Lawak Gomen - Doa Semasa Retreat UMNO
Zubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Penulis Aktif di TranungKite OnLine ini, juga ialah Penulis Jemputan Dr Sid, di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers.
Macam-macam gaya orang berdoa ya? Tetapi kenapakah ada pemimpin yang berdoa lain macam ajer semasa Retreat dahulu...
Di suatu waktu, selepas senja...
Ada dua tiga pemimpin yang berdoa begitu lantang dan suaranya cukup kuat...
Pemimpin A: "...dan kurniakan Lah kejayaan kepadaku menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia Mac 2009 ini..."
Pemimpin B: "...dan belas Lah kepadaku, tak dapat PM, jawatan Timbalan Perdana Menteri pun jadi Lah..."
Pemimpin C: "...sudah begitu lamaku di JPM, dapatlah hendaknyaku memimpin sebuah Kementerian pulak Lah..."
Imam: Datuk semua, tidak salah doa jika disuarakan kuat dan lantang, namun jika perlahan dan di dalam hati pun sesungguhnya Dia, Maha Mendengar.
Pemimpin A: Itu betul Imam. Tapi, jika di dalam hati sahaja, tidak kedengaran kuat dan lantang, nuu yang buat-buat tidor kat depan sana, tak dapat dengar pun.
Imam tersenyum melihat pemimpin utama di depan sana yang sudah terleleh seraya mula berdengkor perlahan. Dalam hati Imam, "Emm, doa politik rupanya mereka ini".
Hehehehehe...