Informan Dan Pak Lah Di Antara Dengar Fakta Atau Auta
0 Comments
»
Pos # 73
Informan Dan Pak Lah Di Antara Dengar Fakta Atau Auta
Dilulus terbit pada Saturday, September 27 @ 22:49:15 MYT oleh SongkokPutih
Oleh zublizainordin
"Seperti sesiapapun pemimpin negara yang ada sesuatu lalu membolehkannya memilih untuk melaksanakan hukuman atau ganjaran, maka Abdullah Ahmad Badawi sentiasa di kelilingi individu yang berkongsi informasi dengannya.
Soalan:
01. Pemimpin bagaimanakah Abdullah Ahmad Badawi ini?
02. Informan bagaimanakah yang sering mengelilinginya?
Agak mudah untuk informan membaca Abdullah Ahmad Badawi lalu mampu menaikkan atau menjatuhkannya.
Begitu juga, Abdullah Ahmad Badawi boleh sekiranya dia mampu dan mahu membaca informan di sekelilinginya, dan bertindak menghukumnya atau mengganjarinya.
Katakanlah, Informan memaklumkan kepada Abdullah Ahmad Badawi, contohnya begini:
"Pak Lah, selama anda memimpin parti sebagai Presiden UMNO, parti ini telah mengalami deformiti. Selagi anda tidak letak jawatan, para pemimpin dan ahli UMNO tidak dapat melakukan reformasi, dan seterusnya gagal melaksanakan transformasi".
Tengok apa kelaziman respons atau reaksi Abdullah Ahmad Badawi, di antara kebarangkaliannya:
01. "Apa anda kata? Saya punca UMNO ini cacat? Pembentukan semula dan perubahan sepadu tidak dapat dilakukan? Jadi, anda suruh saya letak jawatan? Tidak! Kenapa pula? Sekarang, anda dipecat..."
02. "Terima kasihlah kerana memberikan informasi ini kepada saya. Saya telah buat yang terbaik. Mungkin ada lagi yang saya tak nampak, dan belum buat lagi. Saya akan baiki diri saya, dan saya akan pimpin terus untuk pulihkan kecacatan parti ini, marilah sama-sama kita lakukan pembentukan semula, dan kemudian kita sama-sama lakukan perubahan bersepadu..."
03. "Baiklah, jika begitu, saya letak jawatan sekarang juga. Buat persiapan, saya umumkan..."
Dalam masa yang sama, Abdullah Ahmad Badawi, boleh membaca informan di sekelilingnya, dan di antara kebarangkaliannya:
Abdullah Ahmad Badawi bertanya, "apa pandangan anda mengenai ucapan yang saya sampaikan tadi?"
01. "Ucapan yang terbaik. Penyampaian anda hebat. Audiens telah mendapat banyak manfaat. Andalah pemimpin saya. Mari tangan, saya nak cium dan jilat, untuk mendapatkan berkat..."
02. "Ucapan anda tadi, ada poin yang baik, dan ada poin yang masih terbuka kepada penelitian lanjut. Penyampaian anda elok, namun ada aspek yang boleh dibaiki lagi. Nanti sama-sama kita dapatkan maklumbalas audiens..."
03. "Ucapan anda tadi amat teruk. Tak ada isi, perkataan yang banyak. Lagi pun perkataannya sama macam ulangan tahun lalu. Audiens saya tengok ada yang terlelap tidor, dan ada yang bangun keluar masuk sepuluh kali sekejap. Anda gagal sebagai pengucap..."
Masih ada tempoh dari saat ini sehingga 9 Oktober, 2008, bagi Abdullah Ahmad Badawi, untuk mengkaji informasi yang dikongsinya dengan beberapa Informan yang sering mengelilinginya. Atau Informan yang telah lama menjauh kerana dipinggirkan atau merajuk kerana merasa terpinggir. Abdullah Ahmad Badawi boleh panggil mereka untuk mendapatkan informasi terkini.
Maka Abdullah Ahmad Badawi, boleh bertanya,"apakah saya akan mendapat pencalonan yang mencukupi dari 191 UMNO Bahagian, sedangkan saya kini berhasrat untuk membuat keputusan sama ada bertanding atau tidak bertanding untuk kekal jawatan Presiden UMNO..."
Maka tanyalah kepada:
01. Mohd Najib Abdul Razak,
02. Muhyiddin Yassin,
03. Muhammad Muhd Taib,
04. Annuar Musa,
05. Dan beberapa orang lain lagi.
Jika Abdullah Ahmad Badawi belum juga mendapatkan fakta yang jelas, dari mereka, maka dia sebenarnya di kelilingi oleh Informan yang tidak mendatangkan faedah kepadanya, mahupun parti UMNO.
Kami tahu siapa mereka ini, bila contohnya, ada yang berkata kepada Abdullah Ahmad Badawi, kami tidak dapat dengar, namun kemudian dilaporkan melalui media, kami kaji baris ayat dan bahasa badan, lalu jika begini:
"Line clear Pak Lak, tidak ada seorang pun yang kata anda syeru. Malah semua pemimpin UMNO Bahagian negeri ini telah memberi sokongan padu dan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada anda untuk bertanding dan terus kekal sebagai Presiden UMNO yang ulung".
Kemudian keluar pula serta-merta dalam media yang didahului umpamanya, TranungKite OnLine, Malaysiakini, dan media alternatif, meliputi Beras Padu dan Beras Terpilih, dan lain-lain lagi, begini:
"Hanya 2 pemimpin sahaja dari 20 pemimpin Bahagian UMNO negeri ini yang mahu Abdullah Ahmad Badawi bertanding dan terus kekal Presiden UMNO".
Lepas itu kedengaranlah "Wakakah...", "Kah Kah Kah", "Hahahaha", "Hehehehe", dan seumpamanya di merata forum dan blog di alam siber, sebelumpun Abdullah Ahmad Badawi bangun tidor untuk memulakan tugas rasminya.
Abdullah Ahmad Badawi, serta kerajaan, parti, gabungan, dan kepemimpinannya terus menjadi bahan ketawa, kerana ramai sangat para pelawak yang mengelilinginya dalam satu komedi lakonan bersama yang amat menggelikan hati.
Maka masih sempatkah Abdullah Ahmad Badawi membuat keputusan terbaik untuk selamatkan dirinya dari malu besar, dengan mendahulukan suara Rakyat Malaysia, ahli dan pemimpin UMNO, serta pemimpin dan wakil parti Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.
Ketika mana, terkini, Tengku Razaleigh Hamzah yang gentleman itu pun sudah tidak tertahan lagi, sehingga beliau mengatakan Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak, ialah dua orang tua yang macam budak-budak sedang main permainan "ini aku punya dan ini engkau punya". Ya, tambah Tengku Razaleigh Hamzah lagi, dalam sebuah negara yang dikatakannya, Republik Pisang.
Seruan:
"Pak Lah, anda sudah bangun dari tidor kah belum? Pak Lah, anda sudah sedar dari mimpi kah belum?
Rujukan:
http://atotalblog.wordpress.com/2008/09/27/has-umno-informants-been-giving-pak-lah-the-truth-so-did-he-accept-it/
http://satublogtotal.blogspot.com/2008/09/walaupun-30-juta-pemimpin-dan-ahli-umno.html
Last 10 News Submissions sent by zublizainordin:
InsyaAllah, akan diterbitkan lagi pos...