Gelombang Rakyat

Patah Tumbuh Hilang Berganti Dia Bersara Aku Jadi Perdana Menteri

Penulis:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin



Seronoknya di Malaysia ialah Perdana Menteri sedang seronok setelah menyempurnakan ibadah Ramadhan dan mengadakan Jamuan Rumah Terbuka sempena Syawal, terus kekal sebagai Perdana Menteri, dan akan terus melaksanakan apa yang patut sebagai pemimpin negara.

Di Malaysia, orang yang paling sedikit masa ditumpukan kepada bersara, ialah Perdana Menteri sendiri.

Sehingga Setiausaha Agung UMNO pun menyatakan tiada isyarat pun dari Perdana Menteri Malaysia bila tarikhnya untuk memberi penerangan kepada para pemimpin dari parti komponen Barisan Nasional.

Mungkin hal bersara ini tiada lagi penuh dalam hati dan minta Perdana Menteri Malaysia, terkini.

Adalah beberapa wartawan yang bertanya soalan bersara ini, ketika itu baru lah Perdana Menteri Malaysia teringat sedikit hal ini.

Namun pusing keliling satu Malaysia begitu ramai yang sedang bercakap perihal bila Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan tarikh dia akan bersara dari jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Lim Kit Siang
dan Karpal Singh dari DAP juga tidak melepaskan peluang bercakap hal ini. Kemudian Rakan Blogger, Nobisha pulak yang suruh Diam-LAH!

Abdullah Ahmad Badawi sendiri belum menetapkan tarikhnya. Namun sudah ada blogger yang menyatakan tarikh anggarannya dijangkakan pada 8 Oktober 2008. Diharapkan Abdullah Ahmad Badawi sendiri tidak terkejut!

Abdullah Ahmad Badawi sendiri belumpun membuat keputusan yang muktamad sama ada hendak bersara, atau meneruskan kerjaya politiknya. Belum pun ada sebarang keputusan rasmi dibuatnya. Namun sudah ada pemimpin politik yang bersuara membuat ramalan dan jangkaan dari petanda akan tindak-tanduk Perdana Menteri Malaysia.

Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata dia bukan nak menjadi Perdana Menteri Malaysia untuk berseronok. Memang sebagai Perdana Menteri Malaysia seronoknya bukan kepalang. Namun tengah syok jadi Perdana Menteri, ada pulak yang desak dan asak, undi tidak konfiden Lah, suruh percepatkan pelan peralihan Lah. Macam mana nak seronok?

Tapi siapakah yang macam paling seronok bila betul-betul, bukan cobaan, ini betul-betul Abdullah Ahmad Badawi dengan rasminya mengumumkan dia bersara awal dari Perdana Menteri Malaysia.

Tentu Lah bakal pengganti.

Patah Tumbuh Hilang Berganti Pak Lah Bersara Aku Jadi Perdana Menteri, Nombor 6 Lagi!

Namun, siapakah Aku ini?

Ramai orang jangkakan, Aku ini ialah Mohd Najib Abdul Razak! Namun pakar Perlembagaan Negara menyatakan, belum pasti dia dijamin akan jadi pengganti.

Ertinya di Malaysia, Tengku Razaleigh Hamzah, dan Anwar Ibrahim masih berpeluang lagi untuk menjadi pengganti sebagai Perdana Menteri.

Patah Tumbuh Hilang Berganti Pak Lah Bersara Dia Jadi Perdana Menteri, Aku Pulak Jadi Timbalan Perdana Menteri.

Kemudian jika bukan anak atau pun isteri, maka para pemimpin lain dari UMNO sudah mula berduyun-duyun mengerumuni jawatan Timbalan Perdana Menteri. Dari nama yang kedengaran bersuara mahukan menawar diri untuk jawatan ini, sudah ada blogger yang terkejut!

Walau pun mereka tidak kata, namun mesejnya jelas, "Oii kasi cermin itu muka dulu!" Muka macam gini ada hati nak jadi Timbalan Perdana Menteri.

Di antara yang menyebut pasal cermin diri ini ialah blogger terkenal Husin Lempoyang, dan blogger di blog baru barangkali orang lama dalam bidang ini, sebab dia Mesin Taip Buruk.

Sat lagi, perniagaan yang paling menguntungkan di Malaysia ialah perniagaan cermin. Namun dari sudut yang empunya diri, mereka yang ada hati nak jadi Timbalan Perdana Menteri, mungkin berkata, Alahai bloggers usah dok cemburu Lah, nak hantar cermin konon, sedangkan mungkin mereka ini sendiri pun sudah membeli cermin besar panjang. Sambil berdiri depan cermin, sudah pun menggelarkan diri, "Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri, apa khabar? Eisyh, kacak jugak aku ni ya!"

Namun begitu, dalam memperkatakan dia yang bersara, dan dia pula yang menjadi penggantinya, ambil Lah iktibar barang seketika, pandangan Mufti yang bijak laksana. Perihal tanggungjawab mencari pengganti yang berwibawa.

Itu cakap manisnya. Cakap lurus terus berintegritinya ialah bukan Perompak Ganti Pencuri. Faham betul-betul ya, pengganti ialah yang berwibawa, bukan berwikebas!

InsyaAllah, bersambung lagi...

0 comments: