Lawak UMNO - Panjang Ke Pendek...!
Zubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Penulis Aktif di TranungKite OnLine ini, juga ialah Penulis Jemputan Dr Sid, di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers.
Urgent kah?
Bos panggil mereka hadir, di penghujung Syawal ini. Hari Raya pertama, Bos dah buat kat hotel. Kemudian beberapa kali buat lagi, tapi di rumah Bos pulak. Maklum Lah, Bos masuk bertanding kali ini, dan mengharapkan pencalonan.
Namun kali ini mesyuarat bermula lewat, jadi tempat yang sepatutnya di hotel telah dibatalkan, maka buat di rumah Bos sekali lagi. Dan kali ini mereka masing-masing berpakat membawa isteri bersama. Maklum Lah, orang perempuan..isteri, mereka kini sering curiga. Sebab ada beberapa kes berlaku - meeting meeting youthink Ithink terus dating. Lepas itu parting.
Di rumah Bos, yang lelaki di ruang tamu sebelah depan, dan yang perempuan di ruang tamu bahagian tengah.
Mesyuarat pun bermula. Setelah beberapa lama kedengaran Lah suara mereka.
Bos: Kesimpulannya apa? Saya mengaku, panjang. Awak semua macam mana, mengaku Lah, panjang ke pendek. Biar kita terus terang sahaja.
Ahli 1: Saya mengaku, panjang.
Ahli 2: Saya pun, panjang.
Ahli 3: Saya pula pendek.
Ahli 4: Sama. Saya setuju, pendek jugak.
Bos: Ahli yang lain macam mana? Kita undi ya, siapa kata panjang angkat tangan dan kemudian siapa kata pendek, angkat tangan, kita kira majoriti. Kamdian saya akan nyatakan kepada Presiden, panjang atau pendek, dan saya kemukakan nanti kepada Naib Presiden keputusan kita, sama jugak yakni sama ada panjang atau pendek.
Mereka pun mula mengundi.
Di sebelah...
Isteri Bos: Jadi macam mana selera kita sebenarnya?
Isteri Ahli 1: Saya memang suka panjang. Tapi dapat pendek. Apa boleh buat. Terima sahaja Lah.
Isteri Ahli 2: Sama Lah kita ya. Harapkan panjang, tapi dapat yang pendek pulak.
Isteri Ahli 3: Saya terbalik pulak. Saya suka yang pendek, tapi dapat yang panjang. Apa lagi, berbelit Lah jawabnya. Nak potong, sayang. Boleh lilit, maka lilit. Dah dapat yang panjang, begitu Lah.
Isteri Ahli 4: Sama. saya dapat punya Lah panjang. Dua kali ganda panjangnya dari ukuran biasa. Puas itu memang puas, kata orang alah membeli menang memakai.
Mereka ketawa berdekah-dekah...
Beberapa lama, malam sudah lewat, mesyuarat pun sudah tamat. Tetamu pun beredar pulang ke rumah masing-masing.
Bos ke dapur, isterinya mengekori...
Isteri Bos: Awak nii memang tak senonoh. Apa yang awak cakapkan tadi pada ahli mesyuarat? Orang lelaki kalau dah berjumpa itu Lah ceritanya. Panjang pendek. Apa? Awak tak usah tipu mereka. Awak kata awak mengaku panjang, tapi saya yang tahu panjang atau pendeknya.
Bos: Apa yang awak cakap nii?
Isteri Bos: Tadi saya dengar awak mengaku, panjang!
Bos: Ooo awak salah faham tuu, kami bincang mengenai tempoh berkempen. Disember 2008, atau Mac 2009. Muhyiddin kata tempoh itu panjang. Zul Hasnan pulak kata, tempoh itu pendek.
Isteri Bos: Ooo gitu, saya ingatkan apa tadi. Tempoh berkempen rupanya...
Bos: Awak pun sama. Tak senonoh. Dengan isteri dia orang bukan main lagi. Dedahkan suami masing-masing punya. Panjang pendek. Awak tak malu ke?
Isteri Bos: Awak pun salah sangka. Kami cerita pasal tudung kepala!
...
Kuang! Jong!! Dong!!!
Pembaca ingat, apa?