Lawak Wanita UMNO - Pilihanmu Pengalaman Comel Setia
Zubli Zainordin
Dua orang mak chik lengkap beryuniporm Wanita UMNO, kelihatan sedang berdebat di antara mereka, berhampiran satu pasar tani di sini, hari ini.
Saya merenung di sekeliling, tak ada pula liputan media. Ini Debat hangat nii.
Orang lalu-lalang cuma menggelengkan kepala.
Saya berminat, jadi saya duduk sebentar memerhatikan mereka. Heran. Hujjah mereka lebih baik daripada debat Anwar-Shabery September lalu. Tetapi kekurangannya ialah tiada moderator dan tiada pakar tanya bertaraf Profesor. Namun, debat mereka hebat!
Topiknya ialah Pemilihan Ketua dan Timbalan Ketua Wanita. Siapa yang layak dicalon? Rafidah Aziz yang berpengalaman, Shahrizat Abd Jalil yang comel lawa, atau Azalina Othman, yang, errr, yang, emm yang, okay Lah, yang setia.
Rafidah Aziz tunkuaisha.blogspot.com |
... Shahrizat Abdul Jalil www.wunrn.com |
Azalina Othman tunkuaisha.blogspot.com |
Bang Mat, jiran, duduk sebelah turut memerhatikan mereka.
Zubli: Siapa depa tu Bang Mat..?
Bang Mat: Zubli tak tahu ke..?
Zubli: Tak. Mereka berdua Ketua Bahagian ke?
Bang Mat: Dak aih, jauh sekali...
Zubli: Ketua Cawangan?
Bang Mat: Bukan...
Zubli: Ahli Wanita Lah juga ya..?
Bang Mat: Pun bukan. Maksudnya sekarang, dak. Mungkin dulu, ya gitu Lah...
Zubli: Habis itu, siapa depa tu Bang Mat..?
Bang Mat: Bila musim politik hangat, macam laa nii Lah kan, mereka berdua jadi macam ini Lah. Dulu depa aktif politik. Zaman lama dulu-dulu laa. Lepas itu, sesuatu terjadi, wayar depa syot. Dua-dua mereng. Berubat merata. Baik sembuh pulih itu sudah ada nampaknya, tapi bila musim begini, musim politik, depa naik biol semacam. Itu Lah jadinya, debat Lah, mesyuarat Lah, main masak-masak, macam-macam. Ada beberapa kali depa bergomoi, sinsing-sinsing lengan, selak-selak kain...
Zubli: Selak...
Bang Mat: Baru ja sat tadi aku kata, Zubli tengok depa dah start selak...
Di sekeliling, kami berdua sahaja penonton tadinya. Kini dipenuhi lain-lain penonton. Ramai, macam beratus ribu jumlahnya.
Adeh!