Lawak Bakal PM - Di Manakah Letak Power nya?
0 Comments
»
PeeYem sekarang sedang uzur. Dia sudah berada dalam keadaan tenat dan kritikal. Seperti seseorang yang sudah terkena tumpuk-tumpuk tahi unta Husin Lempoyang.
Ana
- Husin Lempoyang
- Hehehe. Peniaga unta di Bazaar Baghdad. Pelakun sambilan wayang P Ramlee. Blogger satira blogospera Malaysia.
Ya, PeeYem, dia sedang mengalami period. Satu period dia akan tumbang dari kerusinya. Kenapa? Adakah sebabnya kerana dia sudah lama tidak pergi IKEA beli kerusi baru?
Dulu dia memang Mr Clean. Sekarang dia tidak clean lagi. Kenapa? Adakah sebabnya kerana dia jarang menggunakan serbok pencuci Mr Cleaner?
Semasa duduk di kerusi PeeYem, dia telah hilang harga diri, sama macam turunnya harga minyak petrol dan diesel, sposen campur lima, dan kemudian sposen. Isu itupun dia tidak boleh selesaikan. Adakah sebabnya kerana dia terlalu banyak tidor dari memakmorkan Rakyat dan memajukan Negara.
Maka sampai Lah masanya dia diganti dengan Pee Yem baru.
Calon-calonnya ialah:
Seorang Raja Berjiwa Rakyat
Dan
Seorang Rakyat Berjiwa Raja.
Soalannya ialah, di mana letak Power nya bakal PeeYem ini?
* Di namanyakah?
* Di personalitinyakah?
* Di pangkatnyakah?
* Di jawatannyakah?
* Di autoritinyakah?
* Di hartanyakah?
* Di bininyakah?
* Di anaknyakah?
* Di kapal selamnya kah?
* Di ...
Aih! Berapa banyak kah daa? Yang tak relevan pun masuk juga senarai kah???
Jadi, di mana letak Power nya bakal PeeYem ini?
Al-kisahnya Baginda Sultan pun memanggil Ahlil Nujum Negara Lah.
Ahlil Nujum Pak Belalang ms.wikipedia.org |
Maka setelah ditelek beberapa lama, baru Lah diketahui, bahawa power mereka tidak ada. Kerana power sebenarnya bakal PeeYem, hanya terletak pada sebuah tin. Ya, tin minuman.
Yakni, Power Root.
Aisehman...
Ilham dari sini daa, KAKI SYURGA.
Ulasan serius di sini:10 October 2008
PEMIMPIN MEMIMPIN HARUS DIPIMPIN
Thursday, October 9, 2008
Dimana keistimewaan bakal PM.
Membaca banyak ulasan yang dibuat oleh penganalisa
politik berhubung dengan peralihan kuasa daripada
Pak Lah kepada DS Najib ni memang menarik. Ana
cuma lihat dari aspek kredibiliti mereka yang pergi
dan mereka yang mendatang.
Semasa Pak Lah ambil alih tampuk kepimpinan
daripada Dr M dulu dalam tahun 2003,
beliau memang dipilih oleh Dr M ketika iu atas dasar
Mr Clean dan apabila diadakan PRU pada 2004,
maka ...