Gelombang Rakyat

Kepemimpinan Najib Mula Tunjuk Simptom KePakLahan

Penulis:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin

Pos # 83

Di TranungKite OnLine:



Najib Mula Tunjuk Simptom KePakLahan Maka Anwar & Pakatan Rakyat Siap Sedia

Dilulus terbit pada Saturday, October 11 @ 20:04:03 MYT oleh TokPenghulu
Pendapat Oleh zublizainordin

"

aPada mulanya agak sukar untuk membaca Mohd Najib Abdul Razak sepenuhnya sebagai pemimpin.

Mujurlah ada Pemilihan Pemimpin Tertinggi di peringkat UMNO Bahagian. Maka dapat kita sama-sama lihat Mohd Najib Abdul Razak sudah mula tunjuk simptom KePakLahan.

Dengan demikian apa yang telah dimulakan pada 16 September 2008, ini Kachang Puteh saja, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sudah boleh pada bila-bila masa membentuk Kerajaan Malaysia baru dan mengangkat Perdana Menteri baru, demi keharmonian Rakyat dan kemakmoran Negara Malaysia.



Mohd Najib Abdul Razak, selepas Abdullah Ahmad Badawi, bukanlah pemimpin yang dihajatkan.

Bagaimana?

Apa yang dulu sukar nampak kini bertukar pula menjadi mudah kelihatan? Ya, Mohd Najib Abdul Razak sebagai pemimpin dan kepemimpinannya di Malaysia.

Kepada pemerhati kepemimpinan dan penganalisa politik, terdapat pelbagai cara. Satu daripadanya ialah ambil pemimpin yang paling unggul.

Pilihlah di antara Mahathir Mohamad, Nik Aziz Nik Mat, atau Lim Kit Siang. Saya pilih Mahathir Mohamad.

Kemudian, pilihlah pemimpin paling teruk dan paling buruk. Contoh paling klasik ialah Abdullah Ahmad Badawi.

Sama-sama ambil ketetapan Allah, sebagai panduan untuk menentukan di antara pemimpin yang baik dan pemimpin yang buruk.

Seterusnya jika sudi, sukatlah pula seseorang calon pemimpin, dengan 12 kualiti kepemimpinan yang membezakan di antara mereka itu. Yakni, baik atau buruk.

Dengan yang demikian itu, mari kita perhatikan Mohd Najib Abdul Razak kali ini. Kerana dia macam bagus sahaja, akan naik untuk menggantikan Abdullah Ahmad Badawi.

Bila berlaku begitu kelak, adakah kita akan terus sengsara sebagaimana kita sengsara semasa kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi, atau lebih buruk lagi?

Mampukah Mohd Najib Abdul Razak, menyamai atau menandingi harapan baru bawaan Anwar Ibrahim dan para pemimpin Pakatan Rakyat?

Jelas bahawa, kesukaran sebahagian daripada kita untuk membaca Mohd Najib Abdul Razak, secara total kepemimpinannya, ialah kerana kita berada dan melihatnya dari jauh.

Boleh tapi sukar. Maka semoleknya tapislah maklumat mengenai Mohd Najib Abdul Razak ini, dari perspektif orang yang dekat dan mengenalinya sebagai pemimpin.

Mahathir Mohammad
shaibee.wordpress.com

BERNAMA Melaporkan...

October 08, 2008 20:26 PM

Asked to comment on Datuk Seri Najib Tun Razak as the possible prime minister, Dr Mahathir said he was not impressed with Najib's performance as deputy prime minister now.

Dr Mahathir described Najib as an incompetent deputy prime minister because the latter did not have his own stand and was always following Abdullah's advice, hence Najib needed to change when taking over the helm later.

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=363279

Seterusnya...

Anwar Ibrahim
balajoe27.wordpress.com

Suara Keadilan OnLine melaporkan:

Najib akan bawa bencana - Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 8 OKTOBER (SK) - Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim percaya bahawa negara akan terjerumus ke dalam bencana yang besar sekiranya negara ditakbir oleh seorang Perdana Menteri yang bernama Najib Tun Razak.

Menurutnya, Timbalan Presiden Umno itu akan menerus agenda ekonomi pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi yang telah ditolak oleh rakyat Malaysia.

Lagi di sini:

http://www.suarakeadilan.com/

Wartawan dan Blogger

Kita juga boleh memanfaatkan beberapa wartawan, khususnya soalan yang mereka tujukan, dan bagaimana Mohd Najib Abdul Razak menjawab satu per satu.

Mohd Najib Abdul Razak semacam belum mampu memberikan jawapan padu. Seringkali kelihatannya seperti sekadar menyuarakan jawapan yang dipetik dari pemberi maklumat kepadanya. Atau, penasihat. Jelas sekali, nasihat dan maklumat diberikan, dan digunakan oleh Mohd Najib Abdul Razak, telah tersasar. Mungkinkah orang yang sama kini, yang telah berkhidmat dengan Abdullah Ahmad Badawi dahulu.

Dari jawapan ini, kita lihat pula bagaimana beberapa blogger terkenal mengusulkan pandangan jika sekiranya Mohd Najib Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia kelak.

Setelah ditinjau setakat ini, termasuklah perihal kewangan, keharmonian kaum, menangani hindraf, tahan I.S.A., jelas bahawa pandangan blogger sekadar pengikut sahaja namun jauh lebih bermutu daripada pandangan seorang pemimpin, khususnya Mohd Najib Abdul Razak.

Pak Lah Digantikan Najib Lah

Pun begitu, dari aspek tertentu boleh dilihat bahawa Mohd Najib Abdul Razak ada sedikit kebaikan, namun dari aspek dirinya sebagai pemimpin dan potensi kepemimpinannya, kelihatan dia saling tak tumpah seperti Abdullah Ahmad Badawi.

Pada saat dan ketika Mohd Najib Abdul Razak menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia kelak, InsyaAllah, Rakyat Malaysia melihat tubuh badannya ialah Mohd Najib Abdul Razak, namun tradisinya, semacam Abdullah Ahmad Badawi lah yang masih menerajui negara, kerajaan, gabungan, dan parti.

Sementara di pihak Mohd Najib Abdul Razak mereka boleh mempertimbangkan pemimpin yang sebenar, namun para pemimpin ini masih tidak dipeduli, sedangkan sebilangan kecil mereka ini jauh lebih baik dari kedua-dua pemimpin tertinggi yakni Abdullah Ahmad Badawi, dan Mohd Najib Abdul Razak.

Seterusnya, ambillah Lim Guan Eng, dan Nurul Izzah Anwar sebagai pemimpin teladan. Manakala, kita sedang melihat para pemimpin yang sedang dicalonkan di peringkat UMNO Bahagian. Maka, ramai pemimpin yang sedang berebut jawatan sekarang ini, apakah mereka bersih dan kelihatan bersih, umpamanya dari gejala politik wang, atau rasuah, yang telah menjadi amalan budaya dalam parti mereka.

Harapan Perubahan

Dengan fahaman demikian, masih jelas bahawa apa yang telah dimulakan dan bertitik tolak pada 16 September 2008, maka Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat masih mampu berkhidmat sebagai kerajaan dan kepemimpinan yang lebih terpuji. Ya, jauh lebih terpuji daripada Mohd Najib Abdul Razak dan Barisan Nasional.

Lantaran itu, semarakkanlah kembali pembentukan kerajaan baru Pakatan Rakyat, dan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-6, atau yang baru, demi keharmonian Rakyat dan kemakmoran Negara Malaysia.



Rujukan:

http://atotalblog.wordpress.com/2008/10/10/pru12-pak-lah-lost-penang-pru13-najib-to-lose-pahang/

http://atotalblog.wordpress.com/2008/10/09/change-in-malaysia-the-hope-now-is-still-anwar-pr/

http://satublogtotal.blogspot.com/2008/10/lawak-tp-umno-meneruskan-tradisi.html "


Last 10 News Submissions sent by zublizainordin:
  • Najib Mula Tunjuk Simptom KePakLahan Maka Anwar & Pakatan Rakyat Siap Sedia
  • Pak Lah Ibarat Buah Busuk Yang Tak Gugur-gugur
  • Pengumuman Pak Lah 8 Oktober 2008 Kita Dipermainkannya Tarian "Gohead-Gosta
  • Tersasarnya Mentafsir Sasaran Pak Lah Barbanding Anggapan Orang Lain
  • Pak Lah Teka Teki Kemudian Bersara Awal Pun Tak Jadi...
  • Pak Lah Belumpun Umum Secara Rasmi Para Pemimpin UMNO Sudah Mula Tawar Diri
  • Apa Cerita Zahid Hamidi Tanding Timbalan Presiden UMNO?
  • Apa Mesej Zahid Hamidi Bertanding Timbalan Presiden UMNO?
  • Misteri Pertukaran Portfolio Di antara Pak Lah & Najib Mula Terungkai?
  • Masih Berhelah Maka Sukar Untuk Dipercayai Pak Lah Bersara Awal...

  • InsyaAllah, ada lagi pos diterbitkan di sini kelak...

    0 comments: