Gelombang Rakyat

Sistem Pemokaian Dan Tundaan Lagi Perhimpunan Agung UMNO

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail tidak menolak kemungkinan tempoh kempen pemilihan yang panjang boleh menyumbang kepada lebih banyak berlakunya kes politik wang.

Perincian dan banyak lagi bahan menarik di mSTAR OnLine.

Terkini ada kerisauan dan kebimbangan para pemimpin UMNO bahawa kempen yang panjang menjadikan kes rasuah bentuk politik wang semakin meningkat banyak.

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Penulis Aktif di TranungKite OnLine ini, juga ialah Penulis Jemputan Dr Sid, di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers.


Ertinya ada pemimpin yang sanggup menjadi haprak dengan niat ingin menang pertandingan dan menduduki kerusi kuasa kepemimpinan UMNO, dengan membeli undi sewaktu pencalonan peringkat UMNO Bahagian, dan seterusnya membeli pula undi perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO.

Membendung macam mana pun ianya tetap berlaku. Maka apakah mungkin pendekatan berikut diambil segera.

Perhimpunan Agung UMNO telah ditunda dari 19 Disember 2008 ke 9 Mac 2009.

Jika terdapat walau satu kes pun rasuah politik wang yang terbukti, maka automatikkan Perhimpunan Agung UMNO ditunda lagi ke 9 April 2009. Tempoh berkempen pun dipanjangkan. Seterusnya dipermemperpanjangkan lagi dan lagi...

Ini mendesak pengamal rasuah politik wang di kalangan beberapa pemimpin UMNO untuk menabur duit untuk membeli undi.

Tundaan dari bulan ke bulan, dilakukan sehingga mereka ini pokai.

Itu Lah, Sistem Pemokaian.

Surat pekeliling dikeluarkan supaya ketua berkenaan dan perwakilan akan didenda sekiranya menerima di antara bawah RM 20 ke RM 9,999.

Jika ada pemimpin ingin merasuah dengan politik wang, hendak Lah menerima RM 10,000 ke RM 100,000 bagi setiap undi yang ingin dibeli.

Apa macam?


Berkaitan:

Blog umnomore
:

Jumaat, Oktober 24, 2008

Lagi langkah atasi Rasuah Politik

tiap tiap tahun pun cam ni gak. Asyik dengan langkah ... langkah ... langkah.
Tak pernah berjaya. Kerana UMNO memang untuk rasuah dan rasuah untuk UMNO.
Korang belasah je la duit rasuah tu. Bukan tak biasa.


1 comments:

Anonymous said...

cakap hal rasuah saya teringat kata2 Tan Sri Isa Samad yang satu ketika dahulu digantung sebab isu rasuah.

Memetik kata2 beliau " anda semua yg telah terima 'ehmmm' dari saya tapi tidak mengundi saya, percayalah anda semua akan ditanya di padang mahsyar nanti kenapa menipu dan tidak mengundi saya' (sedangkan walhalnya yang saya bagi tu dah disapu bersih).

Begitulah hebatnya budaya rasuah dalam UMNO pada ketika itu.

Agaknya di bawah kepimpinan hadhari sekarang budaya itu telahpun berjaya dibenteras sehingga ke akar ubi. Sementelah pula telah menjadi semacam trend baru sekarang apabila kawan2 selalu sahaja membelanja makan rebus ubi di riverbank cofee house berhampiran pejabat UMNO di PWTC tu.

Cuma zubli sahajalah agaknya yg masih 'makan rokok' dan hisap air milo 'o'