Gelombang Rakyat

Aiman Nampak Mereka Bukan Datang Nak Makan Minum Jamuan Pak Lah Mereka Nak Ratusan Jamuan Bersama Tersayang

Penulis:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin


Aiman tidak tahu politik, atau apa-apa sangat hal negara. Aiman datang di sini nak salam tangan Pak Lah. Aiman sudah praktis berkali-kali, dan kini masih belum dapat salam tangannya lagi.

Sewaktu menunggu selesai orang kenamaan makan dan minum, Aiman menunggu giliran, rupa-rupanya Aiman bukan orang kenamaan di sisi pandangan Pak Lah. Tidak mengapa, Aiman sayangkan Pak Lah.

Jika boleh, biarlah dia kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia sehingga 1 Jun, 2100.

Semasa menunggu bersama beberapa orang abang dan beberapa kawan abang, Aiman nampak ramai orang berbaju bukan macam Baju Melayu lapok Aiman.

Mereka pakai Beju-T khas. Ada tulis, RPK, dan lain-lain tulisan. Aiman tidak faham.

The Malaysian Insider

Datuk Seri Abdullah Badawi, his wife Datin Seri Jeanne Abdullah and Datuk Seri Najib Razak welcoming visitors to the Cabinet Raya open house at PWTC today. — Picture by Choo Choy May


Apa yang Aiman dengar ialah mereka ini bukanlah datang ke jamuan Rumah Terbuka Hari Raya Jemaah Kabinet ini untuk makan dan minum, yang dijamu Pak Lah. Mereka mahu jamuan bersama orang tersayang.



Aiman hairan, kenapakah Pak Lah yang terkenal dengan Islam Hadhari ini, yang berkasih sayang bersama isteri baru, dan keluarga, sanggup memisahkan orang yang sama mahukan berkasih sayang, di hari yang baik di bulan yang baik ini.

Tapi, Pak Lah, buat lah apa sahaja. Tidak kiralah, dan...

Aiman Tak Kisah!

0 comments: