Gelombang Rakyat

Bila Zahid Masuk Gelanggang Timbalan Presiden UMNO, Jadinya?

Penulis:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin

Pos # 79

Di TranungKite OnLine:


.
Apa Cerita Zahid Hamidi Tanding Timbalan Presiden UMNO?
Dilulus terbit pada Friday, October 03 @ 20:51:14 MYT oleh SongkokPutih
Analisis Isu
Oleh zublizainordin

" Pemerhatian dari luar akan perkembangan mutakhir UMNO, dan membaca berita eksklusif perihal Zahid Hamidi menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO, memang mengejutkan.

Sebelumnya fokus hanyalah kepada:

Abdullah Ahmad Badawi

Abdullah Ahmad Badawi yang terus berdegil mahu bertanding untuk mengekalkan jawatan Presiden UMNO, walaupun semakin lantang suara dari dalam UMNO yang tidak mahukan dia bertanding mengekalkan jawatan tersebut.

Bermacam yang dilakukan untuk maksud itu, dan di pihak Abdullah Ahmad Badawi, dia sentiasa mendapat perhatian ramai akan gerak-geri dan tindak-tanduknya, serta teka-tekinya yang membosankan.

Mohd Najib Abdul Razak

Mohd Najib Abdul Razak, adakah dia berani menentang arus berhadapan dengan Abdullah Ahmad Badawi, untuk bertanding jawatan Presiden UMNO, atau mengikut tradisi fahamannya untuk kekal bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO sahaja.

Bermacam yang berlaku, terutama penyaksian ramai terhadap asyik maksyuknya, mesyuarat sulit dan tertutup, di antara Mohd Najib Abdul Razak dan Abdullah Ahmad Badawi, mereka berdua-duaan ibarat kasih politik, yang menjelekkan.

Tengku Razaleigh Hamzah

Tengku Razaleigh Hamzah, berseorangan, tanpa regu, barangkali pengalamannya yang lalu, menjadikannya serik, maka tidak mahu dipermainkan lagi.

Justru Tengku Razaleigh Hamzah hanya menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO. Ini adalah supaya dia dapat berkhidmat untuk memulihkan dan menguatkan UMNO, serta menegakkan demokrasi supaya kembali, mengikut lunas perlembagaan parti.

Bermacam kekangan berlaku ke atasnya sehingga terpacul kenyataan darinya bahawa Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak semacam budak-budak bermain permainan, "ini aku punya, itu engkau punya", dalam sebuah negara disebutnya sebagai Republik Pisang.

Muhyiddin Yassin

Muhyiddin Yassin, mencari regu, namun masih bersendiri, dan belum menawarkan diri untuk jawatan apakah yang hendak ditandinginya, seraya menunggu pengumuman Abdullah Ahmad Badawi sama ada bertanding atau pun tidak.

Kedengaran nada selari Muhyiddin Yassin dan Rais Yatim yang mengkritik kepemimpinan tertinggi UMNO demi kebaikan parti, khususnya dengan maksud untuk meraih kesetiaan ahli, kepercayaan orang Melayu terhadap UMNO, dan meningkatkan keyakinan Rakyat Malaysia khususnya untuk kembali memenangkan Barisan Nasional di PRU 13, dengan majoriti yang lebih besar.

Sebab itu Muhyiddin Yassin tidak mahu mengaku bahawa adalah kejayaannya yakni mendesak Abdullah Ahmad Badawi untuk membuat keputusan supaya pelan peralihan dilakukan lebih awal, kerana pertengahan 2010 padanya adalah tempoh yang terlalu lama.

Muhyiddin Yassin tahu apa juga keputusan Abdullah Ahmad Badawi, adalah keputusan Abdullah Ahmad Badawi sendiri yang mengambil kira banyak faktor. Apa yang disuarakan oleh Muhyiddin Yassin barangkali hanyalah satu faktor kecil sahaja daripada pertimbangan Abdullah Ahmad Badawi yang mungkin menyeluruh, untuk mengawalkan lagi, pelan peralihan yang memang perlahan.

Nama Besar Dalam UMNO

Dari perkembangan setakat ini, nama besar dalam UMNO yang menyuarakan secara terbuka, atau membayangkan secara halus, untuk bertanding jawatan Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO ialah Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Razaleigh Hamzah, Mohd Najib Abdul Razak, dan Muhyiddin Yassin.

Zahid Hamidi

Sebab itulah bila Zahid Hamidi menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO, berita ini mengejutkan.

Di kalangan peminat politik dan kepemimpinan berkaitan UMNO, tentunya akan bertanya, apa cerita Zahid Hamidi bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO?

Bila diteliti, memanglah, Zahid Hamidi bukan lagi berusia 42 atau 44 tahun. Jika saya berada di Bagan Datuh, bila Zahid Hamidi menghampiri, mungkin Mak Cik di sebelah akan berkata, "Udah besor panjang kamu ye Zahid?" Bakal dijawabnya, "Udah 55 tahun saya Mak Cik!"

Benarlah, lain-lain pemimpin UMNO di kalangan Zahid Hamidi, sememangnya ramai yang lebih berusia daripadanya. Saya pernah menulis perihal begitu lamanya Abdullah Ahmad Badawi mahu kekal di kerusinya, sehingga mengakibatkan terlalu ramai orang yang sudah tua bangka masih beratur untuk memenuhi 3 jawatan Naib Presiden UMNO. Sila lihat senarai nama mereka dan usia mereka.

Jadi, apa cerita Zahid Hamidi bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO?

Zahid Lawan Najib

Adakah bila Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan akan bertanding jawatan Presiden UMNO, maka Zahid Hamidi akan berhadapan dengan Mohd Najib Abdul Razak untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO?

Saya jangkakan sekiranya ini berlaku, kemungkinan Zahid Hamidi akan menarik diri, dengan alasan yang tentunya sudah siap sedia sebagai Pelan B.

Zahid Regu Tidak Rasmi Najib

Adakah mungkin, Abdullah Ahmad Badawi barangkali mengumumkan tidak akan bertanding jawatan Presiden UMNO. Maka Zahid Hamidi akan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO sebagai regu tidak rasmi kepada Mohd Najib Abdul Razak yang akan bertanding jawatan Presiden UMNO?

Zahid Lawan Muhyiddin

Bagaimana jadinya dengan Muhyiddin Yassin. Kedudukan yang selesa dilihat ialah Muhyiddin Yassin bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Ertinya Zahid Hamidi akan berhadapan dengannya.

Sedangkan susun atur yang kini kelihatan ialah Mohd Najib Abdul Razak bertanding jawatan Presiden UMNO, dan Muhyiddin Yassin bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Itu ialah congakan sebelum kemunculan Zahid Hamidi dalam pertandingan ini.

Muhyiddin Lawan Najib

Jika Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan tidak akan bertanding jawatan Presiden UMNO, Zahid Hamidi bertanding Timbalan Presiden UMNO, apakah mungkin Muhyiddin Yassin akan berentap dengan Mohd Najib Abdul Razak untuk bertanding jawatan Presiden UMNO?

Ku Li Lawan Atau Dilawan Siapa?

Bagaimana pula dengan Tengku Razaleigh Hamzah? Ini mudah difahami, sebab pemimpin UMNO ini jelas pendiriannya sejak sedari awal lagi. Tengku Razaleigh Hamzah sudi dan sedia berkhidmat dan menawarkan diri bertanding hanya jawatan Presiden UMNO.

Ya, Tengku Razaleigh Hamzah, hanya mahukan pertandingan yang adil, dan hanya bertanding jawatan Presiden UMNO.

Ku Li Lawan Pak Lah

Justru Tengku Razaleigh Hamzah rela jika bertanding menentang Abdullah Ahmad Badawi setelah mengetahui kelak pengumuman sama ada Abdullah Ahmad Badawi hendak bertanding atau tidak jawatan Presiden UMNO.

Ku Li Lawan Najib

Begitu juga Tengku Razaleigh Hamzah rela bertanding berhadapan Mohd Najib Abdul Razak untuk jawatan Presiden UMNO, atau Mohd Najib Abdul Razak kekal bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO sahaja.

Namun ini tidak mungkin kelihatan berlakunya, kerana jika begitu, Mohd Najib Abdul Razak akan berhadapan dengan Zahid Hamidi dan mungkin juga Muhyiddin Yassin, untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Ku Li Lawan Muhyiddin

Tambahan lagi Tengku Razaleigh Hamzah rela bertanding untuk jawatan Presiden UMNO, dan Muhyiddin Yassin boleh bertanding sama ada jawatan Presiden UMNO, atau Timbalan Presiden UMNO, akau kekal bertanding sebagai Naib Presiden UMNO sahaja.

Semua kemungkinan bakal dihadapi Tengku Razaleigh Hamzah ini berkait rapat dengan pengesahan Zahid Hamidi bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO, baru-baru ini, yang mengejutkan.

Apa Cerita?


Jadi, apa cerita Zahid Hamidi bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO?

Maklumat Orang Dalam

Menarik sekali. Maka kupasan Malaysian Insider perihal pengumuman Zahid Hamidi mengesahkan bertanding Jawatan Timbalan Presiden UMNO ini, kekal bermakna. Namun, akan ada yang lebih bermakna bila diketahui umum kupasan dari Team Insider Zahid Hamidi.


01. Zahid Bukan Nak Jadi Presiden UMNO

Setakat ini yang jelas petandanya ialah, Zahid Hamidi tidak menawarkan untuk bertanding jawatan Presiden UMNO, kerana dijangkakan Abdullah Ahmad Badawi tidak akan bertanding jawatan Presiden UMNO, maka Mohd Najib Abdul Razak akan bertanding jawatan Presiden UMNO berhadapan dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang hanya bertanding jawatan Presiden UMNO.

02. Zahid Mungkin Sukarkan laluan Muhyiddin?


Ertinya, Muhyiddin Yassin akan berhadapan dengan Zahid Hamidi yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Muhyiddin Yassin telah begitu lama ditakuk Naib Presiden. Ramai orang tua bangka yang tersekat di sini, dan masih mahu berbakti dan mengisi 3 jawatan sebagai Naib Presiden UMNO.

Muhyiddin Yassin boleh bertanding Timbalan Presiden UMNO, dan boleh bekerjasama dengan sama ada Mohd Najib Abdul Razak atau Tengku Razaleigh Hamzah yang masing-masing bertanding untuk jawatan Presiden UMNO.

03. Zahid Menang Tanpa Bertanding

Mungkinkah Muhyiddin Yassin menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO untuk berhadapan sekaligus dengan Mohd Najib Abdul Razak, dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Lalu memungkinkan tiada nama lain menawarkan diri, dan Zahid Hamidi menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

04. Niat Zahid Sendiri

Maksudnya, telah diketahui detik pengesahan bertanding, namun belum diketahui umum yakni bilakah terdetik di hati Zahid Hamidi dengan kerelaannya sendiri, tanpa dipengaruhi siapa atau apa, kemudian dia mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Maka terjawab dengan lebih jelas lagi,
apa cerita Zahid Hamidi bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO?

Tambahan lagi, orang Perak pun akan tahu dan tiada lagi bertanya, "Timbalan Presiden UMNO, ape ka ha nye kamu Yeop?

Rumusan Awal

Begini, untuk jawatan tertinggi UMNO, calon-calonnya ialah:

Presiden UMNO

01. Abdullah Ahmad Badawi,
02. Mohd Najib Abdul Razak,
03. Tengku Razaleigh Hamzah,
04. Muhyiddin Yassin.


Timbalan Presiden UMNO

01. Mohd Najib Abdul Razak,
02. Zahid Hamidi,
03. Muhyiddin Yassin.


Tetapi...

Semua perihal di atas adalah lambat lagi diketahui umum, kerana hampir ke semua perihal ini akan jadi jelas kelihatan, namin kini masih kabur kerana Abdullah Ahmad Badawi entah bila lah mahu mengumumkan sama ada dia akan bertanding atau tidak jawatan Presiden UMNO.

Bagaimana Kalau...

Seperti lazim dikenali Abdullah Ahmad Badawi, sering tunda-tundaan, jadi bagaimana kalau, pengumumannya yang dijangkakan ialah sebelum atau pada 9 Oktober, 2008 ini, tetapi ditunda pengumuman itu ke tarikh lain, lalu Abdullah Ahmad Badawi membiarkan UMNO Bahagian membuat perhitungan sendiri untuk mencalon sesiapa sahaja untuk dua jawatan tertinggi itu dari 9 Oktober 2008 hingga 8 November 2008?

Zahid Hamidi, haa baru haru Yeop...


Rujukan:

http://atotalblog.wordpress.com/2008/09/25/if-pak-lah-and-najib-stick-to-2100-transition-plan-many-umno-grandpas-cannot-wait/

http://atotalblog.wordpress.com/2008/10/03/zahid-hamidi-contesting-umno-deputy-president-post-so-what-story/

http://satublogtotal.blogspot.com/2008/10/bila-zahid-hamidi-bertanding-timbalan.html
"


Last 10 News Submissions sent by zublizainordin:
  • Apa Cerita Zahid Hamidi Tanding Timbalan Presiden UMNO?
  • Apa Mesej Zahid Hamidi Bertanding Timbalan Presiden UMNO?
  • Misteri Pertukaran Portfolio Di antara Pak Lah & Najib Mula Terungkai?
  • Masih Berhelah Maka Sukar Untuk Dipercayai Pak Lah Bersara Awal...
  • 1 Syawal 1429 Pak Lah Minta Maaf Saya Maafkan Tapi Tetap Lah Letak Semua Jawatan
  • Pak Lah Sudah Jumpa satu Rentak Baik Punya Justru Sistem Tundaan Automatik
  • Dr M Nampak Pak Lah Guna Kuasa Memberi Ganjaran Untuk Kekal Presiden UMNO?
  • Majlis Tertinggi UMNO Palu Muzik A-Go-Go Tapi Pak Lah Buat Tari Inang
  • Kenapa Pula Pak Lah Kena Lepaskan Jawatan Presiden UMNO?
  • Informan Dan Pak Lah Di Antara Dengar Fakta Atau Auta

  • InsyaAllah, ada lagi pos diterbitkan di sini kelak...

    0 comments: