Gelombang Rakyat

Pak Lah Macam-macam Dia Nak Buat Tapi Macam-macam Dia Tak Buat

Penulis:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin

Pos # 56

Telah Diterbitkan di TranungKite OnLine:


Pak Lah Macam-macam Dia Nak Buat Tapi Macam-macam Dia Tak Buat
Dilulus terbit pada Wednesday, September 10 @
10:30:00 MYT oleh reformis
KomentarOleh zublizainordin

Abdullah Ahmad Badawi, seringkali kedengaran berkata, dia ada banyak kerja yang perlu dilakukannya.

Buat kerja

Kata begini menyejukkan hati. Di Malaysia, sesiapapun kalau sungguh-sungguh nak lakukan kerja, memang orang tak marah. Kerjalah. Buatlah kerja.

Tapi, Abdullah Ahmad Badawi, kalau bahagian bercakap, memang sedap didengar. Namun dari segi pelaksanaannya, selama ini, apa kerja yang dia telah buat. Banyak atau sikit, ada sekali dia didapati menaiki komuter. Kemudian, bentang bajet 2009 yang hambar. Harga petrol dan diesel belum turun lagi pada harga yang sebenarnya.

Buat-buat Kerja

Hal begini memanaskan hati. Di Malaysia, sesiapapun kalau sungguh buat-buat kerja, tapi sebenarnya tidak bekerja pun. Tak usahlah buat main-main. Jika begitu, turun sahajalah.

Ahmad Ismail

Menyentuh kenyataan Ahmad Ismail, boleh diselesaikan segera, dan berkesan. Namun, hari demi hari berlalu, semakin berlanjutan, dan kini sudah menjadi semakin keruh.

Ini bukankah ibarat belanga UMNO Pulau Pinang, yang mana Abdullah Ahmad Badawi, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang. Elok molek awal-awal boleh diselesaikan. Ini tidak, sampai kepada kena panggil Ahmad Ismail bertemu dia beserta Mohd Najib Abdul Razak di PutraJaya. Elok molek sudah diselesaikan. Namun tidak, dibawa pula ke Barisan Nasional. Elok molek sudah diselesaikan. Namun tidak, diserah balik kepada UMNO untuk bertindak. Lepas ini, hendak dibawa ke mana lagi, hal ini tidak juga boleh Abdullah Ahmad Badawi selesaikan. Apakah perlu membabitkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pula.

Jadi, punyalah mahu mengaku ini bukan keputusan saya seorang. Sanggup dibabitkan Mohd Najib Abdul Razak sekali. Atau, di rangkum para pemimpin Barisan Nasional sekaligus. Atau, mungkin berikutnya ialah membabitkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Jika begitu wal hasil balik asal. Bukankah sejak awal lagi, elok molek sudah diselesaikan di peringkat UMNO Negeri Pulau Pinang.

Bukanlah besar mana hal tersebut. Namun, oleh kerana lemah, lembab, longlai, dan lesu, sudah semakin besar hal ini. Maklumlah, sudah sampai ke peringkat koyak-koyak gambar. Sampai besar mana lah pula kelak, baru dapat hal ini ditangani.

Jika Abdullah Ahmad Badawi tidak kena gaya menyelesaikan hal ini, kemungkinannya ada satu lagi gambar mereka akan koyak, dan diikuti ada pemimpin negeri berkenaan yang tidak boleh pijak di bumi Pulau Pinang lagi.

Maklumlah, ibarat hangatnya sudah nyala berapi, maka dicurah pula dengan petrol. Sedangkan harga petrol bukankah masih tinggi dan tidak diturunkan lagi. Nahas!

Apa Kerja Sebenarnya

Jadi, apakah kerja yang Abdullah Ahmad Badawi nak tumpukan sangat, sehingga meminta tempoh sampai pertengahan 2010. Ada yang telah mula lupapun. Namun diharapkan Abdullah Ahmad Badawi ingat senarai yang dia nak buat itu, seperti katanya supaya dia puas. Rasa macam 5 perkara utama kot, kurang lebih begitulah. Tapi, bahawa menaiki komuter ataupun ajakan tanam sayur keliling rumah bukanlah 2 dari 5 perkara utama tersebut ya.

Tidak jelas sama ada 5 perkara itu sudah bermula atau pun tidak. Sedangkan tinggal berapa bulan sahaja lagi menjelang pertengahan 2010. Usahlah pula dilanjutkan tarikh ini ke 2020 ya. Sebab, berilah kesempatan jika ada orang lain yang nak berikan standing-ovation sekali lagi, kali terakhir.

Hambatan

Nampak gaya macam tak cukup dan kurang kesempatan untuk Abdullah Ahmad Badawi melakukan kebaikan semasa masih lagi Perdana Menteri Malaysia.

Ini adalah kerana ada beberapa lagi hambatan.

Anwar Ibrahim

Satu daripada hambatannya ialah dari Anwar Ibrahim, pada 16 September, 2008 di mana Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan baru menggantikan Barisan Nasional. Serta, Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri menggantikan Abdullah Ahmad Badawi.

Jikapun, Abdullah Ahmad Badawi merestui pemergian sebahagian Ahli Parlimen BN-BBC ke Taiwan. Namun, Huan Cheng Guan, telahpun letak jawatan.

Ramai orang boleh menggangap bahawa 16 september, 2008, berjaya digagalkan. Namun, Abdullah Ahmad Badawi bukannya tidak kenal dengan Anwar Ibrahim, bahawa dia ada banyak hari dan banyak bulan seterusnya untuk menjayakan juga agenda ini.

Bakal jenuhlah Abdullah Ahmad Badawi menepis ratusan peluang untuk mereka membentuk juga kerajaan baru Malaysia, diterajui Pakatan Rakyat.

Ku Li

Satu lagi hambatan ialah Disember 2008. Apa pula yang sedang diusahakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Adakah usaha ini sedang dimantapkan oleh Muhyiddin Yassin, dan Mahathir Mohamad.

Jadi Apanya

Jadi, apakah ertinya bila Abdullah Ahmad Badawi kelihatan seperti macam-macam dia nak buat, tapi macam-macam dia tak buat.Semakin Sempit

Jelas sekali bahawa, semakin hari semakin sempit laluan Abdullah Ahmad Badawi di Malaysia.

Kerana semakin hari semakin ramai tidak konfiden lagi dengan kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi.

Kemungkinannya ialah, dari Perdana Menteri Malaysia, akhirnya boleh menyempit kepada Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia.”

Last 10 News Submissions sent by zublizainordin:

Pak Lah Macam-macam Dia Nak Buat Tapi Macam-macam Dia Tak Buat

10 September 2008 Anwar Ibrahim 1P Ialah Halangan Kepada Agenda 3P

Syed Husin Ali Kemungkinan 16 September 2008 Campur Tundaan Hari Hingga Jaya

Pak Lah Tersepit Dicelah Pemimpin UMNO P Pinang dan Parti Komponen BN

16 September 2008 Semakin Ramai Rakyat Menyebelahi Anwar Ibrahim

16 September 2008 (8 Hari Lagi) Anwar Mula Maklumkan Pemimpin Pakatan Rakyat

Bukan Kepalang Lim Kit Siang Kritik Kepemimpinan Lalang Si Pak Lah

Pemimpin Parti Komponen Barisan Nasional Hadapi Tekanan Dalaman

Renungan Nik Aziz Nik Mat 16 September, 2008 Dan Pembentukan Kerajaan Baru

Kemunculan Anwar Jadikan Laluan Pak Lah, Najib Dan Ku Li Semakin Sukar

InsyaAllah, ada lagi pos yang akan diterbitkan...

0 comments: