawi supaya kekal sebagai Presiden UMNO, malah individu ini juga dapat mempengaruhi para pemimpin UMNO Bahagian lain yang rapat dengannya untuk sama-sama mencalonkan Abdullah Ahmad Badawi supaya kekal sebagai Presiden UMNO.

Adakah ini yang sedang dilakukan oleh Abdullah Ahmad Badawi?

Adakah individu di peringkat pemimpin UMNO Bahagian, boleh dibeli sedemikian rupa, mengenepikan maruah diri, dan melupakan kepentingan parti, ahli, rakyat dan negara?

Begitu soalannya.

Hal ini mudah diketahui jawapannya, bila sekiranya perlantikan individu ini adalah memanfaatkan parti, ahli, rakyat dan negara. Sememangnya individu ini layak, dan tidak banyak membantu pemimpin yang melantiknya dari aspek pencalonan di peringkat UMNO Bahagian.

Para pemimpin ini walaupun sayang kepada Abdullah Ahmad Badawi, dan setelahpun dilantik ke jawatan tertentu dalam kerajaan, namun mereka lebih sayang kepada parti, dan tetap memegang pendirian bahawa UMNO Bahagian tetap menolak kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi.

Jadi, sama-samalah kita perhatikan tindakan Abdullah Ahmad Badawi ini, yang seterusnya, dari tempoh sekarang, sehingga 9 Oktober, 2008.


Rujukan:

http://atotalblog.wordpress.com/2008/09/29/dr-m-sees-pak-lah-gains-through-the-power-of-rewarding/

http://satublogtotal.blogspot.com/2008/09/pak-lah-tidak-akan-letak-jawatan-dan.html
"

Last 10 News Submissions sent by zublizainordin:

  • Dr M Nampak Pak Lah Guna Kuasa Memberi Ganjaran Untuk Kekal Presiden UMNO?
  • Majlis Tertinggi UMNO Palu Muzik A-Go-Go Tapi Pak Lah Buat Tari Inang
  • Kenapa Pula Pak Lah Kena Lepaskan Jawatan Presiden UMNO?
  • Informan Dan Pak Lah Di Antara Dengar Fakta Atau Auta
  • Pak Lah Tidak akan Letak Jawatan Dan Terus Kekal Jawatan Presiden UMNO & PM
  • Fahami Betul-betul Pak Lah Kata Pelan Peralihan Ertinya Peralihan Yang Perlahan
  • Indeks Persepsi Korupsi - Bolehkah Dikatakan Tak Apa Lah Apa Depa Nak Kata
  • Macam Mana Nak Faham Peleknya Naik Turun Harga Petrol Dan Diesel Di Malaysia
  • Tambatan Ringgit! Apa Cerita Di Sebalik Pelbagai Cerita Di Dalamnya?
  • Pak Lah Kekal PM Maka Jangkakanlah Yang Dijangka Tapi Apa & Siapa Akan Ken

  • InsyaAllah, ada lagi pos akan terbit di sini...

    0 comments: