Gelombang Rakyat

Tambatan Ringgit! Apa Cerita Di Sebalik Pelbagai Cerita Di Dalamnya?

Penulis:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin

Post # 70 Satu Blog Total Di TranungKite OnLine



Tambatan Ringgit! Apa Cerita Di Sebalik Pelbagai Cerita Di Dalamnya?

Dilulus terbit pada Monday, September 22 @ 13:30:43 MYT oleh admin
Komentar
Oleh zublizainordin

" Mari kita mulakan dengan kritikan Lim Keng Yaik, yang dilaporkan berkata baru-baru ini, semuanya perihal duit, duit, duit.

Itu jika diselidiki, ada ceritanya.

Rakyat biasa tidak tahu banyak perihal perkaitan kuasa dan kemewahan, kecuali ramai di antara mereka yang tahu bahawa kehidupan mereka kini dalam sengsara bila Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel pada 5 Jun 2008 yang lalu, dan selepas itu cukup liat sungguh untuk menurunkan harga bahan ini, sehingga rentetan kenaikan harga bahan, barang dan perkhidmatan terus tinggi dan menekan Rakyat Malaysia.


Setelah itu, sedap-sedap sahaja Abdullah Ahmad Badawi bertukar portfolio dan kementerian dengan Mohd Najib Abdul Razak. Sama-samalah kita saksikan apa pula yang nak berlaku di kementerian tersebut, setelah kedua-dua pemimpin ini bertukar bidang.

Sebaik sahaja pertukaran ini, kedengaran perihal tambatan ringgit. Ini disuarakan oleh Mahathir Mohamad. Dibaca, tambatan ringgit ini disuarakan adalah dari pengalamannya di masa lalu ketika menangani dan menyelamatkan ekonomi Malaysia daripada krisis mata wang dunia. Lantaran, apa yang disaksikannya terkini, maka Mahathir Mohamad mencadangkan kepada kerajaan Malaysia, pengenalan semula tambatan ringgit ini.

Cadangan ini segera disambut oleh Muhyiddin Yassin, supaya dikaji, dirasakan tentulah untuk dilaksanakan, tambatan ringgit yang telah dicadangkan oleh Mahathir Mohamad.

Disusuli dengan satu taklimat khas akan diberikan kepada Mohd Najib Abdul Razak, perihal perkara asas berkaitan Kementerian Kewangan, termasuklah bab tambatan ringgit.

Ada yang bertanya, kenapakah perihal tambatan ringgit ini, disuarakan oleh kalangan orang UMNO, ketika hanya Mohd Najib Abdul Razak menjawat jawatan Menteri Kewangan Malaysia.

Tambahan lagi, kenapakah tambatan ringgit tidak disuarakan mereka ketika Abdullah Ahmad Badawi sedang menduduki kerusi Menteri Kewangan Malaysia.

Sebenarnya, tidak boleh diharapkan orang UMNO, khususnya para pemimpinnya yang menduduki kerusi kerajaan untuk pro-aktif perihal mata wang ini. Apatah lagi, tambatan ringgit.

Jika ada pun, yang boleh dikaji ialah perihal kuasa dan kemewahan. Lantaran boleh dikhususnya kajian kepada perihal politik wang di dalam UMNO, yang di kalangan mereka sendiri kata, sedang berleluasa.

Itu satu lagi cerita lain lah.

Jika direnung kembali, Abdullah Ahmad Badawi boleh menjadi pemimpin yang berjaya, seandainya dia terus berdamping dengan Mahathir Mohamad, dan meraih kebijaksanaannya.

Namun, setelah mengambilalih jawatan Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi sedar bahawa nama Mahathir Mohamad terus harum, dan Abdullah Ahmad Badawi semacam mahu jikapun tidak dapat melenyapkan ini, lalu bergerak untuk membina legasinya sendiri.

Sebenarnya semasa Abdullah Ahmad Badawi masih lagi memegang jawatan Menteri Kewangan, Mahathir Mohamad mula blogging, dan dalam satu pos di blognya, Mahathir Mohamad mengkritik kerajaan Abdullah Ahmad Badawi sehubungan apungan ringgit.

Cadangan Mahathir Mohamad sebelum posnya itu, tidakpun diendahkan oleh kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Dirasakan, kejayaan tambatan ringgit terdahulu dikaitkan sebagai kejayaan Mahathir Mohamad, dan jika diendahkan kali ini, tentulah sekali lagi mengharumkan nama Mahathir Mohamad. Lalu sanggupkah Abdullah Ahmad Badawi?

Rata-rata ramai mengetahui Abdullah Ahmad Badawi tidak mahir dalam pengurusan kewangan negara. Walaupun diketahui dia sebagai Menteri kewangan I Malaysia, namun dari aspek dasar, lebih dikenali ialah Menteri Kewangan II Malaysia, Nor Mohamed Yakcop.

Satu cerita yang menarik ialah, dalam kritikannya, Mahathir Mohamad menemplak, perihal terdahulu elok ringgit ditambat namun apa ceritanya sehingga di masa Abdullah Ahmad Badawi sebagai Menteri Kewangan I Malaysia, ringgit telah diapungkan.

Jika diteliti, ada cerita menarik di sebalik apungan ini.

Tambahan pula, ada blogger yang telah mencongak, namun bukan sampai kepada perinciannya, dan walaupun anggaran sahaja, betapa jutaan ringgit ialah kerugian yang dialami ketika beberapa projek dibatalkan atau telah ditangguhkan.

Itu satu lagi cerita menarik.

Namun, apa yang lebih menarik ialah cerita yang akan berlaku seterusnya. Yakni bila Mahathir Mohamad menawarkan cadangan tambatan ringgit. Kaitannya ialah pemimpin dan pengurus. Semasa memperkenalkan tambatan ringgit dahulu, Mahathir Mohamad sebagai pemimpin telah bertanya semua soalan yang betul, sebelum pasukan pengurus melaksanakan tambatan ringgit ini.

Dijangkakan Mohd Najib Abdul Razak, tidak sampai ke tahap kepemimpinan ini yang membolehkannya menanyakan soalan yang betul perihal tambatan ringgit, apatah lagi kelainan dalam pengenalan semula tambatan ringgit kali ini. Semacam serupa tetapi tidak sama.

Ini, diketahui oleh Mahathir Mohamad.

Dari beberapa kemungkinan, terdapat dua kebarangkalian. Pertama - mendapatkan nasihat dan penyertaan Mahathir Mohamad dalam hal pengenalan semula tambatan ringgit kali ini. Kedua - membentuk pasukan beberapa orang untuk menyamai soalan betul yang mampu ditanyai oleh Mahathir Mohamad seorang.

Tentulah ada cerita yang menarik, jika seandainya Mahathir Mohamad boleh mendapatkan maklumat asas perihal kewangan negara dan kementerian kewangan, sebelum menasihati perihal pengenalan semula tambatan ringgit ini.

Dijangkakan, seandainya Mahathir Mohamad mahu, dari sudut perkaitan kuasa dan wang, dua pemimpin utama sekarang boleh didedahkan sekiranya ada bukti terhadap penyalahan kuasa dan kewangan. Kemudian, siasatan boleh dilaksanakan selanjutnya.

Dua pemimpin utama ini ialah Abdullah Ahmad Badawi, dan Anwar Ibrahim.

Perihal umum pun boleh. Khusus pun boleh. Contohnya, terutama yang berkaitan dengan perbelanjaan pilihanraya umum atau PRU 12, dan P 44 Pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Itu pun ada cerita yang menarik.

Jadi, tambatan ringgit ini bukanlah sahaja bersangkutan dengan kaedah penyelesaian total kewangan negara Malaysia dalam menghadapi krisis kewangan dunia kini.

Namun, dari sudut kepemimpinan dan politik, Rakyat Malaysia akan mendapat manfaat tambahan. Dengan maklumat yang bakal didedahkan melalui media terutamanya, bakal dipenuhi pelbagai cerita, apa yang selama ini masih tersembunyi daripada pengetahuan ramai.

Bakal hangat ialah projek yang dibatalkan, projek yang ditangguh, projek yang diperkenalkan, serta kenapa harga petrol dan diesel dinaikkan segera dan mendadak tingginya, sedangkan begitu liat untuk diturunkan secara mendadak juga dan sama segeranya ketika dinaikkan dahulu.

Jika desakan baru-baru ini menyebabkan Abdullah Ahmad Badawi bercadang untuk melakukan perpindahan kepemimpinan dan peralihan kuasa dengan segera. Namun berubah fikiran, lalu kekal dengan tarikh pertengahan 2010.

Apakah mungkin dengan tambatan ringgit ini, pelbagai cerita di dalam cerita bakal muncul, lalu boleh menjadikan Abdullah Ahmad Badawi terdesak untuk meletakkan jawatan secara serta-merta.

Apakah mungkin pula, kekangan dilakukan juga secara serentak, untuk menyekat kemaraan Anwar Ibrahim ke PutraJaya.

Lihatlah kepada betapa besarnya hajat, pemimpin politik yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-6, sekiranya terbuka peluang kepada Mahathir Mohamad untuk terus mencatur siapa yang patut letak jawatan dan siapa yang bakal menduduki kerusi ini sebagai pengganti, jika sekiranya Mahathir Mohamad masih aktif dan mahu mencaturkannya.

Rujukan:

http://atotalblog.wordpress.com/2008/09/22/peg-the-ringgit-what-is-the-story-more-than-stories/

Last 10 News Submissions sent by zublizainordin:
  • Tambatan Ringgit! Apa Cerita Di Sebalik Pelbagai Cerita Di Dalamnya?
  • Pak Lah Kekal PM Maka Jangkakanlah Yang Dijangka Tapi Apa & Siapa Akan Kena?
  • Jika Pak Lah Berkeras Terus Jadi PM Apa Yang Sesiapa Dapat Lakukan Dgn Jaya?
  • Jaga-jaga Pak Lah Dalam Jaga Ialah Pemimpin Yang Terlalu Berjaga-jaga
  • Pak Lah Pemimpin Politik Yang Dihairani Ramai..!
  • Pak Lah Pemimpin Politik Yang Pantang Dicabar!
  • Najib Masalah Utama Kenapa Pak Lah Kekal Jadi Masalah Kepada Rakyat & Negara
  • Pak Lah Mahu Kekal PM Walaupun Tahu Semakin Ramai Menolaknya!
  • Pak Lah Kebingungan Lalu Membingungkan Dan Dia Kelihatan Semakin Tidak Waras
  • Anwar Ibrahim & Pakatan Rakyat Masih Pilihan Terbaik Untuk Perubahan di Mala

  • InsyaAllah, akan pos dan terbitkan lagi...

    0 comments: