Gelombang Rakyat

Lawak Pun Lagi? Pemimpin UMNO Bahagian Menang Tanpa Bertanding

Penulis:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin

Syok Ooo, kalau menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian. Orang lain tentu respek kan? Best giler.

Tiba-tiba kuasa 1 pencalonan menjadi hebat, bermakna, dan menentukan. Contohnya, nasib kerjaya masa depan Pak Lah. Terutama, 10 pencalonan pun dikatakan susah nak dapat. Habis tinggi pun 40 pencalonan. Dia tetap tidak layak bertanding, kan? 58 pencalonan bila dapat kalau, baru boleh layak bertanding.

Nah, satu pencalonan dariku, Ketua Bahagian UMNO dot dot dot. Satu pencalonan ini lebih bererti dari kerusi Presiden UMNO.

Tapi, betulkah menang tanpa bertanding ketua Bahagian UMNO hebat? Tentu Lah, kecuali...

Kecuali apa?

Pemimpin yang menang bukan kerana kepemimpinannya terpuji, tetapi calon lawan kena tindakan disiplin dan keahlian digantung beberapa tahun!

Adakah pemimpin begini ada kredibiliti? Tak ada. Kecuali, kad kredit yang ada abiliti, ada kot?

Wfuakakah!

Siapa?

Anda cari kat media OnLine, anda fikir Lah sendiri...

0 comments: