Gelombang Rakyat

Perbezaan Harga Eurocopter Brazil Malaysia Err Bukan Menteri Yang Jelaskan..!

Saturday, October 18, 2008

Tak Kan Kot - EuroCopter Sama, Brazil Beli RM 83 Juta, Malaysia Beli RM 193 Juta

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Penulis Aktif di TranungKite OnLine ini, juga ialah Penulis Jemputan Dr Sid, di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers.



Impossible!

Mungkin telah berlaku bahawa Brazil nego untuk dapat harga diskaun. Kita, banyak duit tidak perlu diskaun sedemikian.

Barangkali, Brazil membelinya sebelum dicat. Kita beli dengan spec yang lengkap.

Tak kan lah ada sesiapa ambil komisyen sampai RM 110.28 Juta.

Possible?

Masih bersangkutan pendedahan:



.
.
.
.
.
.
.
.

Entah Lah, masih dok tunggu Menteri berkenaan jawab.

Sementara itu, ini yang bukan Menteri jelaskan...

...

Tuan Zubli,

Cakap jangan sebarang cakap, tuduh jangan sebarang tuduh. Kerajaan Malaysia ada PAC lepas tu ada jawatankuasa tender lagi, lepas tu ada Kementerian Pertahanan lagi, lepas tu ada Menteri Pertahanan lagi, lepas tu ada Menteri kewangan lagi, lepas tu ada Menteri Perdana lagi. Habih semua menteri2 tu apa gunanya? Jawatankuasa2 dan ahli2nya tu apa pekdahnya?

Oleh itu, cuba berfikir secara waras, jangan main hentam keromo ja. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Takkan la diorang tu tak sekolah dan tak faham prosedur kan?

Selain dari itu, agaknya pakej kita tu tak dibayar tunai tapi dibayar dengan minyak kelapa sawit. takpun tentu dibayar guna minyak gamat atau tongkat ali tak?

Jadi tentunya harga yang ditawarkan mestilah berbeza. Dalam pada itu, kita pun agaknya dapat spesial pakej, dg latihan, dg peralatan ganti, dg tong duit dan sebagainya.

Oleh itu tak baik dan tak saksama membuat perbandingan dg harga belian Brazil tu. Sebab Brazil mana ada ahli politik dan birokrat hebat2 macam Malaysia. Sbb tu harga diorang tu low class.

Kita patut merasa bangga sebab negara berjaya membeli helikopter berkenaan dg harga TERTINGGI didunia.

Tentu kita amat yakin dg slogan MALAYSIA BOLEH @ THE CAN DO LAND

...

Adeh!

0 comments: