Gelombang Rakyat

Bersara Awal? Pak Lah Masih Berhelah..!

Penulis:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin

Pos # 76

Di TranungKite OnLine:


Masih Berhelah Maka Sukar Untuk Dipercayai Pak Lah Bersara Awal...
Dilulus terbit pada Wednesday, October 01 @ 19:33:12 MYT oleh greenboc
Pendapat Oleh zublizainordin

"a
Walau apapun, terbaik untuk Rakyat dan Negara Malaysia kini ialah Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi memimpin sebagai Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional, Menteri Pertahanan Malaysia, lain-lain jawatan berkaitan, dan terutamanya Perdana Menteri Malaysia.

Bersara, berundur, turun, lepaskan jawatan, letak jawatan, peralihan kuasa, atau apa juga perkataan yang sesuai digunakan, ertinya selamat jalan Abdullah Ahmad Badawi, dan pengumuman Perdana Menteri Malaysia Ke-6, yang baru.

Jelas sekali, sejak 31 Oktober, 2003, Abdullah Ahmad Badawi tiada kualiti sebagai pemimpin. Kepemimpinannya sentiasa dilihat kerdil. Beberapa hari menjelang 9 Oktober, 2008, Abdullah Ahmad Badawi sudah berada di tahap, sesuai diselitkan sebagai pemimpin paling teruk, dan paling buruk, dalam sejarah kepemimpinan negara.

Abdullah Ahmad Badawi ternyata tidak lagi mampu membawa kebaikan kepada Rakyat dan Negara Malaysia. Sehari, seminggu, sebulan, setahun, atau seterusnya, Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi berdaya melakukan perubahan bermakna. Apatah lagi jika dia masih ada keinginan untuk kekal berkuasa, katakanlah, di antara pertengahan 2010 hingga 1 Jun, 2100.

Lebih memburukkan lagi ialah, ketika kekal berkuasa, apa yang dilakukan oleh Abdullah Ahmad Badawi, kebaikan tiada, keburukan semakin banyak menimbun. Dengan yang demikian, beradanya Abdullah Ahmad Badawi di tampok kuasa, menghalang dan menyekat pemimpin dan pasukan lain yang mahu melakukan kebaikan untuk Rakyat dan Negara Malaysia.

Dengan demikian, Abdullah Ahmad Badawi, sepatutnya tidak lagi memegang semua jawatan terpenting ini, sejak 9 Mac, 2008. Kini, tempohnya berlangsung kosong, dan keberlanjutannya mahu kekal memimpin, sudah menjadi terlalu lama.

Jadi, berapa lamakah lagi sejak hari terakhir Ramadhan, hari ini, sehingga detik pengumuman Abdullah Ahmad Badawi bersara? Entahlah, itupun dia masih mahu berhelah, maka sukar untuk dipercayai dia akan bersara awal.

Pun begitu, media perdana sudah mula menunjukkan petanda secara senyap atau deras, bahawa persaraan awal ini adalah besar kemungkinannya. Khususnya, petanda dari individu yang kerjayanya berpaut dan bergantung harap kepada Abdullah Ahmad Badawi. Ertinya, bila Abdullah Ahmad Badawi turun, barangkali mereka pun turun sama.

Terkini, suatu tarikh akan ditetapkan untuk Abdullah Ahmad Badawi memberi penerangan secara formal, kepada para pemimpin parti komponen Barisan Nasional, perihal peralihan kepemimpinan.

Tujuannya ialah, selain memberi penerangan, perbincangan juga akan berlangsung di antara Abdullah Ahmad Badawi dengan para pemimpin parti komponen Barisan Nasional.

Tentulah ini amat ditagihkan kerana selain memegang jawatan penting negara, Abdullah Ahmad Badawi tidak boleh mudah lupa bahawa dia juga ialah Pengerusi Barisan Nasional.

Jadi tidak moleklah kesemua ini berlangsung dalam Majlis Tertinggi UMNO sahaja, dan lebih menjelekkan ialah sessi berdua-duaan Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak, secara sulit dan tertutup berbincang akan survival politik mereka, semacam asyik dan maksyuk politik sahaja.

Selain daripada Barisan Nasional, tentulah yang lebih utama ialah Rakyat Malaysia yang selama ini mengharapkan perubahan baik, turut ingin tahu bila Abdullah Ahmad Badawi akan membuat pengumuman tamatnya tarikh Perdana Menteri Malaysia Ke-5 ini.

Dalam pertemuan dengan para wartawan di Majlis Jamuan Rumah Terbuka Para Menteri Kabinet Muslim di PWTC, 1 Syawal, 1429, Abdullah Ahmad Badawi ditanya, sama ada dia berasa sedih, jika ini mungkin sambutan Hari Raya Aidil Fitri kali ini adalah yang terakhir untuknya sebagai Perdana Menteri Malaysia, jawapan yang diberikannya masih berhelah. Bahawa perincian pelan peralihan kepemimpinan, masih belum jelas.

Benarlah dalam politik wujud pelbagai kemungkinan.

Dengan demikian, apabila Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan tarikh dia bersara, semalam, dan disahkan benar maka esonya, tiada lagi sebarang kesukaran untuk percaya Abdullah Ahmad Badawi telah bersara awal.

Sama-sama kita saksikan detik peristiwa menghala kepada kemerdekaan Rakyat dan Negara Malaysia daripada pemimpin yang lemah, Abdullah Ahmad Badawi, dengan segala kelemahannya.

Rujukan:

http://atotalblog.wordpress.com/2008/10/01/pak-lah-new-transition-date-no-i-dont-trust-him/

http://satublogtotal.blogspot.com/2008/10/pak-lah-nak-bersara-awal-boleh-percaya.html

"
Last 10 News Submissions sent by zublizainordin:
  • Masih Berhelah Maka Sukar Untuk Dipercayai Pak Lah Bersara Awal...
  • 1 Syawal 1429 Pak Lah Minta Maaf Saya Maafkan Tapi Tetap Lah Letak Semua Jawatan
  • Pak Lah Sudah Jumpa satu Rentak Baik Punya Justru Sistem Tundaan Automatik
  • Dr M Nampak Pak Lah Guna Kuasa Memberi Ganjaran Untuk Kekal Presiden UMNO?
  • Majlis Tertinggi UMNO Palu Muzik A-Go-Go Tapi Pak Lah Buat Tari Inang
  • Kenapa Pula Pak Lah Kena Lepaskan Jawatan Presiden UMNO?
  • Informan Dan Pak Lah Di Antara Dengar Fakta Atau Auta
  • Pak Lah Tidak akan Letak Jawatan Dan Terus Kekal Jawatan Presiden UMNO & PM
  • Fahami Betul-betul Pak Lah Kata Pelan Peralihan Ertinya Peralihan Yang Perlahan
  • Indeks Persepsi Korupsi - Bolehkah Dikatakan Tak Apa Lah Apa Depa Nak Kata
  • 0 comments: