Gelombang Rakyat

Aiman Tak Kisah Pak Lah Cencaru Makan Bila Pun..!

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Penulis Aktif di TranungKite OnLine ini, juga ialah Penulis Jemputan Dr Sid, di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers.



Aiman terjaga dari tidurnya. Wow! Dia bermimpi rupanya. Mimpi Boneka. Direnungnya poster Pak Lah, lalu dia berkata, "Yes! Pak Lah akan terus jadi Perdana Menteri Malaysia, walaupun sampai 1 Jun, 2100..."

Aiman Tak kisah...

Aiman menjerit, "Cencaru Makan Petang!!!"

Abangnya terdengar lalu masuk ke bilik Aiman. "Haa kau dah bangun Aiman. Siap, kita makan malam. Ibu masak lauk Sardin, sayur togeh rebus untuk kita. Cepat!"

Sardin? Togeh Rebus?? Aiman Tak Kisah...

Janji, Pak Lah, Cencaru Makan Petang!

Sambil makan, Aiman bertanya kepada abangnya, apa ertinya, Cencaru Makan Petang?

Abangnya menjelaskan. Aiman masih lagi kurang faham, kenapa Pak Lah nak makan cencaru waktu petang. Sedangkan Aiman sekeluarga kerap makan Sardin dan Togeh Rebus, kini, saban tengah hari dan malam.

Aiman Tak Kisah...

Pak Lah boleh makan ikan apa dia suka.

Pak Lah boleh makan bila-bila dia suka.

Suka hati dia Lah, dia Perdana Menteri Malaysia.

"Aiman!", jerit abangnya. Aiman menghampiri, "Dah selesai makan?" Pertanyaan itu, Aiman angguk. "Mari tengok Blog nii...Pak Lah, Cencaru Makan Petang!"

Aiman pun mula membaca apa yang dipos di Blog tersebut:

Darihal Saya

My Photo
Rudin X
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lelaki separa pencen di Kelantan. Jiwa demokrat yang liberal. Hobi membela kambing dan bercucuk tanam.
View my complete profile

Monday, October 20, 2008

Pak Lah: Cencaru Makan Petang?

The return of Pak Lah! Pak Lah kembali! Mustahil? Tidak semestinya.

Renung sejenak sejarah kerjaya politik Pak Lah dan pembaca akan dapati bahawa nasib politik Pak Lah lazimnya akan berpusing 180 darjah, dari gelap menjadi cerah di penghujung sesuatu episod.

Dari aspek ini nasib politik Pak Lah adalah tidak ubah seperti cencaru yang tabiatnya makan di waktu petang setelah berlapar sepanjang hari.

Begitulah Pak Lah. Beliau boleh jadi underdog untuk satu tempoh yang lama dalam UMNO; boleh masuk silap kem untuk beberapa ketika; sanggup menerima ‘deraan’ sebagai proses pemulihan; tetapi di hujung cerita, Pak Lah boleh muncul sebagai pemenang, sebagai seorang yang pandai membuat pilihan yang tepat.



InsyaAllah, bersambung kelak kisah Aiman Tak Kisah...

3 comments:

Anonymous said...

Kita pun macam aiman, tak kesah...
tak kesah sebab cencaru dah tak makan petang..
cencaru makan waktu senja, waktu maghrib..dah slop..
kita pun macam aiman..pernah tengok cencaru makan waktu senja ?
...lintang pukang, kelam kabut, serabai habis..tak senonoh..tak sempurna...

kluangman

Kita pun macam aiman..tak kesah..

Anonymous said...

Kita pun macam aiman, tak kesah...
tak kesah sebab cencaru dah tak makan petang..
cencaru makan waktu senja, waktu maghrib..dah slop..
kita pun macam aiman..pernah tengok cencaru makan waktu senja ?
...lintang pukang, kelam kabut, serabai habis..tak senonoh..tak sempurna...

kluangman

Kita pun macam aiman..tak kesah..

Gelombang Rakyat said...

Kluangman,

Saya kalau jumpa budak Aiman ni, saya beri dia taklimat lengkap perihal Pak Lah.

Biar dia tumpu PM Ke 6 pula...