Gelombang Rakyat

Lawak Mesyuarat BN - Pengerusi Ucap Selamat Tinggal..!



Penulis:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin


Entah Lah!

Macam mana agaknya mesyuarat para pemimpin tertinggi Barisan Nasional ya?

Agaknya begini kot...

...

Pengerusi: Semua hadhir nampaknya.

Presiden 1: Tintu Lah, kita olang pun sokong itu Hadholi punyia.

Pengerusi: Hari ini saya ingin membuat pengumuman penting. (Batuk). Saya ingin mengucapkan Selamat...

Presiden 2: Brinti. Kasi brinti. Saya berasakan sungguh sidih. Saya mewakili rakan dalam komponen, kita orang tak mau Pengerusi yumum itu ayat.

Pengerusi: (Batuk) Kenapa pulak nii? (Batuk)

Presiden 2: Saya manyak sidih. Saya tak mau dengar itu pengyumuman. Kalau yikut saya punya hati, akan saya bina Replika Pengerusi, 80 kaki atas, 20 kaki tepi. Sana Batu Caves jugak saya taruk.

Presiden 1: You mau mikin aargh, saya moleh kasi sponser apa!

Presiden 2: Kalau rakan kita mau sponser, yesok kita bikin, semalam juga sudah siap.

Timbalan Pengerusi: Diharapkan semua senyap seketika. Tak usah melalut topik lain pula ya. Dengar Lah pengumuman penting dari Pengerusi kita ini.

Presiden 3: Kita bukan mahu masuk campur urusan parti utama ya. Tetapi, lain kali, bila buat keputusan, tak boleh lah serupa macam romen-romen dua orang sahaja, okay. Consult Lah kita sama. Sebab parti utama, ialah parti tiang komponen kita.

Timbalan Pengerusi: Kami faham itu semua. Sebab itu Lah mesyuarat ini diadakan ya. Jadi sekarang, harap dengar pengumuman Pengerusi kita ini.

Pengerusi: semacam mana saya katakan tadi (Batuk), hari ini (Batuk) saya ingin membuat pengumuman penting. (Batuk). Saya ingin mengucapkan Selamat...

Presiden 4: Aduh Pengerusi nampak macam tak sihat vaa. Apa boleh kita tangguh ini mesyuarat, tak perlu buat pengumuman sekarang, kita tunda ke tarikh lain aja vaa.

Timbalan Pengerusi: Tapi, kita sudah tetapkan hari ini, mesyuarat dan pengumuman, jadi...

Presiden 5: Ayoyo, bukan tak biasa. Kita kasi tunda saja Lah.

Presiden 6: Saya menyokong Presiden 5, disebabkan Pengerusi batuk batuk, maka moleknya pengumuman penting ini, ditangguhkan ke 9 Oktober 2009.

Timbalan Pengerusi: Tak boleh sebab 191 Parti Utama Peringkat Bahagian akan...

Presiden 7: Itu pun kita boleh tangguhkan, setuju tak rakan komponen semua?

Suara ramai: Setuju! Setuju!!

Pengerusi: Usah Lah semua buat kalut. Kelam kelibut. Saya memimpin lama dah. Bila saya buat keputusan, saya straight. Saya no korna korna, no belok belok. Bila saya buat keputusan saya tetap dengan pendirian dan keputusan saya, dan saya tidak mengubahnya hari-hari. Hari ini cakap lain, esok cakap lain pulak. Tidak. Tidak sekali. Cuma, beberapa kali sahaja yang telah saya ubah keputusan saya.

Presiden 1: Itu pasat aargh, ini komponen dali kapai sampai daching, kita numbe wan Ooo. Ini komponen yang teguh dan utuh, Pengerusi kita hebat, dia seorang pemimpin yang tunggul.

Presiden 3: (Berbisik)

Presiden 1: Solli argh, maksiud sayia, dia seorang pemimpin yang unggul.

Timbalan Presiden: Boleh atau tidak semua senyap seketika, dan beri Lah peluang kepada Pengerusi kita membuat pengumuman.

Presiden 2: Saya sudah tau apa dia punya keputusan. Jadi, saya usulkan Pengerusi tidak perlu yumumkan apa-apa, di hari yini.

Presiden 6: Saya nampak dia tak akan umum Ooo, sebab dia sudah tidor!

Timbalan Pengerusi mengejutkan Pengerusi. Pengerusi terjaga.

Pengerusi: Jadi, itulah pengumuman saya. Muktamad. Sekian terima kasih.

Timbalan Pengerusi berbisik kepada Pengerusi.

Pengerusi: Oh, Maaf ya, terlelap sat. Ini Lah pengumuman rasmi dari saya.

Timbalan Pengerusi membuat isyarat tangan supaya hadirin bertenang dan tidak mengganggu.

Pengerusi: Saya ingin mengucapkan Selamat Tinggal...

Suasana riuh.

Timbalan Pengerusi sekali lagi membuat isyarat yang sama. Kali ini lebih mendesak.

Pengerusi: Saya ingin mengucapkan Selamat Tinggal kepada diri saya sendiri.

Erti tinggal di sini, ialah saya akan bertanding jawatan Presiden parti utama, dan terus kekal sebagai Pengerusi komponen, dan terus menerajui negara sehingga 1 Jun 2100, err maksud saya, pertengahan 2010.

Semua bertepuk tangan, dan terus bersalaman dan mendakap Pengerusi.

Presiden 2: Horray! Jom kita semua pirgi minum. Saya belanja...

Presiden 6: Awak mana ada kerja, gaji pun tarak, bagi saya belanja, saya ada bawak ini RM 1 juta dalam brief case ini, untuk kita semua bersuka ria.

Mereka semua menjulang Pengerusi, dan membawanya berarak ke tempat makan.

Pengerusi: Sekejap! Sekejap!! Mana Timbalan Pengerusi.

Pengerusi 5: Sana! Ayoyo, dia sudah pengsan!

...

Begitu kah kisahnya?

Barangkali, mungkin, gamaknya begitu Lah.

Kemaskini:

The Malaysian Insider melaporkan...

BN leaders had little to say to Pak Lah

By Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, Oct 8 — They came, they heard, they left.


Bergurau sahaja, jangan marah aargh...

Jadi, ingat pesanan sahabat saya:

Sahabat Saya yang Masyhur, Saudagar Unta, Husin Lempoyang:

Ana

My Photo
Husin Lempoyang
Hehehe. Peniaga unta di Bazaar Baghdad. Pelakun sambilan wayang P Ramlee. Blogger satira blogospera Malaysia.
View my complete profile

(Hasbullah Pit Komen Saya Edjas)

Maka, ada disebut di Blognya Husin Lempoyang, Pak Mentua Abdul Wahub Berkata:

Jangan marah aargh, gurau sahaja. Jikalau marah, nanti kena jual!

2 comments:

Husin Lempoyang said...

ENte punya cerita banyak sedap. Ana rasa mereka semua tidor saja. Mana kita tahu apa agenda mesyuarat BN dan perkara2 yg dibincangkan?

Gelombang Rakyat said...

Husin Lempoyang, supaya mereka tidak tidor, mari kita jual pil segar tahi Unta kat depa...

syaratnya, telan 10 bijik sejam sebelum mesyuarat...

Apa macam?