Lawak TP UMNO - Meneruskan Tradisi Presiden
... Najib Dan Abdullah tunkuaisha.blogspot.com |
Dapat pulak Timbalan Presiden yang tidak mahu berterus terang, dan sentiasa hendak menjaga hati Presiden.
Presiden pulak sampai ke sudah, cukup layu bila hatinya dijaga begitu.
Maka terjadi Lah, lawak ini.
Sekadar berhibur sahaja ya.
Begini agaknya.
...
Semua mata tertumpu kepadanya. Mata bulat, mata sepet, mata cemeh, mata bertaik mata, mata-mata, pendek kata panjang pun kata, semua mata merenungnya kini.
Molek bersongkok, tertib duduknya, sentiasa tersenyum pula, dan kemas berbaju Melayu warna merah jambu, dia duduk tenang di sebelah Presiden.
Kemudian dengan tenang dikeluarkannya sehelai kertas dari poket baju Melayunya, dan meletakkanya rata di atas meja. Sedia untuk dibaca.
Wartawan 1: Presiden, boleh kami tanya soalan kepada pengganti anda sekarang?
Presiden: Boleh, tapi sebelum saya lupa, ini kata akhir dan kata tegas dari saya hari ini. I will NOT Shut Up!
Wartawan 2: Baik Lah, boleh tolong shut up tak sekarang, sebab kami nak tanya soalan kepada pengganti anda pulak?
Presiden: Baik Lah. Saya shut up sekarang.
Timbalan Presiden: Sebelum sesiapa bertanya, saya tidak akan extemperanous ya, jadi saya ingin membaca teks yang telah saya sediakan ini ya. Saya seperti Presiden juga, kami khuatir, nanti lain yang kami cakap lain pulak anda tulis. Jadi akhbar boleh terus cetak sahaja apa yang kami masing-masing telah tulis ya.
Timbalan Presiden berbisik kepada Presiden. Timbalan Presiden memberi isyarat keluar kepada para pemimpin lain. Tetapi tidak seorang pun yang berganjak.
Timbalan Presiden: Baik Lah. Saya sebenarnya ingin berdepan dengan wartawan sahaja ya pagi ini. Saya telah meminta Presiden dan para pemimpin lain supaya meninggalkan dewan ini. Malangnya Presiden dan mereka semua enggan keluar. Kalau begitu, tak apa Lah.
Timbalan Presiden memberikan isyarat kepada pegawainya. Sambil itu dia melipat kertas tadi, dan memasukkannya kembali ke dalam poket Baju Melayunya. Pegawainya menghulurkan satu teks lain.
Timbalan Presiden: Baik Lah. Saya bacakan teks yang telah saya sediakan ini ya.
Timbalan Presiden membaca teksnya selama 1 jam. Ucapannya hanya menyentuh perihal Meneruskan Tradisi Presiden.
Timbalan Presiden: Saya buka untuk soalan sekarang ya.
Wartawan 1: Apa perubahan yang anda nak lakukan dalam parti setelah menjadi Presiden kelak?
Timbalan Presiden: Tidak ada apa-apapun perubahan yang akan saya lakukan. Saya tetap akan meneruskan tradisi Presiden.
Wartawan 2: Adakah ini bererti stail kepemimpinan anda kelak sebagai Presiden, sama dengan Presiden sekarang?
Timbalan Presiden: Ya, sama.
Wartawan 27: Tidor pun sama jugak kah?
Timbalan Presiden: Ya, sama. Saya tetap meneruskan tradisi Presiden.
Kuang! Kuang!! Kuang!!!
Banyak lagi gambar para pemimin parti yang meneruskan tradisi Presiden di sini:
http://atotalblog.wordpress.com/2008/07/09/abdullah-ahmad-badawi-kepimpinan-melalui-tidor/