Lawak Raya? Pak Lah Jamu Makan VIP Tak Boleh Campur Dengan Orang Awam
0 Comments
»
Di Hari Raya Aidil-Fitri ini, hari yang baik di bulan yang baik, adakah sesiapa yang menyediakan jamuan Rumah Terbuka, lalu membezakan di antara orang yang kaya dengan orang yang miskin, orang yang ternama dan rakyat jelata
Jika saya tiada bezanya, semua sama sahaja, nama lagi Rumah Terbuka.
Begitulah Rumah Terbuka Mahathir Mohamad. Tiada beza atau membezakan orang yang berkunjung. Masuklah sesiapapun pengunjung, makanlah dan minumlah sambil bersuka-ria bersama-sama.
Samalah seperti Rumah Terbuka Anwar Ibrahim, semua marilah masuk, marilah makan minum bersuka ria bersama-sama. Tiada beza di antara yang berpangkat atau yang berharta.
Jika ada perbezaan, seperti Rumah Terbuka Pak Lah dan Para Menteri Beragama Islam, maka orang Malaysia seperti Haris Ibrahim merasakan, jamuan itu semacam sisa sahaja.
Mungkin Tuan penganjur Rumah Terbuka tidak maksudkan demikian, tapi bila demikian, ada orang di kalangan Rakyat Malaysia yang merasakan macam orang dahulu mendapat yang sedap-sedap, dan orang kemudian mendapat baki sahaja.
Rujukan:
The Star OnLine melaporkan...
...
HARI RAYA OPEN HOUSE
Oct 1 (First Day Of Hari Raya)
> Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
And Muslim Ministers
Putra World Trade Centre
11.30am - 12.30pm for diplomats and VIPs
12.30pm - 4.30pm for the public
...
Kasihan jika ada orang kampung yang tidak tahu jadual di atas. Dengan berfikiran Rumah Terbuka, selepas selesai solat di Masjid Negara, terus datang ke PWTC sedari pagi membawa anak-anak untuk bersalaman raya dengan pemimpin negara. Kemudian tidak dibenarkan masuk kerana ketiadaan kad jemputan. Terkebil-kebil di luar dewan tengok orang ternama makan dan minum bersuka-ria.
Di hari baik begini pun Pak Lah dan para menterinya, sempat buat lawak raya...