Gelombang Rakyat

Kisah Kerusi Perdana Menteri Malaysia

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.


Telah terbit di TranungKite OnLine:
.
Pos # 85

Kerusi Perdana Menteri Malaysia Apakah Kisahnya Terkini?
Dilulus terbit pada Friday, October 17 @ 08:36:37 MYT oleh TokPenghulu
Komentar Oleh zublizainordin

" Apa juga topik hangat yang membahangkan politik tanahair, namun pemimpin dan juga kepemimpinan, khususnya kerusi Perdana Menteri Malaysia, seringkali menjadi topik pilihan utama kerana kaitannya dengan kemajuan Rakyat dan kemakmoran Negara Malaysia.

Apakah kisahnya sehubungan Perdana Menteri Malaysia yang menjadi keprihatinan atau kerisauan ramai? 5 tokoh yang menjadi tumpuan...

Meliputi perihal:

* Perdana Menteri Malaysia, yang disebut mantan,
* Perdana Menteri Malaysia yang bakal bersara,
* Perdana Menteri Malaysia yang mungkin pengganti sekejap,
* Perdana Menteri Malaysia yang mungkin kejutan naik cepat,
* Perdana Menteri Malaysia, yang menunggu,
* Perdana Menteri Malaysia, yang semacam tak menjadi-jadi pun, dan
* Lain-lain yang berkaitan.

Entah kenapa, Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimin, dia serba tak kena. Macam-macam dia nak buat. Masa cukup panjang. Namun sebagai pemimpin yang inginkan legasinya sendiri, kesilapannya ialah semacam merungkai legasi pemimpin terdahulu.

Bila gagal setelah PRU 12, ingatan ramai ialah kaitan kepemimpinannya dengan kenaikan harga petrol dan diesel yang serta-merta dan mendadak, namun turunnya perlahan dan berdikit-dikit.

Setelah diasak dan didesak dari dalam dan luar parti, dibayangkan persaraannya awal, yang masih diragui. Dalam tempoh yang pendek ini, semacam mahu dilakukan apa yang tidak dilakukan dahulu.

Kemudian, dalam inginkan satu impak besar sebelum bersara, apa yang dilakukan bukanlah melihat projek yang telah dirancang menjadi kenyataan dan memanfaatkan Rakyat dan Negara Malaysia, sebaliknya melihat kembali projek ini dan sama ada membatal, menangguh atau menundanya.

Jika demikian, sebagai pemimpin bertaraf Perdana Menteri Malaysia, jelas bahawa, Abdullah Ahmad Badawi, tidak berguna lagi.

Maka moleklah jika ada usaha supaya apa yang awal pada keinginan Abdullah Ahmad Badawi itu, maka persaraannya diawalkan lagi tarikhnya. Tambahan pun, dia telah bertempoh sekian lama, sedangkan semoleknya dia telah pun bersara pada 9 Mac 2008 yang lalu.

Ketika ini muncul pula nama Mohd Najib Abdul Razak.

Sudah ramai jumlah Menteri yang menjauhi Abdullah Ahmad Badawi yang mula mendekati Mohd Najib Abdul Razak.

Serta, sudah mula ahli perniagaan meninggalkan Abdullah Ahmad Badawi, sementara kelompok baru mula merapati Mohd Najib Abdul Razak.

Termasuklah mereka yang sedang mengenalpasti siapa yang molek sebagai jambatan penghubung di kalangan orang tersayang, pegawai, atau kenalan rapatnya. Apatah lagi insan seperti Mohd Saiful Bukhari Azalan pun, berpeluang bertemunya melalui pegawainya. Justru ahli perniagaan diibaratkan sedang mencari lubang dan merintis jalan, supaya dampingan dengannya menghasilkan kemewahan.

Pun begitu, ada pihak yang mahukan Abdullah Ahmad Badawi bersara paling awal. Maka ada pula pihak yang mahukan Mohd Najib Abdul Razak tidak berpeluang langsung mengganti Abdullah Ahmad Badawi. Jika jadi juga, maka Mohd Najib Abdul Razak akan jadi Perdana Menteri Malaysia yang sekejap sahaja.

Kini pendedahan demi pendedahan sedang rancak berlangsung. Bukan mudah Mohd Najib Abdul Razak menepisnya.

Ketika akrab Mohd Najib Abdul Razak dan Abdullah Ahmad Badawi, dan kedua-duanya sudah semacam kembaran, dan pengesanan simptom KePakLahan, maka usah terkejut dengan pertemuan Mohd Najib Abdul Razak dengan Doktor Politik, yakni Mahathir Mohamad.

Mahathir Mohamad tahu bahawa orang melihat Muhyiddin Yassin sebagai pemimpin yang lebih berwibawa.

Kita akan lihat usaha pihak tertentu sedang rancak dijalankan supaya Muhyiddin Yassin sampai juga ke puncak, duduk di kerusi Perdana Menteri Malaysia. Maka jadilah dia pemimpin fokus yang mengejutkan.

Semua ini, adakah pencorakan Mahathir Mohamad, yang kelihatan semakin aktif di arena politik tanahair? Cantik aturannya:

* Perdana Menteri Malaysia sekarang keluar sebagai pesara;
* Perdana Menteri Malaysia pengganti yang baru naik sekejap sahaja;
* Perdana Menteri Malaysia lain naik secara mengejut; serta,
* Mantan Perdana Menteri ini kembali sebagai Perdana Menteri sebenarnya, lantaran Perdana Menteri Malaysia yang sedia ada, adalah boneka semata-mata!

Mahathir Mohamad -
Foto Oleh Choo Choy May





Dengan pencorakan sedemikian, sambil mengekang kemaraannya, mungkinkah pula secara tiba-tiba Anwar Ibrahim yang muncul sebagai Perdana Menteri Malaysia. Anwar Ibrahim telah dikatakan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang menunggu. Kinikah gilirannya sudah tiba?

Apakah pula yang telah terjadi dengan Tengku Razaleigh Hamzah, yang telah menawarkan diri untuk berbakti, lalu mahukan pencalonan yang mencukupi dari UMNO Bahagian, supaya dia dapat bertanding jawatan Presiden UMNO, yang lazimnya menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia.

Sama-sama kita saksikan seterusnya, apa yang bakal berlaku, perihal siapa yang duduk di kerusi Perdana Menteri Malaysia.

Rujukan:

http://atotalblog.wordpress.com/2008/10/16/why-government-relooking-and-shelving-projects/

http://combinedforces.blogspot.com/2008/10/pm-kini-keluar-pm-baru-naik-pm-lama.html

http://satublogtotal.blogspot.com/2008/10/lawak-pm-baru-lama-nak-selamatkan-siapa.html
"
Last 10 News Submissions sent by zublizainordin:
  • Kerusi Perdana Menteri Malaysia Apakah Kisahnya Terkini?
  • Pak Lah Cakap Peniaga Nak Dengar Kah?
  • Najib Mula Tunjuk Simptom KePakLahan Maka Anwar & Pakatan Rakyat Siap Sedia
  • Pak Lah Ibarat Buah Busuk Yang Tak Gugur-gugur
  • Pengumuman Pak Lah 8 Oktober 2008 Kita Dipermainkannya Tarian "Gohead-Gosta
  • Tersasarnya Mentafsir Sasaran Pak Lah Barbanding Anggapan Orang Lain
  • Pak Lah Teka Teki Kemudian Bersara Awal Pun Tak Jadi...
  • Pak Lah Belumpun Umum Secara Rasmi Para Pemimpin UMNO Sudah Mula Tawar Diri
  • Apa Cerita Zahid Hamidi Tanding Timbalan Presiden UMNO?
  • Apa Mesej Zahid Hamidi Bertanding Timbalan Presiden UMNO?

  • Tambahan:
    kluangman said...

    Perdana Menteri Tertinggal Giliran - Anwar Ibrahim
    Perdana Menteri Kempunan Jawatan - Musa Hitam
    Perdana Menteri Tak Sempat Jawatan ( Dirompak Jawatan)- Allahyarham Tun Ghafar Baba (semoga rohnya dicucuri rahmat Allah s.w.a)


    InsyaAllah akan terbit lagi artikel di sini kelak...

    2 comments:

    Quantum Metal Consultant said...

    Perdana Menteri Tertinggal Giliran - Anwar Ibrahim
    Perdana Menteri Kempunan Jawatan - Musa Hitam
    Perdana Menteri Tak Sempat Jawatan ( Dirompak Jawatan)- Allahyarham Tun Ghafar Baba (semoga rohnya dicucuri rahmat Allah s.w.a)

    Gelombang Rakyat said...

    Betul Kluangman,

    Semua ini pelajaran untuk kita semua...