Gelombang Rakyat

Lawak Mesyuarat UMNO Bahagian - Kreyteria Pemilihan Pemimpin

Chewah!

Dari 9 Oktober 2008 sampailah 8 November 2008, individu yang lebih penting dari semua jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, ialah Ketua Bahagian UMNO.

Masing-masing mereka Lah, penentu siapa pemimpin UMNO untuk tempoh akan datang, sehingga tarikh pemilihan Bahagian sekali lagi kelak. Itu pun jika tarikhnya tidak asyik ditunda, ditunda, dan ditunda lagi.

Kali ini tidak ditunda. Jadi bagaimana gamaknya mesyuarat ini berlangsung.

Entah lah. Gamaknya begini:

...

Pengerusi
: Tan Sri Dua, Puan Sri Dua, Datuk Dua, Datin Dua, Tuan Dua dan Puan Dua, semua mesti ingat ya, selain kita di sini, ada 190 UMNO Bahagian lagi yang bermesyuarat bermula hari ini 10 Oktober, 2008, bersamaan 10 Syawal, 1429. Selamat Hari Raya semua.

Timbalan Pengerusi: Kita makan minum Raya dulu ke, kita mesyuarat dulu?

Pengerusi: Lazimnya, jikalau makan dulu baru mesyuarat, alamat tak cukup korum ler. Kita mesyuarat dulu, lepas itu baru makan minum Aidil Fitri ya. Setuju?

Kedengaran suara ramai "Setuju!"

Pengerusi: Baik Lah. Saya bacakan dulu senarai nama calon Presiden dan Timbalan Presiden yang mahukan dicalon untuk bertanding, seperti berikut:

Calon Presiden:

01. Y.A.B. Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi

02. Y.A.B. Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak

03. Y.B. Tan Sri Muhyiddin Yassin

04. Y.M. Tengku Razaleigh Hamzah

05. Y.B. Tan Sri Shahidan Kassim




Manakala Calon Timbalan Presiden ialah:

01. Y.B. Datuk Ahmad Zahid Hamidi

02. Y.A.B. Datuk Mohd Ali Rustam

03. Y.B. Tan Sri Mohd Isa Samad

04. Y.A.B. Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak

05. Y.B. Tan Sri Muhammad Muhd Taib

06. Y.B. Tan Sri Muhyiddin Yassin

07. Y.B. Datuk Rais Yatim

08. Y.B. Datuk Shafie Afdal

09. Y. B. Tan Sri Shahidan Kassim

10. Y.B. Shahrir Abdul Samad

11. Dan Saya sendiri.

Sebelum kita pergi ke jawatan lain, kita tentukan dahulu siapa kita regukan untuk Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Ketua Cawangan UMNO 1: Saya ingin tahu apakah criteria regu ini, Tuan Pengerusi?

Pengerusi: Kamu ini, kita baru nak mula regukan, kamu sudah cerita pasal kueh karya. Saya sudah kata tadi, makan kemudian. Kita mesyuarat dahulu.

Ketua Cawangan UMNO 1: Bukan kueh karya, Tuan Pengerusi, tapi criteria regu ini!

Pengerusi: Apa ke benda kamu sebut itu? Saya tak faham.

Ketua Cawangan 2: Itu Lah, dulu Mak Bapak suruh pergi sekolah ponteng! Kriteria, disebut oleh rakan parti kita ini, bermaksud, pembeza regu yang kita nak calonkan ini.

Pengerusi: Oh itu saya tahu, saya ada belajar masa saya di Oxford dahulu.

Timbalan Pengerusi: Tuan Pengerusi graduan dari Oxford ke?

Pengerusi: Tidak, saya pergi short course 3 hari. Tidak mengapa Lah. Kreyteria regu ialah seperti berikut:

Menurut apa yang saya belajar di Oxford, mudah sahaja, cuma ada 5 kreyteria semuanya:

Pertama: Jika calon Presiden, Kuat Tidor,
maka calon Timbalan Presiden mesti Lah...Kuat Berjaga.

Kedua: Jika calon Presiden, Tinggi,
maka calon Timbalan Presiden mesti Lah...Rendah.

Ketiga: Jika calon Presiden, Berambut,
maka calon Timbalan Presiden mesti Lah...Botak.

Keempat: Jika calon Presiden, Kurus,
maka calon Timbalan Presiden mesti Lah...Gemok.

Kelima: Jika calon Presiden, Tua Bangka,
maka calon Timbalan Presiden mesti Lah...Muda.

Baik Lah, kita undi regu nya sekarang...

...

fWuakakah!!!

Sahabat Saya yang Masyhur, Saudagar Unta, Husin Lempoyang:

Ana

My Photo
Husin Lempoyang
Hehehe. Peniaga unta di Bazaar Baghdad. Pelakun sambilan wayang P Ramlee. Blogger satira blogospera Malaysia.
View my complete profile

(Hasbullah Pit Komen Saya Edjas)

Maka, ada disebut di Blognya Husin Lempoyang, Pak Mentua Abdul Wahub Berkata:

Jangan marah aargh, gurau sahaja. Jikalau marah, nanti kena jual!

2 comments:

Hasbullah Pit said...

Mana boleh Husin Lempoyang kata macam itu?

Dia yang nak beli, kerana itu dia nak orang dijual

Gelombang Rakyat said...

Terima kasih Hasbullah Pit.

Betul, apa you katakan.

Ya Tak Iya Jugak.

Nanti saya edjas.

Wow!