Gelombang Rakyat

Jelas BN Letak Calon P 44 Permatang Pauh Tiada Erti Untuk Rakyat dan Malaysia

Penulis:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin

Pos # 2

Di TranungKite OnLine:

Jelas BN Letak Calon P 44 Permatang Pauh Tiada Erti Untuk Rakyat dan Malaysia
Dilulus terbit pada Tuesday, August 19 @ 08:29:32 MYT oleh greenboc
PendapatOleh zublizainordin

a
Terlalu banyak promo dalam media massa perihal Arif Shah Omar Shah, calon Barisan Nasional, di P 44 Permatang Pauh, sehingga ramai di kalangan kita yang belum sempat memahami betapa Barisan Nasional kini sudah tidak relevan lagi di Malaysia.

Ibarat sudah retak menunggu berkecai atau sebuah kapal yang sedang bocor dan hampir karam.

Marilah kita ambil masa sejenak untuk menyelusuri kesinambungan waktu, bermula di titik 9hb Mac 2008, untuk memahami kenapa rakyat Malaysia perlu kata TIDAK Lah, kepada Barisan Nasional.

Bila ditinjau ke belakang, benarlah kata Mahathir Mohamad, ketika itu, “Perjuangan Belum Selesai”.

Apabila, kerusi Perdana Menteri Malaysia, berpindah kepada Abdullah Ahmad Badawi sejak Oktober 2003, didapati bahawa, “Ku Cari Abadi”, nya, sampai sekarang belum jelas telah ditemuinya. Malah lain pula jadi cerita al-kisahnya. Ehem!

Perihal perkara yang perlu diselesaikan, oleh pemimpin di peringkat Perdana Menteri Malaysia, kelihatan dari sedikit, semakin membukit.

Peluang yang telah diberikan oleh para Pengundi di kalangan Rakyat sejak PRU 11, 2004, perkara yang tidak diselesaikan menjadi semakin bertambah pula, dan banyak pula janji baru yang tidak ditunaikan atau tidak tertunaikan, sampailah sekarang.

UMNO yang mula parah, selepas PRU 11, 2004, kemudian pada selepas PRU 12, 2008, menjadi hampir rebah diterajang undi sebahagaian Rakyat Malaysia.

Bila parti yakni UMNO, yang mengepalai gabungan sedang mula terkulai, maka lain-lain parti pengikut, yang mengikut sahaja, dalam Barisan Nasional menjadi bersimpang-prenang.

Jelas bahawa, tiada banyak yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional, dari 2004 sehingga kini untuk rakyat dan negara Malaysia. Khususnya ini berlaku bila kepimpinan dipuncak UMNO yang masih lena dalam ketidoran, bilapun terjaga, kembali terbenam dalam kemimpian.

Lain-lain pemimpin parti komponen Barisan Nasional, selepas PRU 12, ada yang cuba memahami mesej rakyat, ada yang membuat post-mortem, ada mengusul penjenamaan semula parti, dan beberapa cara lain, supaya diri masing-masing pemimpin parti ini, terselamat dari bertangggung-jawab dan mengakui ketewasan, lalu masih ada chan kekal memimpin dan tidak pun mahu memberi laluan kepada pemimpin yang lain pula.

Perhatikan, berapakah parti politik dalam Barisan Nasional, yang mempunyai senarai pemimpin berusia datuk dan nenek, masih tidak mahu berganjak dari kerusi kuasa kepemimpinan, sedangkan semakin ramai lain-lain pemimpin di kalangan orang-orang tua belaka, yang beratur menunggu giliran, yang entah bilakah dapat merasa duduk di kerusi Perdana Menteri Malaysia.

Oleh kerana yang tua bangka masih menangguh waktu, jadi ramailah sungguh pemimpin lain yang semakin berusia tersekat. Tambahan lagi dek mula lanjut usia, maka pemimpin muda pula semakin ramai yang tidak boleh kekal lagi dalam pemuda, dan puteri. Justru, UMNO dan parti komponen Barisan Nasional sebenarnya ketandusan pemimpin handalan.

Hal ini jelas terbukti, bila Anwar Ibrahim rupanya yang bertanding di P 44 Permatang Pauh.

Barisan Nasional, kepeningan, akan siapakah yang mahu diletakkan untuk menentang Anwar Ibrahim.

Jika mengikut ranking terdahulu, daripada Abdullah Ahmad Badawi hinggalah ke lain-lain pemimpin bawahan, jelas bahawa sama ada dalam kerajaan, UMNO, dan Barisan Nasional, semuanya pernah menjadi pemimpin bawahan ketika Anwar Ibrahim duduk di kerusi Timbalan, yakni nombor 2, selepas Mahathir Mohamad.

Jadi, untuk memutuskan untuk meletakkan calon menentang Anwar Ibrahim, di P 44 Permatang Pauh, ternyata begitu lama masa yang telah diambil. Maka, baru-baru ini sahaja, diketahuilah sudah, Arif Shah Omar Shah, sesuai dikorbankan.

Dari aspek kepemimpinan, Arif Shah Omar Shah tidak menyerlah sebagai tokoh nasional yang akan dapat memberi sumbangan yang bererti dan bermakna di peringkat Parlimen. Dia hanyalah mungkin sesuai sebagai pemimpin DUN, atau yang rendah dari itu. Sebagai ruang untuk kerja ini, Arif Shah Omar Shah sudah pun ada DUN Seberang Jaya. Serta pemimpin UMNO Bahagian.

Ertinya, Arif Shah Omar Shah, tidak penting untuk diletakkan sebagai calon di P 44 Permatang Pauh.

Ini adalah kerana sudah tiada pemimpin yang handal dalam UMNO dan Barisan Nasional.

Ibaratnya untuk menentang Pelajar Tingkatan 6, budak-budak Tingkatan 5, menolak seorang budak Tingkatan 3, sebagai calon penentang.

Begitulah Arif Shah Omar Shah. Jikapun menang, hanyalah mengekalkan para pemimpin yang sama, itu-itu juga Lah, dalam Barisan Nasional.

Ya, Barisan Nasional yang sudah tidak relevan lagi di Malaysia.

Kini, para Pengundi di Permatang Pauh, boleh membuat keputusan bijak, menentukan calon pilihan masing-masing yang boleh memberi erti dan makna kepada Rakyat dan Negara Malaysia.

Tahu siapa kan?


Last 10 News Submissions sent by zublizainordin:

  • Arif Shah Omar Shah Cerminan Strategi BN Yakni Apa Saja Pun Boleh
  • Najib Kecundang Di Hari Ke-5 Di P 44 Permatang Pauh diperangkap UMNO
  • Kenapa Pak Lah Tak Mahu Turunkan Harga Petrol Dan Diesel?
  • Anwar Ibrahim Antara Konspirasi, Kebetulan Dan Kesalahan
  • BN Di P 44 Permatang Pauh Silap Strategi Bakal Jadi Tragedi
  • Bila Pemimpin Mula Menabur Wang Di P 44 Permatang Pauh
  • Berapa Juta RM Kah Sedang Dimasukkan Untuk Beli Undi Di P 44 Permatang Pauh?
  • Jelas BN Letak Calon P 44 Permatang Pauh Tiada Erti Untuk Rakyat dan Malaysia
  • Ezam Mohd Noor Tidak Menyengat Dalam Ceramah Dedah Anwar Ibrahim
  • Pak Lah A Choice Between Daching Dunia Or Daching Akhirat

  • InsyaAllah, ada lagi pos seterusnya...


    0 comments: