Lawak UMNO - Mana Boleh Mesyuarat Bahagian Dalam Star Cruise
0 Comments
»
Zubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Penulis Aktif di TranungKite OnLine ini, juga ialah Penulis Jemputan Dr Sid, di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers.
Ewah! Ewah!! Ewah!!!
Clipper Cruise Line www.destination360.com |
2 tahun perancangan para ketua di suatu Bahagian Parti nak belayar dengan Star Cruise terbaru dari Pelabungan Klang ke Hong Kong. Tarikh telah ditetapkan. Persiapan tip-top.
Tiba-tiba arahan dari Pusat, bahawa mesyuarat bahagian ditunda dan kebetulan kena pulak pada tarikh tersebut.
Bising Lah mereka, merungut dan bersungut.
Ketua penganjur mencadangkan supaya mereka pergi juga, dan bermesyuarat dalam Star Cruise tersebut. Semua menyokong, dan permohonan dikemukakan ke Pusat. Kemudian diluluskan.
Di West Port penuh perwakilan yang berpakaian lengkap Parti. Semuanya berdedai naik Star Cruise. Masing-masing dapat kunci dan terus ke bilik. Star Cruise pun belayar ke Hong Kong.
Tepat pukul 3:00 Petang, Star Cruise sudah pun jauh ke laut. Mereka pun bermesyuarat. Ucapan alu-aluan disampaikan. Mereka menyanyi Negaraku, diikuti lagu parti. Memang berjalan lancar.
Bila tiba bab cadangan nama dan mengundi calon, sausana damai bertukar hiruk-pikuk. Dari hiruk-pikuk menjadi perebutan mikrofon, kemudian baling-baling kerusi.
Pengurus Star Cruise datang dan menggunakan pembesar suara.
"Berhenti!"
40 orang tergamam.
Pengurus Star Cruise menyambung, "Semua perwakilan Parti tidak dibenarkan bermesyuarat dalam Star Cruise ini!!!"
Nampak semuanya reda, maka Pengurus Star Cruise pun beredar.
Suasana sangat senyap selama 5 minit berikutnya. Pengurus Star Cruise pergi meninjau semua ke tempat mesyuarat tadi.
Lengang!
Cuma tinggal 2 orang sahaja mewakili Puteri. Pengurus Star Cruise pun bertanya...
"Mana perginya semua ahli perwakilan Parti yang bermesyuarat tadi?"
Jawab seorang daripada mereka, "Habis tu, Tuan yang tak beri mereka mesyuarat dalam Star Cruise"
Pengurus Star Cruise, "Jadi mereka mesyuarat kat mana?"
Jawab seorang dari mereka, "Kat mana lagi, kat luar Star Cruise Lah".
Pengurus Star Cruise berlari ke deck, dan sayup kelihatan seperti titik-titik hitam di permukaan laut.
Pengurus Star Cruise pun bertanya, "Kenapa pulak awak masih ada kat dalam Star Cruise?"
Jawab seorang dari mereka, "Kami Panyambut Tetamu..."
...
Kuang! Jeng!! Jeng!!!
Ilham dari:
Blog CeritaLucu
Friday, October 10, 2008
Salah Tafsiran
Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara...
Bersambung di sini:
http://gelihati.blogspot.com/