Najib Masalah Utama Kenapa Pak Lah Kekal Jadi Masalah Kepada Rakyat & Negara
Post # 64
Najib Masalah Utama Kenapa Pak Lah Kekal Jadi Masalah Kepada Rakyat & Negara
Dilulus terbit pada Friday, September 19 @ 14:00:00 MYT oleh reformis
Oleh zublizainordin
“
Abdullah Ahmad Badawi akan terus kekal menjadi seorang pemimpin bermasalah yang mendatangkan masalah kepada kerajaan, UMNO, Barisan Nasional, Rakyat dan Negara Malaysia.
Mohd Najib Abdul Razak ialah masalah utama kenapa Abdullah Ahmad Badawi terus kekal sebagai pemimpin sedemikian itu. Tambahan lagi sebagai Perdana Menteri Malaysia yang terus mensengsarakan Rakyat dan memundurkan Negara Malaysia.
Hakikatnya, Abdullah Ahmad Badawi tidak mempunyai kualiti kepemimpinan yang baik untuk Malaysia. Justru, pada mulanya ramai yang menaruh harapan kepada Mohd Najib Abdul Razak yang ada kualiti kepemimpinan yang baik.
Namun, semakin hari semakin terserlah Abdullah Ahmad Badawi semakin menjadi pemimpin yang teruk dan buruk. Sehingga bila dibuat rating, Abdullah Ahmad Badawi mendapat markah yang rendah.
Namun, Mohd Najib Abdul Razak, tidak jauh bezanya, semakin hari semakin terserlah Mohd Najib Abdul Razak juga menjadi pemimpin yang hampir sama teruk dan buruk. Terkecuali bila dibuat rating, Mohd Najib Abdul Razak masih ada nilai kepemimpinan melebihi Abdullah Ahmad Badawi.
Terdahulu, selepas PRU 12, Mohd Najib Abdul Razak terlepas fokus, kerana ramai salahkan Abdullah Ahmad Badawi.
Selepas pilihanraya kecil P 44 Permatang Pauh, jelas sekali Mohd Najib Abdul Razak gagal sebagai teraju pilihanraya. Walaupun Abdullah Ahmad Badawi kali ini tidak mendapat tempias besar, namun kegagalan Mohd Najib Abdul Razak amat terserlah.
Jika ramai yang sudah tahu Abdullah Ahmad Badawi seorang pemimpin yang buruk dan teruk. Maka, langkah terkini dapat memperlihatkan Mohd Najib Abdul Razak semakin sama menjadi pemimpin yang buruk dan teruk juga.
Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak bertukar portfolio, di antara Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertahanan. Apa kebusukan yang telah berlaku kepada Abdullah Ahmad Badawi di sini, dengan pertukaran ini Mohd Najib Abdul Razak bakal dibebani kebusukan yang sama. Sementara kebusukan di sana pula, Mohd Najib Abdul Razak tahu akan dialami Abdullah Ahmad Badawi kini.
Jika pertukaran ini bukan satu keikhlasan, malah suatu jerat yang bakal mengena, maka kedua-duanya akan saling terkena, dan bakal gugur bersama. Kedua-duanya sudah mula mengetahui hal ini.
Lantaran itu, dengan masing-masing mengetahui kelemahan diri, dan kelemahan masing-masing, jalan untuk selamat bagi kedua-duanya ialah bersekongkol dalam format pemaufakatan.
Pemaufakatan ini ialah kedua-dua pemimpin yang lemah ini bersekongkol, supaya keduanya dapat memperlihatkan gabungan yang ada sedikit kekuatan, sekadar cukup untuk terus kekal menjadi pemimpin nombor satu dan pemimpin nombor dua, dalam kerajaan, parti UMNO, dan gabungan Barisan Nasional.
Rakyat dan Negara Malaysia mahukan Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan, berundur supaya pemimpin terbaik dapat menggantikannya. Hal ini payah untuk tercapai kerana Mohd Najib Abdul Razak dipergunakan untuk kedua-duanya kekal melainkan ada kesanggupan supaya kedua-duanya dibuang atau berundur sekaligus.
Sebab itulah Mohd Najib Abdul Razak ialah masalah utama kenapa Abdullah Ahmad Badawi masih menjadi pemimpin yang bermasalah dan terus mendatangkan masalah kepada kerajaan, parti UMNO, gabungan Barisan Nasional, Rakyat dan Negara Malaysia.
Cuma ada satu sahaja kebaikan yang tinggal. Abdullah Ahmad Badawi melakukan peralihan kepemimpinan kepada Mohd Najib Abdul Razak. Bila Abdullah Ahmad Badawi sudah tiada lagi menjadi Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak memperolehi perpindahan kuasa, lalu ditekan supaya wujud keseimbangan kuasa kolektif.
Apa yang tidak dapat berlaku sewaktu Abdullah Ahmad Badawi, boleh berlaku bila Mohd Najib Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Di antaranya ialah:
01. Mahathir Mohamad kembali menjadi ahli UMNO, kerana syaratnya telah dipenuhi. Layanan sewajarnya diberikan dan peranan serta khidmatnya mendapat tempat kembali demi memulihkan UMNO, memantapkan Barisan Nasional, dan menaikkan semula ekonomi prihatin Rakyat dan memartabatkan Malaysia di persada dunia.
02. Tengku Razaleigh Hamzah berpeluang pula untuk memberi sumbangan istimewa bersama Mahathir Mohamad.
03. Muhyiddin Yassin, Rais Yatim, dan ramai lagi para pemimpin UMNO dapat melakukan kebaikan demi merebutkan kembali kemenangan besar dalam PRU 13 daripada Pakatan Rakyat diterajui Anwar Ibrahim.
04. Kedudukan Khairy Jamaluddin dapat diperbetulkan, sekiranya dia mahu berubah, setelah ketiadaan Abdullah Ahmad Badawi, supaya setiakawan lebih bermakna bersama Mukhriz Mahathir, dan para pemimpin muda dalam Barisan Nasional.
05. Yong Teck Lee, dan SAPP kembali ke pangkuan Barisan Nasional, sedangkan semua parti komponen Barisan Nasional dimantapkan semula supaya kekal bersama dalam satu perpaduan yang lebih baik mengikut kesesuaian semasa, bacaan pengundi PRU 13 yang memenuhi landskap politik tanahair kelak.
06. Serta lain-lain kebaikan dalam pakej total boleh dilaksanakan di peringkat kerajaan pusat dan kerajaan negeri, jauh lebih baik dari pendekatan jimat cermat dan ajakan Rakyat untuk tanam sayur keliling rumah usaha terunggul Abdullah Ahmad Badawi.
Banyak kebaikan sebenarnya boleh dicapai bila Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi duduk di kerusi Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional, Perdana Menteri Malaysia, dan Kementerian Pertahanan.
Tetapi, semua kebaikan yang merupakan potensi ini, yang dapat mengharmonikan Rakyat Malaysia, dan memakmorkan Negara Malaysia, belum dapat tercapai kerana masalahnya ialah Mohd Najib Abdul Razak yang semakin menyerlah kemehannya, berpadu dengan Abdullah Ahmad Badawi yang sudah ternyata lemah.Pada masa kini, Plan A telah menampakkan hasil.
Selepas 18 September, 2008, mesej jelas dari Rakyat Malaysia, khususnya ahli dan para pemimpin cawangan dan bahagian UMNO telahpun disuarakan.
Jika Abdullah Ahmad Badawi tidak reti juga bahasa, sedangkan Mohd Najib Abdul Razak seperti sekarang masih berpaut juga pada Abdullah Ahmad Badawi, tiada hairanlah bila Plan B diusahakan.
Yakni peralihan kepemimpinan boleh berlaku dengan menumbangkan Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak sekaligus, dan digantikan dengan dua pemimpin UMNO yang lain selain mereka berdua, bakal berpadu Disember 2008 ini kelak.”
Last 10 News Submissions sent by zublizainordin:
InsyaAllah, akan ada pos diterbitkan lagi...