Kenapa Pula Pak Lah Kena Lepaskan Jawatan Presiden UMNO?
0 Comments
»
Pos # 74
Kenapa Pula Pak Lah Kena Lepaskan Jawatan Presiden UMNO?
Dilulus terbit pada Sunday, September 28 @ 12:42:54 MYT oleh greenboc
Oleh zublizainordin
"
Jika bukan Abdullah Ahmad Badawi sendiri, barangkali ada yang bertanya soalan tersebut. Ya, kenapa pula Abdullah Ahmad Badawi kena lepaskan jawatan Presiden UMNO?
Di Malaysia, tradisinya ialah Presiden UMNO, ialah juga Pengerusi Barisan Nasional, dan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang mengetuai kerajaan dalam satu jemaah menteri .
Ertinya, jawatan Presiden UMNO ini penting, dan berkait rapat dengan kepemimpinan negara. Sebab itulah, dalam banyak parti dan di antara ramai pemimpin, jawatan Presiden UMNO ialah yang paling manis, dan menjadi rebutan beberapa dan idaman ramai.
Jawatan yang kononnya dikatakan bukan untuk berseronok, namun seronoknya bukan kepalang. Tidak perlulah dinafikan, ramai orang yang tahu akan keseronokannya itu.
Namun, masih misteri ialah detik Mahathir Mohamad melepaskan jawatan ini dahulu, dan memilih penyerahan kepada Abdullah Ahmad Badawi. Walaupun ada yang gembira dengan pengumumannya bersara, namun rata-rata Rakyat Malaysia turut bersedih. Saya pun.
Namun bila Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan perihal yang sama, melalui pelan peralihan kuasa, para pemimpin UMNO yang hadir dilaporkan memberi standing ovation. Seronok sangat bahawa parti, gabungan parti politik, Rakyat dan Negara Malaysia, bakal dapat kembali semula maju, setelah bebas daripada kelembapan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi yang mengcengkam. Rata-rata Rakyat Malaysia turut bergembira. Saya pun.
Soalnya, kenapa pula Abdullah Ahmad Badawi kena lepaskan jawatan Presiden UMNO? Adakah perlu Rakyat memujuknya kini supaya membatalkan hasrat ini dan terus memimpin parti dan negara?
Oh, tidak..!
Jadi, apakah yang tidak kena dengan si Abdullah Ahmad Badawi ini sebagai pemimpin?
Tidak kena, sehingga sebahagian Rakyat Malaysia menolak kepemimpinannya. Sehingga hal berikut ini terjadi:
* Mahathir Mohamad yang sewajarnya bersara dan berehat, namun kembali aktif dan mendesak supaya Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan.
* Mukhriz Mahathir yang masih junior dalam UMNO, menulis surat rasmi, perihal yang sama.
* Tengku Razaleigh Hamzah dalam usia terkini terpanggil untuk kembali memberi khidmat dan menawar diri untuk bertanding jawatan Presiden UMNO.
* Walaupun Raja-Raja Melayu tidak mencampuri urusan eksekutif. Namun, peristiwa perlatikan Menteri Besar di Perlis dan di Terengganu, masih segar dalam ingatan, bahawa Abdullah Ahmad Badawi gagal meyakinkan pihak istana sehubungan dengan calon kepemimpinan negeri.
* Yong Teck Lee dan SAPP, mengusul undi tidak lagi konfiden dengan kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi, dan terkini memutuskan keluar dari Barisan Nasional.
* Para pemimpin pembangkang belum dominan, namun telah ada tanda protes terhadap kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi, seperti bangun dan keluar dewan, serta mengusulkan supaya tidak konfiden dengan pemimpin ini dibahaskan di Parlimen.
* Beberapa parti komponen Barisan Nasional menyuarakan rasa tidak puas hati, kerana tiada perubahan maka ini memungkinkan parti keluar dari Barisan Nasional.
* Ahli UMNO akar umbi menjadi resah selagi Abdullah Ahmad Badawi kekal sebagai Presiden UMNO. Di peringkat ini, mereka mula membara. Diikuti dengan para pemimpin UMNO Cawangan yang mula menunjukkan protes. Ini terkesan kepada para pemimpin UMNO Bahagian. Terikini ialah sudah sampai ke peringkat suara jelas para pemimpin Majlis Tertinggi UMNO. Atas apa juga nama moleknya, peralihan kuasa atau seumpama, desakannya ialah Abdullah Ahmad Badawi mesti letak jawatan Presiden UMNO, dengan cepat dan segera.
* Sebahagian daripada para bloggers and forumers tidak ketinggalan, sejak sekitar 6 bulan sebelum dan semasa PRU 12, diikuti pilihanraya kecil P 44 Permatang Pauh, sehinggalah kini, terus mengkritik Abdullah Ahmad Badawi, sebagai pemimpin yang tidak lebih daripada pelawak sahaja.
Sebahagian besar Rakyat Malaysia telah merestui pilihan Mahathir Mohamad. Harapan ditaruh kepada Abdullah Ahmad Badawi. Sehingga kemenangan dalam sejarah Malaysia diberikan kepadanya hasil dirinya masih bersama kepemimpinan dahulu.
Detik bilakah perubahan berlaku pada kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi? Mahathir Mohamad yang banyak memberi peluang kepadanya, telah dilayani seburuk itu. Kemudian, semakin hari dia sebagai pemimpin semakin teruk, dan semakin hari kepemimpinannya semakin buruk.
Abdullah Ahmad Badawi semacam tidak tahu suara yang mula meluap dan meruap, di kalangan Rakyat Malaysia, terutama selepas 5 Jun, 2008. Bila dia perasan, tidak pula dia sebagai pemimpin mahu menjaga perasaan Rakyat Malaysia. Jelas kelihatan, dia hanya menjaga perasaannya sendiri, dan mahu kekal di semua kerusi utama yang didudukinya.
Ramai mula sedar dan mengetahui bahawa tiada pilihan lain, melainkan Abdullah Ahmad Badawi mesti melepaskan jawatan Presiden UMNO sekarang juga.
Cuma, pemimpin seperti Mohd Najib Abdul Razak menjadi masalah utama kenapa Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin bermasalah ini dan yang mendatangkan masalah kepada orang lain, masih kekal dan mahu terus kekal sebagai Presiden UMNO.
Gabungan, permaufakatan mereka berdua, sudah menjadi adegan meluat di kalangan orang lain. Mereka seperti dua sejoli politik, yang sedang asyik dan maksyuk, masing-masing membantu di antara satu sama lain, supaya terus berkuasa. Kasih politik yang terjelma di antara mereka berdua, sehingga mereka sanggup bertukar-tukar portfolio dan kementerian masing-masing.
Sudah ada yang merasakan tolak Abdullah Ahmad Badawi, dan tolak Mohd Najib Abdul Razak sekaligus. Kedua-duanya, tak boleh diharapkan lagi.
Ini ditambah buruk lagi dengan adanya para pemimpin yang jelas tahap bodekan dan ampuan mereka, dengan kesetiaan serta sokongan tidak berbelah bahagi hanya kepada Abdullah Ahmad Badawi.
Mereka sudah tidak nampak belakang lagi, di mana mereka yang sayu ialah kelihatan pemimpin, pengikut dan penyokong mereka, ketika mana mereka berdepan dengan Abdullah Ahmad Badawi, dirasakan tangannya tidak selamat lagi kerana kerap dikucup, dicium, digeromol, dan mungkin ada yang semacam mahu menjilatnya atau menjamahnya.
Mereka inilah yang barangkali masih bertanya, kenapa pula Abdullah Ahmad Badawi kena melepaskan jawatan Presiden UMNO?
Dari perspektif Rakyat Malaysia di kalangan pengikut, kami melihat mereka sebagai pemimpin yang bila Abdullah Ahmad Badawi turun, mereka akan turun sama. Sebaliknya, bila Abdullah Ahmad Badawi kekal, mereka akan kekal sama.
Buktinya?
Siapakah di antara mereka dalam Majlis Tertinggi UMNO yang membangkang dengan lantang, penundaan tarikh Mesyuarat Agung dan Pemilihan Pemimpin UMNO dari 16 Disember, 2008 ke 9 Mac, 2009..?
Semua dapat manfaat, sama seperti manfaat yang dikecapi oleh Abdullah Ahmad Badawi. Jadi peduli apa perlembagaan ke, ROS ke, para pemimpin lain, dan ahli UMNO keseluruhannya. Jika ada jalan korner, mereka mudah belok-belok, dan tidak jalan straight.
Mereka inilah yang mahu menghormati Abdullah Ahmad Badawi, supaya jika tidak cukup pencalonan yang bakal diperolehinya, maka moleklah dilakukan peralihan kuasa dengan cepat supaya Presiden UMNO tidak dimalukan. Tetapi, adakah dia tahu malu, atau dia ada rasa malu?
Rasanya, tidak..!
Semakin ramai yang kata tak nak, tapi dia masih berpaut dikerusinya dengan erat. Sanggup ubah, sanggup tunda, dan apapun juga, supaya dia terus berkuasa sebagai Presiden UMNO.
Pemimpin yang bising sekarang perihal ini ialah Tengku Razaleigh Hamzah, dan Mukhriz Mahathir, mereka yang amat mengharapkan pertandingan mengikut lunas demokrasi sebagaimana termaktub dalam perlembagaan, tanpa politik wang atau amalan rasuah, mahupun sabotaj.
Budaya buruk dalam UMNO yang mahu diubah itulah, yang kini sebati ketika Abdullah Ahmad Badawi masih kekal Presiden UMNO.
Jika difahami kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah baru-baru ini, dia yang terkenal dengan sopan santunan warisan Istana Melayu, kini deras sedikit dengan kata-katanya. Padanya, Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak macam budak-budak bermain permainan "ini aku punya, ini engkau punya", dalam sebuah negara tidak ubah, Republik Pisang.
Jarang kedengaran kata sedemikian dari putera ini, yang begitu senior dalam UMNO.
Mungkinkah sampai masa dan ketikanya kelak, akan kedengaran suara ramai, letak sahajalah sesiapapun, pisang pun tidak mengapa, untuk bertanding menentang Abdullah Ahmad Badawi.
Maka ketika itu, barukah Abdullah Ahmad Badawi, ahli keluarganya yang aktif berpolitik, orang yang setia hanya padanya, para penyokong rapatnya dan rakan politiknya, tersedar bahawa Abdullah Ahmad Badawi mestilah melepaskan jawatan Presiden UMNO sekarang.
Kerana, Abdullah Ahmad Badawi tidak melakukan apa yang sepatutnya, dan dia melakukan apa yang tidak sepatutnya. Dia berkata apa yang dia tidak maksudkannya dan dia tidak maksudkan apa yang dia berkata.
Sehingga, UMNO cacat (deformity), tidak dapat dilakukan pembentukan semula (reformasi), dan tidak dapat dimajukan dalam perubahan bersepadu (transformasi).
UMNO semakin sedia ditalqinkan.
Ini memberi kesan buruk kepada Barisan Nasional. Gabungan yang tidak relevan lagi. Ibarat kapal Titanik, ianya akan tenggelam selagi dalam genggaman kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi.
Jika legasi yang hendak ditinggalkan oleh Abdullah Ahmad Badawi, maka ketahuilah dia, bahawa sejak sekitar 2006 dia sudah mula memburukkan cacatan rekod sejarahnya sendiri.
Kini, biarpun ditambah seminggu, sebulan, setahun, atau abadi yang dicarinya, selagi dia ialah Presiden UMNO, selagi itulah dia dicatat sebagai pemimpin yang dijadikan sempadan, yakni pemimpin yang paling teruk dan yang paling buruk dalam sejarah kepemimpinan negara Malaysia.
Adakah Abdullah Ahmad Badawi masih mahu menunggu hendak buat pengumuman sebelum atau pada 9 Oktober, 2008?
Ketahuilah, sejak 9 Mac, 2008, sehari pun tambahannya, sebahagian Rakyat Malaysia sudah tidak tertahan.
Tidak perlulah lagi berteka-teki. Penat dah, letih dengan perangai Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin negara. Orang tua yang masih keanak-anakan. Semacam, di waktu kerja dia tidor, dan diwaktu jaga kerjanya main-main.
Jadi, dengarlah nasihat bloggers dan forumers, "Pak Lah, Undur Lah!"

Rujukan:
http://atotalblog.wordpress.com/2008/09/27/pak-lah-one-leader-decision-and-all-malaysians-and-you-too-can-go-on-guessing/
http://satublogtotal.blogspot.com/2008/09/pak-lah-macam-macam-dia-nak-buat-tapi.html
Last 10 News Submissions sent by zublizainordin:
"
InsyaAllah, ada lagi pos yang akan diterbitkan...