Ramai Orang Tidak Tahu Pak Lah Kata Pelan Peralihan Tapi Bukan "Transition Plan" Sebaliknya "Peralihan Yang Perlahan!"
0 Comments
»
Perhatikan betul-betul...
Abdullah Ahmad Badawi hanyalah bermain kata-kata. Maklumlah, orang politik. Sebenarnya, dia kata...Pelan, Ya Pelan Peralihan.
Kata itu hanyalah sekadar supaya orang lain berhenti dan tidak mendesaknya lagi...
Abdullah Ahmad Badawi, ya, tak pernah sekalipun dalam kerjayanya sebagai Presiden UMNO atau Perdana Menteri Malaysia, yang dia ada rasa macam nak:
* bersara,
* berhenti,
* berundur,
* beredar...
...atau seumpamanya.
Apatah lagi, letak jawatan. Tidak sekali-kali.
Perihal ini hanyalah muncul hasil dari desakan para pemimpin dan ahli UMNO yang cemburu kerana Abdullah Ahmad Badawi bergaya sebagai Presiden UMNO dan sekaligus juga Menteri Pertahanan Malaysia, dan Perdana Menteri Malaysia.
Desak mereka,
* Undur Lah,
* Letak jawatan Lah,
* dan macam-macam.
Tetapi ini semua kepada Abdullah Ahmad Badawi, hanyalah...
Bising!
Mereka ini hanya tahu memekak sahaja. Kesian Pak Lah. Pendengarannya terkini bukannya betul sangat. Noise level around him too high.
Bangat sungguh mereka ini. Kata macam-macam. Tulih segala macam. Tuduh tak sudah-sudah. Kutuk jangan ceritalah, berbakoi-bakoi.
Mereka sebenarnya dengki dengan kuasa yang dimiliki Abdullah Ahmad Badawi dalam kerajaan dan juga parti.
Jadi, sebab itulah, kerana mereka sudah terlalu bising, maka Abdullah Ahmad Badawi umumkan buah fikirannya yakni, pelan peralihan.
Jeng! Jeng!! Jeng!!!
Ramai orang tidak tahu, bahawa pelan peralihan ini bukannya "transition plan" tetapi, sebaliknya, sebenarnya, ialah peralihan yang perlahan, ya perlahan-lahan.
Perlahannya peralihan ini ialah seperlahan serba-serbi, Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin. Bukankah Abdullah Ahmad Badawi terkenal sebagai a slow leader?
Pelan peralihan ini pada Abdullah Ahmad Badawi, ialah sesuatu yang dikhaskan untuk Mohd Najib Abdul Razak.
Walaupun Mohd Najib Abdul Razak, kata tidak, atau tidak kata, tetapi Abdullah Ahmad Badawi kenai dia ini, dia memang semacam sudah tidak sabar-sabar lagi nak duduk kerusi Presiden UMNO, dan sekaligus kerusi Perdana Menteri Malaysia.
Barangkali, pada Abdullah Ahmad Badawi, macam lah si Mohd Najib Abdul Razak ini, dia baguih sangat.
| ||
Source: The Malaysian Insider |
Jadi, bila menyentuh bab pelan peralihan ini, Mohd Najib Abdul Razak tengok jam, tengok tarikh, rasanya macam sekejap sahaja lagi Pak Lah akan serahkan semua kuasa dan jawatan dan macam-macam kepadanya.
Tetapi Mohd Najib Abdul Razak tidak sedar, ini peralihan pelan, ya perlahan punya. Pelan yang Perlahan ala-Pak Lah.
Jika umpamanya, bila dikatakannnya 1 Jun 2010, erti sebenarnya ialah 1 Jun 2100.
Barangkali, tidak terfikir di kepala hotak Abdullah Ahmad Badawi, dan tidak terniat langsung dihatinya, bahawa suatu hari nanti, dia akan serahkan kuasa, jawatan, kerusi, atau apapun kepada Mohd Najib Abdul Razak.
Tukar suka sama suka, atau tukar suka sama tak suka, macam tukar portfolio atau kementerian, baru-baru ini, maka itu okay. Orait.
Tetapi tidak yang lain-lain, terutama kerusi Presiden UMNO dan kerusi Perdana Menteri Malaysia.
Apa yang Abdullah Ahmad Badawi telah lakukan ialah berikan Mohd Najib Abdul Razak, rasa syok sendiri sahaja. Ya, biaq dia sahaja sorang-sorang kelupoq syok sendiri. Macam gini...
Sesiapa desak, Pak Lah tak akan pedulikan. Kalau sudah berlebih-lebih, Pak lah akan jerit kuat-kuat, "Saya pantang dicabar". Tak pa...bagi depa gerun sikit.
Jika sampai dah terlalu amat bising sangat, Pak Lah akan cakapkan sahajalah pelan peralihan. Biar Mohd Najib Abdul Razak dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya diam seketika, dan suasana oleh lain-lain pemimpin dan ahli UMNO, semakin reda sedikit.
Realiti dan hakikat sebenarnya, Abdullah Ahmad Badawi akan terus kekal sebagai Presiden UMNO, walaupun sampai ke tarikh 1 Jun, 2100.
Ertinya, jika sampai masa dan ketikanya kelak, Abdullah Ahmad Badawi perlu serah juga apa yang sepatutnya, maka dia tidak akan sekali-kali serahkan kerusi, jawatan, dan kedudukan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia kepada Mohd Najib Abdul Razak. Tidak sekali-kali. Hal ini tidak akan berlaku.
Kenapa?
Kerana Abdullah Ahmad Badawi sedang memanaskan kerusi ini untuk seorang pemimpin dalam UMNO kini yang amat disayanginya. Mereka berdua punyalah rapat, rasanya sudah semacam ahli keluarganya sendiri.
Siapa?
Cuba teka:
- Mahathir Mohamad,
- Tengku Razaleigh Hamzah,
- Muhyiddin Yassin,
- Rais Yatim,
- Syed Hamid Albar,
- Mukhriz Mahathir,
- Annuar Musa,
- Mantan Anwar Ibrahim, atau
- Khairy Jamaluddin.
Inilah teka-teki Abdullah Ahmad Badawi.
Ya, teka-teki yang Abdullah Ahmad Badawi main, khas untuk para pemimpin dan ahli UMNO atau sesiapa juga yang mahu main-main dengannya, atau sampai ke tara mahu mempermain-mainkannya, maka depa akan kena main!
Inilah permainan Abdullah Ahmad Badawi yang terkini...