Gelombang Rakyat

BiGlory - Eyes Wide Open Hasbullah Pit Jaga-jaga Di Depan Lubang Besar..! Malaysiakini

Zubli Zainordin

P
emaju Masyarakat


biGlory

Blogger Rakyat Malaysia

Lubang..?

Ini gurauan seronok saya dan Sheikh Teluk Intan Dan Laptopnya.

Wahkahkah!

Seronok kalau buat Teka-Teki macam yang Yeop Bang kita buat baru-baru ini. Kali ini Teka-tekinya Sheikh Teluk Intan Suka Lubang Besar Atau Lubang Kechik?

Maksudnya lubang masa zaman dulu-dulu main chupping!

Yeah!!!

Tapi lubang berikutnya bukan dapat di Yeah kan.

Sedih!!!

Semacam ada lubang besar di sana menanti Rakyat malaysia dan Negara Malaysia.

Lubang jerumus Ekonomi.

Di situ ada Eyes Wide Open memberi Wake-up Call. Dan Hasbullah Pit yang tidak jemu memperingatkan.

Mereka berdua Bloggawan konsisten sejak dulu.

Sebab itu bila saya pos topik ini, tahu sudah, mereka klik datang dan komen sukarela.

Dari A Total Blog:

The Value Of Ringgit Malaysia When No Peg On Soaring Selected Currencies..! Malaysiakini

Posted by Zubli Zainordin on March 4, 2009

Nor Mohamed Yakcop

Like Most Individual Knows

This Is Going To Happen

Except Those Political Leaders

With Authorities At The Top Of

Ministerial Leadership

Abdullah Ahmad Badawi

Mohd Najib Abdul Razak

And

Others

Except

Nor Mohamed Yackop

Shall You Paint

This A Political Art

In A Dreamy Or Fantasy Zone

Still..?

More here:
http://atotalblog.wordpress.com/2009/03/04/the-value-of-ringgit-malaysia-when-no-peg-on-soaring-selected-currencies-malaysiakini/#comments

Ini response mereka:

2 Responses to “The Value Of Ringgit Malaysia When No Peg On Soaring Selected Currencies..! Malaysiakini”

  1. Keluar kau dari tempurung USD

    http://hasbullah.pit.my/2009/03/yb-idham-lim-dan-hishamudin-rais-masih.html

  2. “The ringgit’s fall to an almost three-year low on Monday is in line with the global trend that reflects the strength of the dollar”

    That’s the mentality of our leaders la…

    “orang lain pun sama…ada yang lebih teruk lagi…kita belum sampai terbawah lagi…tak apalah…selamba…”

    Meanwhile, they focus energies on grabbing power, destroying political enemies and grabbing more money from rakyat with more and more privatisation/concession with govt-guarantee profits.

    Sedang tu, they smile for the camera and talk about unity, fairness and people-friendly government. HIPOKRIT yang paling keji!

    Makes me wanna puke!

    Hancur negara kita di bawah UMNO/BN!!

Rupa-rupanya mereka tak kisah ya..?

Malaysiakini melaporkan:
  • VoxPop: 'They don't pay toll'
    Mar 4, 09 9:53am
  • free ‘So these government VVIPs and VIPs do not know nor do they understand fully the plight and pain of the Malaysian people.'MORE
  • Why continue to detain Hindraf 5?
    Umno bankrupt of ideas to win us over
Macam mana mereka dapat rasa denyutan hampir terhenti Rakyat Malaysia sehubungan ekonomi. Ringgit Malaysia? Risau kah mereka? Tol pun naik ke RM 1000 sekali masuk pun mereka tidak terjejas.

Rakyat Malaysia pengguna jalanraya..?

Reblog this post [with Zemanta]

P 36 Kuala Terengganu - Hasbullah Pit Keputusan Tak Rasmi

Keputusan Pilihanraya

P36 Kuala Terengaanu

by Hasbullah Pit | 15:30 in

, , ,

Keputusan tidak rasmi

PAS : 22,030

UMNO : 20,476

BEBAS : 134

Beras Terpilih Oleh Hasbullah Pit Ada Lawak Baik Punyia, Sila Klik..!

Punya banyak Beras, emm Beras apa yang paling sedap di makan?

Punya banyak Beras pilihan, beras apa yang Blogawan syok sangat kunjungi?

Beras Padu


Beras Blog Tak Berdaftar Yang Perlu Dipantau

Beras Melaka


Beras Tayangan


Atau

Beras Terpilih

Inilah kelebihan

Blogger Hasbullah Pit

Saudagar Beras, sahabat Saudagar Unta Husin Lempoyang!

Hasbullah Pit mampu menghidup beras terbaik di Bloggosphera dan melamputinggikannya di paparan usahanya.

Terkini, lawak baik punyia di Blog Beras Terpilih:

  • Lawak Pemimpin - Tragedi Sebegini Tidak Akan Berulang Lagi

    Zubli Zainordin

    Tragedi Highland Towers www.ukhwah.com Dari Blog JasinDaily OnLine: NAMPAKNYA, TIADA SIAPA YANG BELAJAR TRAGEDI HIGHLAND TOWERS - Malaysiakini Wednesday, December 10, 2008 KUALA LUMPUR: "Nampaknya tiada siapa pun yang belajar daripada tragedi itu (Highland Towers)." Sambungan di sini: http://jasindaily.blogspot.com/2008/12/nampaknya-tiada-siapa-yang-belajar.html Tragedi Bukit 1 Wartawan 1: Apa kenyataan perihal tragedi tanah runtuh…

    10 Dec 2008

Sila klik..!

Harga Minyak - Pemimpin Yang Ikhlas Berbanding Yang Punyai Muslihat

Karipap
www.kedai2020.com
Kita yang pergi ke gerai, dan membayar Seringgit, dan dapat 4 ketul karipap. Lazimnya merasa selesa. Walaupun ada tawaran lain 5 ketul seringgit, atau lain-lain pilihan. Kemudian, dengan seringgit yang sama, kita dapat pilihan seketul karipap 35 sen, kalau ambil 3 seringgit. Lazimnya kita gunakan pertimbangan. Bagaimana kalau seketul karipap seringgit? Lazimnya kita akan fikirkan nikmat membelinya atau tidak.

Perihal di atas menunjukkan, di antaranya:

penetapan harga,

keperluan,

Opsyen.

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin


Baiklah.

Pos terkini

Blogger Hasbullah Pit

Kusangkakan Semua Orang Sudah Tidak Mahu Harga Minyak "Stabil" .. Malaysiakini

12/09/2008 10:00:00 AM | , ,

http://hasbullah.pit.my/2008/12/kusangkakan-semua-orang-sudah-tidak.html

Harga Minyak Naik Lagi
jamizalzainol.wordpress.com
Respons saya:

Kerajaan membuat dasar.


Dalam pos ini, usul, ini atau itu. Begini atau begitu. Sekadar membuka opsyen yang terhad.

Masih luas kemungkinan dan kebarangkalian yang lebih menarik.

Kita kembali kepada niat. Niat pemimpin mencari jalan terbaik yang total untuk memanfaatkan Rakyat Malaysia pimpinannya.

Bukan, Rakyat memilih di kalangannya untuk menjadi pemimpin, kemudian pemimpin itu membuat keputusan untuk menganiaya Rakyat pimpinannya.

Win-win bukan win-lose atau lose-lose.

Dengan mekanisme yang ikhlas, harga minyak boleh distabilkan dan dibuat adjustment dari masa ke semasa, mengikut wajar dan sesuai, yang tidak menjejas hak sesiapa yang berkenaan perihal harga bahan ini.

Murah dan mahal perlu diambil kira struktur sosyel di Malaysia.

Tidaklah kelak seperti Aiman, dia tak kisah kalau harga minyak petrol RM 18.92 seliter.

Apa dasarnya dalam penentuan harga minyak di Malaysia, yang memanfaatkan kita sebagai Rakyat di negara ini.

Rakyat yang umumnya tidak bising, kerana pertimbangan harga purata sesuai.

Sejak 5 Jun 2008, Rakyat umumnya bising, kerana kesilapan yang ketara dalam penentuan harga bahan ini.

Kembali ke perihal di atas:
Pak Lah Umum Minyak naik
harga RM 0.78 sen ...
www.mefeedia.com


* Apakah asas kerajaan Barisan Nasional mengumumkan kenaikan harga minyak mendadak dan serta merta pada 5 Jun 2008..?

* Apakah mekanisme yang digunakan untuk menurunkan harga bahan ini berdikit-dikit dan perlahan-lahan..?

Seperti ada muslihatnya di kalangan para pemimpin Barisan Nasional. Lantaran diperhatikan ada keikhlasan di kalangan para pemimpin Pakatan Rakyat.
Anwar dan Harga Minyak
putrawangsa.com
Dalam semulajadi memihak, ada yang menyokong Anwar Ibrahim di atas kebijaksanaannya, berbanding pemimpin lain yang kesposenan membuat keputusan tidak waras, di kalangan Abdullah Ahmad Badawi, Mohd Najib Abdul Razak, Shahrir Abdul Samad, dan yang sesposen dengan mereka dari aspek keprihatinan Rakyat perihal harga bahan ini.

Duit Syiling
www.jomlayan.com
Begitu...

Kenapa Zubli Tagih Harga Minyak Melalui Peranan Pemimpin Politik? Siri 1

Soalan di atas dimulakan dengan renungan ini:

Berapa biji yang ada dalam satu epal?
Berapa epal yang ada dalam satu bijinya?

Atau

How many seeds are there in an apple?
How many apples are there in a seed?
Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin


Baiklah.

Setelah renungan itu, sila baca pos ini oleh Hasbullah Pit, Blogawan PAS, yang mendokong Islam.


Semasa saya bersekolah rendah, Cikgu lebih banyak kali menyuruh saya berdiri di atas kerusi daripada duduk. Ini berkaitan dengan soalan saya mereka tidak boleh jawab.

Semasa Tingkatan 6, Cikgu mengajar subjek Ekonomi. Saya tidak faham. Jadi banyaklah soalan. Namun, Cikgu bukan kerjanya menjawab semua soalan Zubli Zainordin. Terutama Syllabus hendak dihabiskannya segera.

Semasa di ITM (Kini UiTM), ada lagi 2 subjek Ekonomi. Pensyarahnya memang terkenal. Soalan dahulu keluar kembali. Dijawabnya mengikut buku teks. Saya tidak boleh terima.

Rakan sekuliah Mirza Muhammad Tariq Beg, kemudian menerangkan kembali apa yang dia faham kepada saya ketika saya bertanya kepadanya. Setelah bersoal jawab, katanya:
Zubli, hang lulus dulu subjek ini, lepas itu
hang nak pikiaq apa pun Ekonomi nii,
terpulanglah...
Kemudian, saya bertekad untuk menjadi Pendidik. Namun jarang pulak mendapat soalan bertaraf "berdiri atas kerusi".

Lewat 1990an, saya membaca buku ini:

Kemudian saya ketawa berdekah-dekah. Pendidik - sama ada Guru, Cikgu, Pensyarah, yang saya kenali, tidak mentakrif atau mendefinisikan Ekonomi dengan tepat. Dari pentas mereka berdiri sama ada di bilik darjah atau di dewan kuliah, lahirlah mereka di bidang ekonomi, yang berpegang kepada takrif yang tidak tepat itu.

Kemudian panjang lebar pula perbincangan saya dengan Merahza, dan kami bersetuju, "In Life Define Or Be Defined".

Contohnya:

What is your term for Agriculture.

Pertanian.

Kenapa setiap tahun sambutan ini tidak disebut "Hari Petani"

Sebab dalam sektor ini ramai yang tidak setuju kerana takrifnya mereka bukan Petani dalam Pertanian.

Maka, disebutlah untuk memuaskan hati semua pihak, "Hari Peladang, Penternak, Dan Nelayan"

Semoleknya Agriculture tidak ditakrif sebagai Pertanian, malah Agribudaya.

Maka, "Hari Agribudayawan".

Seterusnya,

Menteri Agribudaya Malaysia.

Kementerian Agribudaya Malaysia.

Nak lagi?

Education ialah Pendidikan. Pelajaran? Lihat buku sekolah anak, Pelajaran Satu = Lesson One.

Menteri Pelajaran Malaysia? Ialah Minister Of Lesson Malaysia?

Ada beratus terminologi lagi yang tidak tepat.

Bagaimana Ekonomi dunia, atau Ekonomi Malaysia boleh jadi betul jika Teori Ekonomi, dari mula asalnya takrif pun tidak tepat?

Berapa jumlah Sarjana demikian banyaknya takrif Ekonomi. Namun, Paul Zane Pilzer berjaya menyediakan informasi dari bukunya untuk saya faham Ekonomi.

Perhatikan:

Takrif Ekonomi zaman berzaman, di institusi pendidikan, termasuk tokoh yang disebut oleh Hasbullah Pit dalam pos nya, telah terikat kepada:
Peruntukan melalui pengurusan sumber yang terhad.

The allocation through the managing of limited resources.
Itulah yang dikongsi dengan saya oleh Cikgu, dan Pensyarah, serta rakan saya, sehubungan subjek Ekonomi dahulu.

Manusia mentakrif untuk memahami sesuatu terma mengikut pemerhatian akan masyarakatnya supaya terbentuk Ilmu.

Namun berbeza dengan beberapa insan yang melihat kebesaran Allah dan mahukan Ilmu dari Yang Maha Alim.

Maka ditakrifkanlah bahawa Ekonomi ialah:
Satu perkongsian limpahan kurniaan-Nya untuk memanfaatkan semua.

The sharing of The God's abundance to benefit all.
Kepada Hasbullah Pit, saya kemukakan, perkataan, ayat, dan surah mana, termaktub dalam Kitab-Nya, yang Allah sebutkan sebagai minyak?

Membuktikan bahawa minyak adalah sumber dari Allah. Bukan adunan kimia manusia.

Jadi untuk memahami limpahan kurnia-Nya, minyak, siapakah pemimpin di Malaysia yang ikhlas niatnya mencari penyelesaian total supaya bahan ini memanfaatkan Rakyat Malaysia.

Pemimpin yang mentaliti terhad mana, dan siapa Menteri Sposen yang kata "Minyak Dunia akan habis?"

THE END OF SCARCITY

Many economists and writers on economics today don’t understand how wealth is created. The study of traditional economics is defined as the study of scarcity—how to distribute a limited supply of critical resources such as farmland, minerals, food, fresh water. Communism, socialism, capitalism, and so on, are all theories of how economies should function.

I believe that there is no real scarcity.
..

http://www.paulzanepilzer.com/
InsyaAllah, bersambung...

Hamirdin Hasbullah Pit - Seminar Baik Punyia Apa Yang Nak Ditulis Dalam Blog Anda

Butiran Seminar yang murni ini di sini:

SEMINAR BLOGGER (Apa yang nak ditulis dalam blog anda)


TERBUKA KEPADA SEMUA BLOGGER YANG BERMINAT


(Berdasarkan 100 orang yang pertama)


Sila e-mail kepada


almariff@hotmail.com


Akan Diadakan Seperti Butiran Berikut:

http://hasbullah.pit.my/2008/12/seminar-blogger-apa-yang-nak-ditulis.html


Saya rasa sesuai dihadiri oleh blogger mewakili Menteri Besar dan wakil pemimpin tertinggi negara, dan mereka yang menulis kandungan blog yang jarang menarik pelawat, pembaca, dan komen.


Dulu saya cuma ada laman web. Rastom Abdul Rahman, di Halwa Romantis yang memperkenalkannya Blog kepada saya.

Mulanya dia izinkan saya menulis di Blog nya. Namun, teringin nak ada Blog sendiri. Punyai Blog semacam punyai akhbar, atau majalah, atau stesen radio, atau stesen TV sendiri.

Bila sudah selesa, saya blog perihal diri saya. Untuk rujukan sendiri, anak, mungkin cucu generasi mendatang. Namun ramai pula yang ingin tahu siapa, melawat Blog ini.

http://infozublizainordin.wordpress.com/

Kemudian saya tambah satu lagi Blog, melayari bloggosphera, mengesan Blog yang menarik, membuat ulasan, dan menganugerahkan Award kepada Blogger yang hebat.

http://synchronity4change.wordpress.com/

Setelah jauh berinteraksi dengan Blogger di Bloggosphera dari serata pelusuk dunia, menjelang 8 Mac 2008, saya mula Blog perihal pemimpin politik Malaysia.

http://www.atotalblog.wordpress.com/

Menulis dengan Bahasa Inggeris yang mudah, sesekali diselit pos dalam Bahasa kita.

Rastom Abdul Rahman kata elakkan begitu. Biarlah Blog itu kekal dalam Bahasa Inggeris, dan buatlah satu lagi Blog dalam Bahasa kita. Tambahnya lagi, pos tak usah serius sangat. Maka...


Masa mula menulis di Blog, terdapat seorang penulis, seorang pelawat, dan seorang pembaca. semuanyanya orang yang sama. Saya sendiri!

Tiada ertinya begitu.

Sebaiknya, Blog dilawati, dibaca posnya, dan dikomen, kemudian diikuti setia, atau di adakan link. Seterusnya ada jaringan.

Masih jauh lagi pencapaian kita. Jadi dengan adanya Seminar begini, perkongsian Blogger yang berpengalaman dan terkenal, maka ramai yang boleh memanfaatkannya.

Selamat berseminar!


Bila Isteri Blogger Suami Pun Blogger

Sebenarnya seronok jika suami isteri sama-sama ada blog masing-masing, atau blog yang dikongsi bersama.

Pun begitu ada ketikanya lawak jadinya.

Sebagaimana yang dipaparkan di Blog Phils Phun -

About Me

My Photo
Phils Phun
Perth, Australia
over the hill with one foot in the grave and the other, on a banana skin
View my complete profile




Teringat pos ini oleh

Blogger Hasbullah Pit

Blog punca kes Perceraian di Kalangan Blogawan Malaysia Meningkat?
11/12/2008 11:00:00 AM | Gosip

Generasi Muda Perlu Sedar Pak Lah & Najib Tidak Lagi Mampu Terajui Negara

2 Juta Pengundi Muda sudah molek dididik siapakah pemimpin yang layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Tentunya bukan Abdullah Ahmad Badawi, yang rekod pencapaiannya sejak Oktober 2003, tiada.

Mulanya nampak macam Mohd Najib Abdul Razak pengganti yang bagus. Namun dalam tempoh percubaan, dia pun semakin kelihatan tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Perkara asas kewangan pun, ramai yang lebih tahu, dan Mohd Najib Abdul Razak tidak tahu banyak.

Perhatikan:

Dari Blog

Blogger Hasbullah Pit

Beras Terpilih

Najib Membawa Kita Hanyut Bersama Bretton Wood II

11/25/2008 09:26:00 AM | , Diberitakan bahawa seolah-olah Najib yang mencadangkan supaya diadakan Bretton Wood II

Diberita yang sama, kelihatan seperti Bretton Wood masih lagi dipakai, tetapi perlu dirombak.
Bila pemimpin UMNO membuat keputusan demi keputusan begini, tiada seorang pun pemimpin Barisan Nasional, yang berani menegur. Sama ada mereka pun sama-sama tidak tahu, atau mereka tahu sikit-sikit, mereka akan puji keputusan pemimpin UMNO ini, demi supaya mendapat kedudukan yang baik dalam kerajaan atau ganjaran seumpama.

Akhirnya kita Rakyat Malaysia juga yang terkena akibatnya.

Beras Terpilih Hasbullah Pit Ada Pos Bagus Drp Beras Turun 20 Sen Tok Pha

Jika ada orang yang arif perihal beras, maka orang itu ialah:

Blogger Hasbullah Pit

Saudagar Beras. Beras Padu, Beras Terpilih. Beras Melaka. Beras Belum Daftar.


Terkini ada pos menarik di Beras Terpilih. Yang ini:



Selain minyak belum ada seorang pemimpin pun dalam kerajaan Barisan Nasional yang dapat atasi isu harga beras.

Berkaitan:

Dari Blog MMUTA LIGAT:

02 November 2008

BERAS TURUN 20 SEN SEKILO, KERAJAAN PERMAINKAN RAKYAT ~ Ref Malaysiakini

Ini harga beras terbaru yang diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Tok Pa Jeli.

Beras tempatan 5 peratus hancur turun daripada RM2.80 kepada RM2.60 sekilogram.

Sambungan di sini:

http://mutaligat.blogspot.com/2008/11/beras-turun-20-sen-sekilo-kerajaan.html


Di Beras Terpilih Hasbullah Pit Kongsi Cara Kerajaan Kongsi Nikmat Dengan Rakyat

Amboi!

Siapa tak klik rugi...

http://beras-terpilih.blogspot.com/

Ya,

Di Blog Beras Terpilih:

Blogger Hasbullah Pit

Berkongsi pos berikut:

  • Memahami Cara Kerajaan Kongsi Nikmat Dengan Rakyat

    Zubli Zainordin

    Zubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid. Kata prihatin, tapi tak kan kita makan seharian ikan dalam tin. Kata harga minyak nak turun, tapi siapa sebenarnya yang…

    26 Oct 2008

Orait!

Logik Hasbullah Pit - Apa Barang Turun Malam Jumaat - Harganya?

Blogger Hasbullah Pit

ada pos kat blognya, perihal penurunan harga barang yang dijangka pada malam Khamis hari Jumaat ini:

Simpulnya...

Mengikut logik akal yang asas, Mana ada orang suka 'barang' turun malam jumaat.

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Penulis Aktif di TranungKite OnLine ini, juga ialah Penulis Jemputan Dr Sid, di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers.



Terutama harga barang seperti kopi kaw, air minuman chlorophyll, dan seumpamanya.

Betul.

Jika selepas minum, dengan dua jari sahaja boleh angkat mamat nii, aiseh...oghang ghumah, putar macam hula-hoop jah!

Anak kat buaian?

FuyOO...

Hehehehehe...

Layari Beras Terpilih Hasbullah Pit Ada Pos Lawak Baik Punya..!

Blogger Hasbullah Pit

Memang Lah mahal sungguh Beras Terpilih berbanding Beras Padu. Jauh lebih baik dari Beras Hancur yang harganya entah kan turun entahkan tidak, bakal diumum Jumaat ini.

Beras Terpilih:

Koleksi aggregator yang terpilih di sini:

http://beras-terpilih.blogspot.com/


Pun, terima kasih Lah, kepada Hasbullah Pit, kerana memilih beras ini:

  • Lawak UMNO - Panjang Ke Pendek...!

    Zubli Zainordin

    Zubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Penulis Aktif di TranungKite OnLine ini, juga ialah Penulis Jemputan Dr Sid, di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers. Urgent kah? Bos panggil mereka hadir, di penghujung Syawal ini. Hari Raya pertama, Bos…

    22 Oct 2008

InsyaAllah, semuga ada pos yang terpilih lagi...

Hasbullah Pit Terima Kasih Beras Ada Kembali

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.


Ya! Saudagar Beras sudah mengambil tindakan segera, dan kini beras, emm Beras Padu kembali berpaparan di bloggosphera.

Harganya masih macam biasa, namun nilainya cukup hebat kepada para pengguna dan peminat Blog Post Aggregator ini.

Syabas Hasbullah Pit, Saudagar Beras, Beras Padu, Beras Terpilih, dan Beras Melaka, Beras Belum Daftar Tapi Perlu Di Pantau.

Blogger Hasbullah Pit

Okay, beres beras padu, mari kita kembali berjoget, eh berblog.

Lawak Menteri - Jawab Kujie Tanya Tarif Letrik Lah Pulak..!

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.


Apa pasal Lah Rakyat Malaysia nii tak faham-faham penerangan Mintri Kabinet ya? Mintri Kabinet macam pemimpin lain jugak, mana ada cakap belit-belit. Penjelasan Mintri lazimnya terang dan line-clear. Apa yang Mntri nak sembunyikan. Lagi pun Mintri semuanya telah dibuktikan bersih.

Bila harga minyak petrol dan diesel dinaikkan, tentulah ya, berlaku rentetan rantaian kenaikan harga bahan, barang, dan perkhidmatan. Itu Rakyat Malaysia kena faham. Jika tidak faham pun, dalam kehidupan seharian tentulah merasai dan mengalami semua ini.

Contohnya, kalau dulu singgit bape dapat karipap? Sekang, singgit yang sama, bape dapat karipap jugak?

Mintri banyak kerja. Sampai ada yang tak nak berhenti, bersara, berundur, letak jawatan dan sebagainya. Manyak kerja nak buat, dan manyak kerja lain menunggu. Nanti, sorang tanya tepung, sorang lagi tanya gula, seorang lain tanya kichap, sorang lain tanya harga belachan.

Habeh tu, Mintri tak ada kerja lain kena jawab semua ini? Mintri mana lagi nak lakukan kerja kemintrian, dan nak kempen di UMNO Bahagian dapat pencalonan.

Adeh!

Namun, ada seorang yang cantik manis, mengintai di sini, maka Mintri rasa berkenan untuk menjawab soalannya. Orang lain bolayan ya. Ini, Mintri nak jawab.

Kujie said...

owh...gitu ke?

incik.... bila takrif lektrik nk turun..kata dulu naik pasal harga bahan api naiki

Bil bulan puasa paling tinggi


Taraf soalan Kujie ini, Incik itu tak boleh jawab. Wakil BN tak boleh jawab. Untuk si cantik manis ini, Mintri sindri jawab. Saya tahu, ada orang, mungkin blogger juga, yang percaya, Hidup Biar Sedap.

Wahai Kujie. Serendah ya? Okay Lah. Ada dua tiga aspek soalan ini sebenarnya.

Dari satu sudut, harga petrol dan diesel tiada kena mengena dengan tarif (takrif lain ya), tarif letrik. Sebab, depa guna arang batu. Bukan batu arang ya.

Dari satu sudut lain, harga petrol dan diesel ada kena mengena tetapi tiada kena mengena sebenarnya dengan tarif letrik. Umpamanya, penjanaan letrik yang menggunakan air terjun. Macam projek hidro kat Sarawak.

Tapi dari sudut lain, jika barangkali masih ada sudut lagi, maka tiada kena mengena sebenarnya harga petrol dan diesel dengan tarif letrik, namun kerajaan boleh bagi ianya kena mengena.

Bila kerajaan naikkan harga petrol dan diesel dengan sengaja, maka harga yang lain pun naik jugak. Jelas bahawa dari aspek reciprocity, bila kerajaan turunkan harga petrol dan diesel, maka harga yang lain pun akan turun jugak. Yakni turun dengan sendirinya.

Itu pasti. Jika tidak turun, saya turun. Bukan turun dari kerusi Mintri ya. Maksud saya, turun ke padang. Saya akan komitted untuk tinjau sendiri the market forces and the situation at large. Kerajaan yang prihatin ialah kerajaan yang menurunkan semua harga barang pengguna ya, Kujie. Dalam menifesto PRU 13, saya akan masukkan ini dalam senarai.

Sehubungan dengan Tarif Letrik, ada satu sahaja masalahnya. Masa kechik-kechik dulu, saya pernah kena kejutan letrik. Nasib baik sipi. Tidak seperti tahi lembu dari Amerika terkelepap di muka penoreh getah Malaysia. Tanya Hasbullah Pit, dia tahu pasal tahi lembu ini. Jika tahi unta, tanyalah Husin Lempoyang.

Hasbullah Pit pernah pos:

Tahi Lembu Telah Jatuh Dari Amerika Kelepap Melekat ke Muka Penoreh Getah Malaysia

Saya Mintri ya, bukan penoreh getah. Oleh kerana yang demikian itu saya pernah terkena kejutan letrik, maka saya takut untuk turun ke padang untuk tinjau letrik-letrik ni.

Jadi jika nak diturunkan tarikf letrik pun, saya jangkakan ianya akan diturunkan pada 1 Jun 2100.

...

Kuang! Jeng!! Jeng!!!

Kemaskini:

Blog alkerohi melaporkan Lim Guan Eng kata:

Wednesday, October 15, 2008

Guan Eng : TNB perlu turun tarif elektrik

Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng pula mahukan Tenaga Nasioal Berhad menurunkan kadar tarif elektrik memandangkan harga minyak di pasaran dunia kian menurun.

Kenapa TNB membisu ?