Gelombang Rakyat

Lawak Di Blog Paneh Miang Dan Satu Blog Total

Penulis:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin

Saya membaca satu dari beberapa lawak di Blog Paneh Miang. Bestnya. Ingat tidak, restoren yang letak papan tanda, "Dilarang membawa dan makan di sini makanan dari luar".

Begini...


Laughter Is The Best Medicine

Sandwich


Zainal dan Ahya (keduanya bukan nama sebenar) pergi ke sebuah kedai makan untuk memesan minuman. Setelah pesanan sampai, mereka mengeluarkan sandwich yang dibawa dari rumah masing-masing dan bersedia untuk makan. Pemilik kedai yang dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka seraya berkata,

Pemilik kedai: Maaf encik, anda tidak dibenarkan makan sandwich anda sendiri di sini!


Zainal dan Ahya berpandangan sambil mengangkat bahu. Mereka menukar sesama sendiri sandwich masing2 dan terus saja makan..!


fWuakakah...


Maka teringat saya kepada lawak yang pernah terjadi kepada rakan dan saya sendiri, di sebuah hotel di Kuala Terengganu. Semasa itu, rakan dan saya, kami check in, double-bed room, dua hari dua malam.

Syoknya keesokannya dapat makan free.

Lepas makan, kami ke counter.

Saya tanya kepada counter girl. Kupun makan free untuk esok, mana?

Jawabnya, tiada.

Saya tanya kenapa?

Jawabnya kupun itu dikhaskan untuk orang yang baru check in sahaja. Oleh kerana kami check in 2 hari 2 malam sekaligus, maka dapat kupun hari pertama, tetapi hari kedua tidak dapat kupun.

Rakan saya tanya, kami check out sekarang lepas itu check in balik, dapat tidak kupun hari kedua?

Dia pun pening, dan berkata, itu kena tanya manager. Kami suruh dia panggil, dan manager datang.

Kata manager itu kepada counter girl, beri kupun kepada tuan-tuan ini.

Manager itu beritahu kami, saya dah dengar tadi perbualan tuan-tuan, maaf ya, ini bos baru kat atas, buat polisi.

fWuakakah..!

0 comments: