Pak Lah Tidak akan Letak Jawatan Dan Terus Kekal Jawatan Presiden UMNO & PM
Post # 72
Pak Lah Tidak akan Letak Jawatan Dan Terus Kekal Jawatan Presiden UMNO & PM
Dilulus terbit pada Saturday, September 27 @ 10:27:43 MYT oleh SongkokPutih
Oleh zublizainordin
"
Sejak PRU 12 semakin menjadi-jadi sebahagian Rakyat Malaysia bersuara mahukan Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan Perdana Menteri Malaysia.
Bermacam cara telah mereka lakukan supaya Abdullah Ahmad Badawi turun dari kerusinya, tetapi Abdullah Ahmad Badawi menggunakan apa cara yang ada supaya kekal di kerusi Perdana Menteri, dan terus menerajui kerajaan.
Kerajaan Barisan Nasional tidak banyak melakukan kebaikan kepada Rakyat Malaysia, malah memburukkan lagi keadaan dengan menaikkan harga petrol dan diesel serta rentetan kenaikan harga bahan, barang, dan perkhidmatan. Pelbagai isu lain terus tidak dapat ditangani dan semakin meruncing.
Rakyat Malaysia terus sengsara. Semua ini memberi kesan kepada para pemimpin dan parti dalam Barisan Nasional.
Kemudian pemimpin dan parti Barisan Nasional secara terang-terang mengusulkan undi tidak percaya sepertimana mula digerakkan oleh Yong Teck Lee dan SAPP. Mereka tidak konfiden lagi terhadap kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Seperti tidak dipeduli, dipinggir, maka SAPP isytihar keluar Barisan Nasional. Kemudian Abdullah Ahmad Badawi lega, dan cap parti ini sebagai pengacau.
Tambah kusut lagi, bermula dengan isu berbaur perkauman, susulannya ialah pertimbangan MCA dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia, yang menyuarakan akan keluar Barisan Nasional, jika tiada perubahan, namun masih belum melakukannya, dan masih menunggu, dan kemudian menarik balik suara ini, dan kini senyap.
Dalam kesenyapan ini, Abdullah Ahmad Badawi masih belum memantapkan atau memajukan Barisan Nasional. Gabungan ini semakin tidak relevan lagi.
Walaupun apa yang telah berlaku dalam Barisan Nasional, sehingga kini, Abdullah Ahmad Badawi masih lagi Pengerusi Barisan Nasional, dan terus menerajui gabungan parti politik ini.
Sementara itu, penolakan terhadap Abdullah Ahmad Badawi, dan jelak dengan kepemimpinannya yang lemah, lesu, dan longlai, melarat pula kepada ahli dan para pemimpin UMNO.
Mereka mula tidak berminat dengan kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Mereka mahu Abdullah Ahmad Badawi melakukan peralihan kepemimpinan sebelum 16 Disember, 2008.
Abdullah Ahmad Badawi telah mententeramkan mereka dengan mengumumkan peralihan kepemimpinan akan dilakukannya kemungkinan pada pertengahan 2010.
Tetapi, kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi semakin buruk dan teruk. Ahli dan para pemimpin UMNO menjadi semakin resah. Ada yang malu jadi ahli UMNO. Mereka mahu keluar, tetapi masih kekal sekiranya UMNO yang rosak dipulihkan.
Tetapi sehingga kini Abdullah Ahmad Badawi tidak memulihkan UMNO, dia tidak pun pedulikan suara akar umbi, dan terus kekal sebagai Presiden UMNO.
Desakan dan asakan mula disampaikan kepada Abdullah Ahmad Badawi melalui Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin lain yang sering bersama ahli UMNO dalam pelbagai aktiviti.
Oleh kerana bahangnya sudah terlalu membara dan menyala, para pemimpin ini telah menyuarakan mesej akar umbi UMNO ini dengan lantang, dan menerusi media ianya dihebahkan.
Oleh kerana suasana panas, maka Abdullah Ahmad Badawi telahpun mengadakan pertemuan dengan Majlis Tertinggi UMNO pada 18 Oktober, 2008.
Abdullah Ahmad Badawi dibidas, kerana pelan peralihan kuasa yang dijangkakan pada pertengahan 2010 disuarakan adalah terlalu lama.
Mereka mahu peralihan yang perlahan ini disegerakan atau dicepatkan sebelum 9 Oktober, 2008 atau sebelum Disember, 2008.
Serta mereka menggesa supaya Abdullah Ahmad Badawi tidak bertanding jawatan Presiden, kerana dikhuatiri malu kerana dia tidak akan mendapat 58 pencalonan pun dari 191 para pemimpin UMNO Bahagian.
Ketika ini, Abdullah Ahmad Badawi sudah mula mahu mendengar suara akar umbi UMNO, terutama perihal nasib kerjayanya sebagai Presiden UMNO. Maklumat diperolehi oleh beberapa pemimpin yang setia kepadanya, mendapati kemungkinan ini ada benarnya. Susah untuk mendapat pencalonan yang mencukupi dari 191 para pemimpin UMNO Bahagian.
Seterusnya, Abdullah Ahmad Badawi mengadakan pertemuan sekali lagi dengan Majlis Tertinggi UMNO, pada 26 September, 2008, yang lalu kemudian mengumumkan bahawa Mesyuarat Agung UMNO dan Pemilihan Pemimpin pada 16 Disember, 2008, ditundakan ke 9 Mac, 2009.
Terkini, kedengaran suara lega, dan pujian serta harapan bahawa Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan persaraannya dan melakukan peralihan kuasa sebelum atau pada 9 Mac, 2009.
Sekarang masing-masing menunggu pengumuman Abdullah Ahmad Badawi sama ada bertanding ataupun tidak jawatan Presiden UMNO sebelum 9 Oktober, 2008 ini.
Apa yang dijangkakan akan berlaku seterusnya?
Dijangkakan sebelum 9 Oktober, 2008, Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan bahawa dia akan bertanding jawatan Presiden UMNO pada 9 Mac, 2009.
Seterusnya, Abdullah Ahmad Badawi akan terus kekal di semua kerusinya, termasuklah sebagai Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional, Menteri Pertahanan Malaysia, dan Perdana Menteri Malaysia, dari 9 Mac, 2009 sehingga pertengahan 2010.
Kemudian, Abdullah Ahmad Badawi akan melanjutkan lagi kedudukannya sebagai pemimpin utama, sehingga dia dapat menerajui PRU 13.
Jika Barisan Nasional kalah dalam PRU 13, maka Abdullah Ahmad Badawi akan membuka jalan dan menggerakkan usaha untuk mendapatkan majoriti mudah di Parlimen.
Namun bila Barisan Nasional menang PRU 13, walaupun dengan hanya mendapat majoriti mudah, apatah lagi majoriti dua per tiga, maka Abdullah Ahmad Badawi akan kekal di semua kerusinya sehingga PRU 14.
Soalannya bilakah sebenarnya, Abdullah Ahmad Badawi akan meletak jawatan?
Jawapannya tidak.
Abdullah Ahmad Badawi tidak akan sama sekali meletak jawatan langsung, malah jika boleh berlaku, dia akan kekal di semua kerusi yang didudukinya, walaupun sehingga 1 Jun, 2100.
Rujukan:
http://atotalblog.wordpress.com/2008/09/27/before-9th-of-october-2008-will-pak-lah-announce-to-contest-for-umno-president-post-yes/
"
Last 10 News Submissions sent by zublizainordin: