Gelombang Rakyat

Lawak Gomen - Doa Semasa Retreat UMNO

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Penulis Aktif di TranungKite OnLine ini, juga ialah Penulis Jemputan Dr Sid, di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers.



Macam-macam gaya orang berdoa ya? Tetapi kenapakah ada pemimpin yang berdoa lain macam ajer semasa Retreat dahulu...

Di suatu waktu, selepas senja...

Ada dua tiga pemimpin yang berdoa begitu lantang dan suaranya cukup kuat...

Pemimpin A: "...dan kurniakan Lah kejayaan kepadaku menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia Mac 2009 ini..."

Pemimpin B: "...dan belas Lah kepadaku, tak dapat PM, jawatan Timbalan Perdana Menteri pun jadi Lah..."

Pemimpin C: "...sudah begitu lamaku di JPM, dapatlah hendaknyaku memimpin sebuah Kementerian pulak Lah..."

Imam: Datuk semua, tidak salah doa jika disuarakan kuat dan lantang, namun jika perlahan dan di dalam hati pun sesungguhnya Dia, Maha Mendengar.

Pemimpin A: Itu betul Imam. Tapi, jika di dalam hati sahaja, tidak kedengaran kuat dan lantang, nuu yang buat-buat tidor kat depan sana, tak dapat dengar pun.

Imam tersenyum melihat pemimpin utama di depan sana yang sudah terleleh seraya mula berdengkor perlahan. Dalam hati Imam, "Emm, doa politik rupanya mereka ini".

Hehehehehe...

1 comments:

Anonymous said...

Memang dlm politik UM-Noo blessing dari orang nombor wahid itu penting. Tapi tak kurang juga dari tuan punah-sihat.

oleh itu adalah benar dan tidak ada yg lain memang benar belaka apa yg dikata imam itu. Kadangkala status imam pun masih teka teki umpama imam yang menyaksikan sumpah lahanat budak jambu saiful itu hari. Rupa2nya bukan juga imam betul2, isk..isk demer orang politik ni sampai kes imam pun demer politikkan juge ye.

lagi satu,

Politik sekarang ini memang kena calonkan diri sendiri, menawarkan diri untuk bertanding dan malah ada pula yg mengesyorkan menenderkannya pun.

cuma kalu dalam sistem tender tu, tentu perkiraan harga murahkah, kualitikah, atau cepat turunkah yang dijadikan perkiraan masih belum disediakan spesifikasinya.

Tak mustahil juga dalam memenuhi spesifikasi itu ada pulak calon yg sudah 'spec in' ialah org buat kerja kontrak memang tau caranya. Sebab yg lain2 masuk tender kemudian tu cuma jadi 'dummy' sahajalah adanya.