Gelombang Rakyat

Boleh Caya Ke Cakap Pemimpin Politit Harga Barang Turun Jumaat?

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Penulis Aktif di TranungKite OnLine ini, juga ialah Penulis Jemputan Dr Sid, di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers.



Entah Lah.

Susah nak percaya cakap pemimpin sejak PRU 12. Bila pemimpin tertinggi tiada kredibiliti, kesannya kepada kabinet menjadi lemah, dan jika posisi nego nya merayu, para peniaga tidak akan turunkan harga barang.

Mungkin Menteri tidak tahu keadaan sebenarnya, harga barang semua naik, semua meningkat. Pihak kerajaan baru nak buat survey.

Laa...selagi survey ini ambil masa 10 tahun ke, selama itu Lah Rakyat menderita.

Tak apa survey Lah seberapa lama yang Kerajaan suka, kami tahu harga barang setiap hari.

Khabarnya harga barang perlu akan turun harga Jumaat ini!

Boleh percaya kah?

Saya tidak percaya bila menteri bercakap, dikhuatiri Cencaru makan Disember kekal jadi Cencaru makan Mac, harga yang diura-ura turun, kekal atau naik.

Kalau Lah dia buat keputusan yang merosakkan keluarganya sendiri, apa kan daya. Dia Ketua Negara. Tetapi bila keputusannya bersama para enggeh sekabinet, maka keputusan itu telah menjejaskan para peniaga.

Lihat Lah, sposen punya pasal, peniaga kerugian dan meminta tuntutan sejumlah RM 41 Juta, kepada Kementerian Banyak Wang.

Jika kerajaan tak mahu bayar, para peniaga akan loading, maka Rakyat yang sudah teruk kewangannya, kena tanggung Lah RM 41 Juta itu.

Lepas itu masih ada pemimpin yang mengaku dirinya macam bagus jer.

Rasanya ikut Cik Gu Kata Tak Nak, tender sahaja Lah mereka ini semua.

Adeh!!!

...

Berkaitan:

BERNAMA Reports:

October 22, 2008 16:50 PM

Announcement On Price Reduction For Consumer Products On Friday - Shahrir

PUTRAJAYA, Oct 22 (Bernama) -- In line with Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi's call to industries to reduce prices of commodities and oil, consumers can expect a reduction in prices of essential products by Friday..

...The 3,200 petrol station operators had claimed that the 10 sens reduction in oil prices by the government on Oct 15, had resulted in loses amounting to RM41 million.
Keputusan seterusnya yang merugikan, silakan...

1 comments:

Anonymous said...

KAT MELASIA, BARANG NAIK MEMANG BULEH CAYA. BARANG TURUN MUNGKIN SIKIT2 TAPI BILA NAIK BANYAAAK, BANYAAAK.

BILA BARANG NAIK, MESTI ORANG BESAR CAKAP ITU SUDAH TREN DUNIA GLOBAL. HARGA BARANGAN GLOBAL SUDAH MENINGKAT BERGANDA2 KITA MENGAMALKAN DASAR LANGIT TERBUKA, MAKA TENTULAH KITA KENA BERSEDIA UTK BERSAING DIPERINGKAT ANTARABANGSA. NAH TENTULAH KITA KENA MEMBAYARNYA DG HARGA YG ORANG LAIN BAYAR JUGA.

BILA HARGA BARANG DUNIA SEMUA SUDAH TURUN TERMASUK PETROLEUM DAN MINYAK SAWIT MAKA PARA PEMBESAR NEGARA MUNGKIN AKAN MENGUMUMKAN SEDIKIT SEDIKIT DAN KADANG KADANG PENURUNAN HARGA BARANGAN.

ALASAN DIBERIKAN LAGI DAN SUDAH TENTU AMAT MENASABAH YAKNI DIMELASIA KAEDAH PENURUNANNYA ADA SEDIKIT BERBEZA SEBAB BILA NAK TURUNKAN HARGA BARANG KENA BAWAK KE MESYUARAT KABINET DAN TUNGGU JEMAAH MENTERI LULUSKAN BARULAH BOLEH LULUS. OLEH ITU JIKA PARLIMEN TIDAK BERSIDANG MAKA HARGA TIDAK BOLEH DITURUNKAN SESUKA HATI SEBAB ITU MELANGGAR PERATURAN TUAN PUNAHSIHAT.

TUNGGU PUNYA TUNGGU, HARGA BARANG NAIK SEMULA, MAKA TAK JADILAH TURUN HARGA. BEGITU LAH JADINYA SEPANJANG MASA DI BUMI MELASIA INI.

CUMA YG MUNGKIN TAKNAIK NAIK TENAGA YB2 UMNO KITA SAHAJA LAH WALAUPUN NAFSU TU TAK PERNAH TURUN2.

TAK CAYA? TANYALAH ANAK MARICAN YG KAWIN DG ARTIS TU...SIAP NAK BERTANDING TIMBALAN KETUA PEMUDA LAGI....SEKOLAH ARAB, MASUK UIA, PERANGAI.....ISK...ISK....