Gelombang Rakyat

Lawak Beruk - Memahami Pasaran Saham

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Penulis Aktif di TranungKite OnLine ini, juga ialah Penulis Jemputan Dr Sid, di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers.



Siapa tahu kat mana ada banyak Beruk?

Kat hutan?

Iye ker?

Dulu ada pemimpin gelar bloggers, beruk. Ke Monyet? Entah Lah, ketika itu saya blogging di tempat lain, bucu bloggosphere sebelah barat.

Tapi kalau bloggers beruk, kenapa pula pemimpin yang kata dan pemimpin yang lain turut blogging jugak?

Baiklah, pasaran saham sukar difahami. Namun ada blogger yang menggunakan Beruk sebagai contoh, supaya ramai yang faham.

Begini

...


Suatu hari ahli perniagaan telah pergi ke sebuah kampung pinggir hutam, di mana ramainya adalah petani.

Ahli perniagaan itu mengumumkan, "Berhentilah bertani, tidak menguntungkan. Sesiapa boleh tangkap Beruk hutan, saya beli dengan harga RM 100 seekor".

Apa lagi, seronok Lah petani di kampung itu. Jika bertani, nak pada RM 10 pun payah. Maka mereka pun mula menangkap Beruk di hutan dan menjualnya kepada ahli perniagaan itu.

Tetapi jumlah Beruk semakin berkurangan. Susah untuk mendapat hasil jualan Beruk, para petani kembali bertani.

Ahli perniagaan mengumumkan, "Sesiapa boleh tangkap Beruk, saya beli harga lebih tinggi, yakni RM 200".

Mendengar itu, maka para petani kembali pergi ke hutan menangkap Beruk. Kali ini keuntungan berganda.

Sekali lagi jumlah Beruk berkurangan. Para petani kembali bertani.

Ahli perniagaan itu kembali dan membuat pengumuman, "Sesiapa boleh tangkap Beruk, saya beli dengan harga paling tinggi, yakni RM 1,000 seekor".

Para petani merasa seronok. Ahli perniagaan itu menyambung, "Saya ada urusan di Bandar, maka ini Pembantu Kanan saya, kamu semua boleh berurusan dengannya".

Ahli perniagaan itu pun beredar.

Keesokan harinya, Pembantu Kanan itu datang membawa Beruk yang telah Bosnya beli dari para petani itu, lalu mengumumkan, "Sekarang susah nak tangkap Beruk di hutan. Begini Lah. Awak semua boleh beli semua Beruk ini dengan harga RM 750 seekor. Nanti bila Bos saya Ahli Perniagaan datang setelah selesai urusan, boleh Lah kamu semua jual kepadanya dengan harga RM 1,000..."

Mendengar itu, para petani pun mengeluarkan simpanan dan ada pula yang bergolok bergadai dan dengan perolehan wang telah membeli semua Beruk tersebut.

Pembantu Kanan Ahli Perniagaan itu pun beredar.

Sehari, dua hari, tiga hari, para petani menunggu hendak menjual Beruk, tetapi itu Lah kali terakhir mereka melihat Ahli Perniagaan itu dengan Pembantu Kanannya.

...

Kuang! Keruk!! Kerik!!!

Ilham Dari:

Blog Comedy Plus

2 comments:

Anonymous said...

Ha ini idea yang paling bernas pernah saya baca. Memang anda boleh dilantik menjadi tuan penasih dan mendapat komisyen 25%. Tentu sdr Hussin Lempoyang akan tumpang gumbira bila mengetahui anda sudah dilantik menjadi penasihat kerana kebijaksanaan anda itu.

Lalu ada pula satu sahibul hikayat yg turut turut menurunkan cerita Abu Hassan sipencuri tentulah anda juga maklum tentang ceritanya. Tetapi ada satu cerita yg paling syiok sekali yakni cerita si mat jenin. Mungkin anda ada versi yang baik utk cerita ini utk diperturunkan dalam blog anda. itupun hanya cadangan saya sahaja.

Gelombang Rakyat said...

Betul. Sebab pernah beri latihan kepada warga bernas.

Husin Lempoyang itu, saudagar unta. Saya Saudagar minyak. Kami sebiznes.

Abu Hassan kurang ingat, kecuali yang top kat Selangor dulu.

Mat Jenin versi moden boleh ajer di muat kat sini.

Kita tunggu pemimpin kuat tidor belah dahulu...

InsyaAllah.