Gelombang Rakyat

Lawak Lagi Lah Ni? Al-Kisah Pak Lah Kena Pecat Dirinya Sendiri

Baru-baru ini dia telah menerima sepucuk surat dari dirinya sendiri, tidak bertanding jawatan Presiden parti. Jadi, adakah dia perlu pecat dirinya sendiri?

Al-kisah ini adalah diinspirasikan dari blog Husin Lempoyang.

Ana

My Photo
Husin Lempoyang
Hehehe. Peniaga unta di Bazaar Baghdad. Pelakun sambilan wayang P Ramlee. Blogger satira blogospera Malaysia.
View my complete profile

Ikutilah Al-kisahnya seperti berikut:


ADA KAH PATUT?

Memanda Perdana: Apocot! Ooo Dinda rupanya. Kanda ingatkan Jin.

Isteri: Apa Lah kanda ni. Ada kah patut? Ini bukankah Dinda? Kesayangan mu! Hai, Kanda ni Dinda tengok macam orang demam kura-kura saja.

Memanda Perdana: Ini bukan demam kura-kura Dinda, ini demam macam Husin Lempoyang
punya unta, unta yang kentot keluar kat mulut.

Isteri: Oh begitu, jadi sebab itu Lah Kanda terketar-ketar sebegini rupa?

Memanda Perdana: Macam mana tak ketar Dinda oii, ada kah patut, depa suruh kanda pecat diri sendiri!

Isteri: Depa suruh kanda cat diri sendiri? Cat warna apa?

Memanda Perdana: Bukan cat Lah sayang oii, pecat...tau dak? Tengok bibir kanda ini, ikut sebut sama, "Pecat!"

Isteri: Ooo pecat! Ingatkan depa suruh kanda cat diri sendiri, apa hal pulak. Aik! Selalunya Kanda yang pecat orang lain, ini kenapa pulak kanda kena pecat diri sendiri?

Memanda Perdana: Itu Lah, patutnya Kanda Lah yang pecat orang lain. Ini tidak. Ada kah patut? Depa suruh kanda pulak yang pecat diri sendiri!

Isteri: Siapa yang suruh kanda pecat diri sendiri ni?

Memanda Perdana: Mula-mula, yang suruh ni ialah si mantan, apanama, apanama...

Isteri: Siapa dia?

Memanda Perdana: Entah Lah, Kanda serabut sampai Kanda dah lupa nama dia. Tapi dia itu Lah, dia Lah yang dari dulu suruh Kanda berhenti kerja. Letak jawatan. Undur Lah. Mana dia pergi, apa dia cakap, apa dia tulis kat blog dia, tak ada lain, suruh kanda letak jawatan.

Isteri: Eisy, kalau setakat sorang saja, biar Lah. Toksah Lah Kanda peduli apa dia nak kata. Kata Lah...

Memanda Perdana: Mula memang dia sorang sahaja. Lepas itu, anak lelaki dia pun sama.

Isteri: Siapa dia?

Memanda Perdana: Entah, ramai sangat kanda tak berapa ingat. Yang kanda ingat, hidung dia serupa saling tak tumpah macam bapak dia, tapi rambut banyak bapak dia lagi. Itu Lah dia, hero kat sana Cherlun nuu, tak jauh dari Perwiser Plum, hujung negara Republik Pisang kita ini.

Isteri: Kanda, kalau setakat dua orang anak beranak, Kanda tak usah peduli Lah. Depa dengki kat Kanda kot.

Memanda Perdana: Mulanya memang dua, tapi depa cucuk sini, depa cucuk sana.

Isteri: Depa pakai keris kah main cucuk-cucuk ni?

Memanda Perdana: Bukan, yang main keris tu, si anu, Hicham. Dia ni pun satu, tarak guna punya budak. Dia pun sama macam Edah, suruh Kanda berhenti cepat-cepat.

Isteri: Siapa lagi yang depa cucuk Kanda?

Memanda Perdana: Ramai. Kanda tengah syok tidor...tidor sini, tidor sana, rupa-rupanya, depa senyap-senyap meeting buat angkara.

Isteri: Angkara apa Kanda?

Memanda Perdana: Kuu Lee sama. Sama dengan si Din Lah. Apanama. Ada lagi Lah dua tiga orang. Jadi, ada kah patut? Nuu dekat Pulau Besar Kecil sana, sebelah White Stone Island, yang kita kalah kat Internasional Court, kat situ, dia bersuara suruh kanda letak jawatan cepat-cepat.

Isteri: Kanda mintak Lah tempoh.

Memanda Perdana: Ini kanda dah mintak tempoh Lah sayang oii, jika tidak, lama dah kita keluar dari istana kat SuccessPrince ini.

Isteri: Kanda kan ada ilmu penggerun. Kanda jerit Lah, "Saya pantang dicabar", lepas itu Kanda mintak lah tempoh lagi dari Party Highest Ceremony...

Memanda Perdana: Kanda dah mintak dah, sampai pertengahan 2010. Tapi depa kata terlalu lama! Ada kah patut?

Isteri: Depa ni tak sabar-sabar rupa-rupanya. 2010 bukannya lama. Pejam celek, pejam celek dah 2020.

Memanda Perdana: 2020 memang target Kanda sebenarnya. Kalau boleh sampai 1 Jun 2100 pun tak mengapa. Saja Kanda kata, pertengahan 2010. Bagi Dak Ajib lega sikit, syiok sendiri. Tapi depa bagi tempoh pada Kanda untuk pecat diri sendiri, tempohnya... sampai 9 Oktober, 2008 ini. Grassroot sentiment kunun, ingat ini unta kah, Cawangan sama Bahagian nak bagi makan akar rumput! Ada kah patut?

Isteri: 9 Oktober, 2008 ini. Hai, tak lama lagi tu!

Memanda Perdana: Memang Lah, sekejap, memang tak lama, tak sampai beberapa hari lagi. Kanda sebenarnya tidak mahu bersara lagi. Tak kan Lah Kanda nak pencen, lepas itu join geng Murtabak!

Isteri: Geng tua kerepot semua itu, buat apa Kanda join.

Memanda Perdana: Eishy, Kanda tak akan join Murtabak itu. Tapi, Kanda betul-betul geram kat depa. Sebabnya, kanda baru nak main combat combat. Belum panas pungkoq nak duduk kat bahagian Pertahanan situ, dah kena ucap bye-bye pulak.

Isteri: Bahagian combat kan ker Memanda Timbalan Perdana yang jaga?

Memanda Perdana: Memang Lah, 14 tahun dia kat situ, tabik spring depa bagi kat dia masa Mejlis Perpisahan hari itu. Sebenarnya, baru-baru ini Kanda tukar suka sama tak suka dengan dia. Kanda letak dia kat Bahagian Wang Negara.

Isteri: Kenapa Kanda letak dia kat tempat paling berharga di Republik Pisang ni?

Memanda Perdana: Tidak mengapa, kat sana sudah tidak ada lagi pisang. Kosong! Habis sudah kesayangan kita sebat dan bolot semua.

Isteri: Habis tu, sekarang Kanda nak buat apa?

Memanda Perdana: Entah Lah, Tuan Penasihat pun sudah cabut lari. Sorang sorang resign belaka. Zed Brehim pun sama. ISA kunun. Tergamak depa tinggalkan Kanda keseorangan. Teman ketawa ramai, teman menangis Dinda Lah sorang sahaja.

Isteri: Kanda masih ada peluang, fikirkan Lah yang terbaik.

Memanda Perdana: Mungkin ada satu jalan lagi.

Isteri: Yahoo! Apa dia. Harapnya bukan End Road!

Memanda Perdana: Bukan, bukan. Bukan End Road. Tapi, Rawna. Ya, dia bukan main rindu nak jumpa Kanda. Orait, Dinda siap sedia, kita ajak Rawna pakat pakat sama Adi sama Lim, kita semua berbuka posa bersama-sama kat Istana kita ini.

Isteri: Boleh! Boleh!! Kita sediakan Kari Kepala Ikan, baik punya!

Memanda Perdana: Geliga tak kepala hotak Kanda ni Dinda?

Isteri: Bahagian itu Lah yang Dinda suka.

Memanda Perdana: Wow!

Isteri: Siapa itu Kanda datang menghala ke mari?

Memanda Perdana: Nampak macam Hasbullah Pit Saudagar Beras, Beras Padu dan Beras Terpilih, errr bersama Husin Lempoyang. Tak apa, Kanda kasi jerit. Oii! Hasbullah Pit, Oii! Husin Lempoyang, hang pa, jangan jeles aagh, jaga beras, jaga unta baik-baik. Aku akan terus jadi Memanda Perdana sampai 1 Jun, 2100. Yahoo!

0 comments: