Gelombang Rakyat

Lawak PM Bakal Bersara Dan Bakal Pengganti - Nak Selamatkan Siapa?

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.


Diharapkan semua pemimpin di Malaysia aman, sihat, dan sejahtera juga, adanya.

Namun malang tidak berbau. Bagaimana kalau terjadi serentak ke atas Bos Nombor 1 Dan Bos Nombor 2. Adakah hospital kita cukup bersedia?

Entah Lah.

Di sini sekadar berhibur sahaja.

Jangan marah aargh...

Begini.

...

Dua buah ambulans dikejarkan ke PutraJaya. Bilik mesyuarat jadi tumpuan. 2 Stretcher ditolak laju ke bilik mesyuarat tersebut. Bos nombor 1 dan Bos nombor 2, didapati terlentang di atas lantai. Masing-masing diangkat ke atas stretcher. Terus, ditolak laju ke ambulans. Deretan polis bermotor sudah pun siap sedia mengiringi. Bunyi siren mengaum, dan semua bergegas ke hospital berdekatan. Beberapa pegawai tertinggi mengekori dengan 3 kenderaan rasmi.

Di hospital semua sudah siap sedia. Sebaik sahaja kedua-dua stretcher yang membawa 2 Bos berkenaan tiba, terus ditolak laju ke wad 1 dan wad 2. Pakar perubatan dan doktor masuk, sebahagian ke wad 1 dan sebahagian lagi ke wad 2.

Di luar wad.

Ketua 1: Macam mana boleh jadi begini?

Setiausaha: Entah Lah Bos. Mereka sedang mesyuarat Kewangan sama Pertahanan serentak. Tiba-tiba, dua-dua bos dapat SMS serentak pulak. Terus, masing-masing minta lap top akses Internet. Mereka klik dan baca informasi dan tengok gambar di satu blog politik. Serta-merta kedua-duanya pengsan. Terus terlentang atas lantai. Saya pun panggil ambulans. Begitu Lah, ringkasnya...

Seorang Doktor keluar dari wad 1 dan seorang lagi dari wad 2. Mereka berbincang, dan bertemu dengan Setiausaha dan beberapa pegawai lain, yang hadir di luar wad.

Doktor 1: Kedua-duanya kritikal. Kami sedang cuba sedaya upaya. Kami akan cuba selamatkan kedua-duanya, InsyaAllah. Namun, ada berita tidak baik, mungkin kami dapat selamatkan seorang sahaja. Sebab peralatan di sini tidak cukup. Jadi, apa pandangan anda semua. Nak selamatkan siapa?

Setiausaha: Saya sudah hantar alert kepada semua yang berkenaan. Sekejap lagi mereka sampai, dan beri kami masa 5 minit, dan kami akan mesyuarat dan buat keputusan.

Doktor 2: Baik Lah. Tapi segeranya, masa amat suntuk. Beritahu kami, siapa yang diberikan keutamaan untuk diselamatkan...

...

Siapa Kah yang akan disebut dalam mesyuarat ini kelak?

Jika anda kebetulan seorang daripada ahli mesyuarat ini, siapa pilihan anda?

InsyaAllah bersambung...

Jeng! Jeng!! Kuang!!!

0 comments: