Lawak Jinni - 3 Permintaan Dan Presiden Parti Dapat 2 Kali Ganda..!
Zubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Penulis Aktif di TranungKite OnLine ini, juga ialah Penulis Jemputan Dr Sid, di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers.
Susah jugak jika Presiden Parti tak faham-faham kehendak akar umbi. Ahli Parti dah nak termuntah setiap minit Presiden Parti duduk di kerusi kuasanya dan tidak mahu melepaskan kerusi itu, sama ada berundur, letak jawatan, atau bersara awal dari seawalnya.
Siapa pun tidak boleh berbuat apa-apa. Katanya bulan Mac 2009, maka itu Lah tarikhnya. Tidak boleh dipercepatkan lagi, walaupun tiada kebaikan yang dilakukannya dan keburukan saban ketika dilakukannya.
Namun, seorang ahli Parti yang kerdil tidak berputus asa. Dia berjalan di tepi pantai sekitar Acara Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun pernah berlangsung. Sambil berjalan dia memikirkan bagaimana dapat Presiden Parti ini bersara lebih awal, contohnya 9 Mac 2008 yang lalu.
Sedang dia asyik memikirkannya, tiba-tiba dia tersepak sebuah lampu. Maka keluar Lah Jinni dari lampu itu.
Jinni: Kureng asem, siapa yang sepak tempat tinggal aku nii?
Ahli Parti: Saya, maaf...masuk Lah balik dalam lampu, saya tak akan tersepak tempat tinggal mu lagi.
Jinni: Tak po deh. Ambo pung sudoh tingga dale lapu nii, seribu taun. Nii ambo doh merdeka, ambo bui mung tigo pemintaang.
Ahli Parti: Boleh loghat slang Ganung ke?
Jinni: Bende mung nii. TranungKite OnLine tuh, ambo visik slalu. Kalu ambo royat lughatul-al-arabi, mung tok pehe pulok, gok?
Ahli Parti: Oo saya bukan orang sini. Saja berjalan di pantai ini, sebab ada masalah problem yang besar. Presiden Parti, saya ahli Parti ini, dia degil tak mahu bersara awal!
Jinni: Tak usah Lah khuatir. Saya beri kamu 3 permintaan. Apa kamu hajat, InsyaAllah, kabul. Kamu hot dengan Presiden Parti kan? Saya kenal dia tuu, pemimpin kuat tidor di majlis rasmi. Tapi, apa yang kamu minta, Presiden Parti kamu, dapat 2 kali ganda.
Ahli Parti berfikir, ini peluang baik...tiga permintaan! Wow!!
Jinni: Suka ya? Minta Lah. Yang pertama?
Ahli Parti: Saya minta RM 10 billion. RM 5 billion untuk saya sendiri. Dan, RM 5 billion untuk KWSP, saya beri percuma.
Jinni pun, zummping! RM 50,000 didepannya, baki RM 4,000,050,000 masuk ke dalam akaun banknya. 2 kali ganda Presiden Parti dan KWSP pun dapat 2 kali ganda.
Jinni: Permintaan kedua..?
Ahli Parti: Saya minta satu kenderaan yang lebih mahal nilainya dan lebih selamat dari Eurocopter!
Jinni pun, zuumpingping!! Sebuah basikal kanak-kanak muncul di depannya. 2 basikal yang serupa muncul depan Presiden Partinya.
Ahli Parti: Alahai silap! Basikal kanak-kanak? Adeh!
Jinni: Tidak mengapa, kali ini minta betul-betul ya..? Fikir masak-masak...
Ahli Parti: Ambil Lah satu daripada buah pinggang saya, saya dermakan kepada yang memerlukannya...
Jinni pun, zuuumpingpingping!! Seperti pembedahan sesaat, buah pinggangnya satu kekal dan satu telah pun terpelihara di Hospital sedia untuk dimanfaatkan sesiapa pesakit buah pinggang.
Presiden Parti?
...
Kuang! Jing!! Dong!!!